31.3.08

Bapak Budak Outing

Masa untuk bapak-bapak budak keluar gi berseronok sehari sebelum gaji keluar. Pegi ke Sunway Pyramid seawal jam 10.30am, beli tiket cerita motivasi terbaik....Ah Long Pte Ltd. Pekena "Daytona" setoken dua.....lepas tu terus ke Summit USJ pergi main bowling. Bukan tak nak main kat Sunway punya tempat bowling tapi pasal ada tournament ke mende ntah.....

Sampai Summit USJ, masing2 menunjukkan skill bermain bowling tanpa perlu stretching terlebih dahulu. Jawabnya, ada yang sakit lutut lepas tu. HAHAHAHA (tu gelak besar le tu).


Katanya nak buat aktiviti ni acara bulanan.....hmmmmm..........


Read more...

24.3.08

Cara bersalam yang betul

1. Badan perlu dibengkokkan 90 darjah.
2. Yang menyalam perlu memegang kedua belah tangan orang yang disalam.
3. Sengetkan kepala sedikit untuk mendapat feel yang lebih.
4. Mulut perlu dimuncung lebih dari 1 inci.

Hahahaha....kenapa le aku tak boleh tengok gambar ni. Mesti nak gelak sakan. Terima kasih kepada rakan yang bagi email gambar ni kat aku.

Read more...

Ber"Megadeth" di malam minggu

Kalau ikut, aku memang tak pernah terniat nak jamming lagu Megadeth. Tak tau kenapa. Mungkin pasal lagu Megadeth ni laju, lebih teknikal, tak ada riff yang dok diam....dok memanjang running aje. Tapi lepas kenal ngan "droogies-droogies" kat Multiply ni....tercabar jugak le nak main.

Sepatutnya main hujung bulan January. Tapi pasal urusan2 tertentu, dilajakkan ke malam minggu yang lepas (22/03/08). Setlist :

1. In my darkest hour
2. Angry again
3. Reckoning day
4. This was my life
5. Addicted to the chaos
6. Family Tree

Lagu cover lain plak

1. Don't Cry (GnR)
2. I Remember You (Skid Row)
3. Intanku Kesepian (Wings)

Satu experience baru untuk aku. Naik lenguh tangan jamming malam tu. Tapi aku dapat rasa kepuasan walaupun telinga aku masuk air sampai sekarang ni. Sound tak berapa nak clear sangat pendengaran. Dan aku ada level respect baru untuk Dave Mustaine(macamana dia nyanyi siap main gitar?...perghhh) ngan Marty Friedman.

Nama band "RAWKATOOA" line-up : Zani, Kak Ati, aku, Abg Zam


Axe kitorang malam tu : Ibanez S470OL, Fender JazzBass USA, ESP GrassRoot



Read more...

Sesekali awan dirobek puncakmu (fuh jiwang gila!!!)

Lawa le pulak tengok gambar ni. Masa ni aku bawa kawan aku dari Singapore satu family pegi KLCC. Sekali pandang nampak macam KLCC terbakar lak ek?.....

Read more...

19.3.08

Pesta makan!!!!

Insyallah, bermula dari malam semalam (18/03/2008), kami sekeluarga akan mula berpesta QUACKER OATS untuk setiap kali makan malam sekeluarga. Keadaan ini akan berterusan sehingga kami mencapai BMI yang sesuai.


Namun begitu terdapat beberapa pengecualian akan dilakukan jika ada tetamu, makan malam percuma atau apa2 aje yang boleh "mengganggugugat" program kami anak beranak.

Sebagai pengalaman pertama....masing2 terkulat-kulat muka nak memperhabiskan semangkuk "mangkuk hayun" orang tua rambut putih kat atas tu.

WISH US LUCK GUYS!!!!!!!

p/s : idea Quacker Oats ini disumbangkan oleh enche Herol. Sekian, terima kasih

Read more...

18.3.08

Bila abah dah mula menyinggah ke kedai gitar

Read more...

3.3.08

Musim "baru nampak muka"

Seronok pulak baca blog2 yang berkisarkan pilihanraya. Macam2 pendedahan, percaturan, pengakuan dan macam macam pe lagi. Bagi aku masa ni le orang nak buat duit, ada yang nak mengenal hati budi orang dan yang paling bestnya masa ni le nak tengok wakil-wakil rakyat betul betul turun padang.

Untuk wakil2 rakyat ni semua yang baru start nak menjenguk rakyat-rakyat marhaen ni........good luck sucker!!!!!!

Read more...