Showing posts with label Keghoje. Show all posts
Showing posts with label Keghoje. Show all posts

2.4.09

Acara menjatuhkan moral

10% setiap bulan forever ...........hmmmm OH TIDAK!!!!!...


Read more...

16.9.08

Sibuk bebeno

Salam Ramadhan....lama beno dah tak update blog ni....fuh fuh fuh berabuk beno.

Update :

1. First time dalam hidup aku buat website. Dan yang menjadi tanggungjawab ni berat pasal aku kena buat website untuk WINGS. Bukan calang calang punya benda nak kena buat ni. Apa-apa hal pon korang masuk-masuk le ke situ selalu ye. Kalau nak lagi best, korang jadi le ahli SAYAP2WINGS. Daftar secara tahunan dan yang paling penting.......support local band.

2. First time aku sporting gile ngan wife aku dari segi pakaian. Dia dah beli selambak punya kain ela untuk kitorang satu family pakai pagi raya nanti. Kaler?...hehehe KUNING!!!!!!!!!!!...bedal aje lah yang.....janji puas hati. Dah siap dah pon baju Melayu tu. Guna contoh baju melayu hitam aku yang 4 tahun lepas punya.

3. Wife aku dah buat keputusan nak berhenti kerja. Kerja yang dah hampir 9 tahun dia galas kat bahu dia. Hmmm....tak kisah, janji dia buat keputusan yang bijak dan aku percaya dia.

Later...........

Read more...

18.6.08

Sayap2Wings dan jalan ke arah OFFICIAL

Idea ini tercetus selepas showcase Wings di Planet Hollywood Kuala Lumpur pada 18hb May 2008 yang lalu. Setelah berbincang dan diminta oleh sahabat2 dlm dan luar MP, beberapa ahli aktif dlm sayap2wings dan aku telah mengeluarkan proposal untuk menubuhkan "OFFICAL SAYAP SAYAP WINGS".

Sepatutnya pertemuan diadakan pada hari Jumaat yang lalu, namun kerana ada masalah komunikasi yang tak dapat dielakkan, pertemuan atau "so-called" meeting ini telah diadakan di ibukota semalam (Selasa 17hb May 2008 - exactly sebulan lepas showcase di PHKL). Sepatutnya petemuan ini membabitkan Manager, Official Merchandiser Wings, Abg Joe dan Abg Eddie sahaja. Turned up malam tadi, John (Encik Hillary Ang), Abg Zahid Ahmad, crew dan pengurusan Wings dan istimewa sekali Abg Black yang teruja dengan khabar penubuhan Official Fan Club ini pun turut hadir.Kecuali Abang Awie yang tak dapat nak menghadirkan diri. Mungkin sibuk dengan promosi filem baru dia.

Selepas membentangkan proposal kitorang yang tak seberapa, alhamdulillah kami diberi tanggungjawab oleh kumpulan WINGS untuk menubuhkan OFFICAL SAYAP SAYAP WINGS. Pertolongan kawan2 semua amat aku harap dan hargai. Jadi sesiapa yang berpengalaman dalam pemasaran, pengiklanan, pengurusan dan ingin menjadi "part of the official SAYAP2WINGS team", aku dahulukan dengan terima kasih dan kedatangan anda dialu-alukan.

Untuk Zani, Madi, Zul, Wiraaz dan ahli sayap2wings yang lain, aku ucapkan terima kasih juga kerana mempercayai dan membantu aku dalam usaha kita ke arah TERBANG BERSAMA SAYAP. Drive by passion guys!!!!

View dari hujung meja ke serious discussion


Nampaknya Ijan sedang menunjukkan skill negotiation nya


Apa yang digelakkan?


Sibuk telefon, namun masih sempat nak bergambar ngan drummer lagenda....Encik Black

Bassistku dan drummer legend

Antara bassist2 terbaik dlm diari aku. Encik Eddie dan Encik "Zainnie"

Cap merah tu....Legend of Aang.....Hillary Ang


Sazs :"Lu try dptkan sebanyak2 outlet untuk keistimewaan membership sayap2wings...."


Gua, Bro Joe dan Apoxx


Dikepit oleh legend


Layan teh tarik nampak?


Masih lagi serius berbincang...hehehe


Two of its best....Zul and Ayeed


Takde kena mengena cuma satu ucapan aje.....TQ Pak Lah.......

Read more...

3.4.08

Setahun jagung di HamPeh


Hari ni cukup setahun aku join company ni. MNC ketiga aku join selepas Procter & Gamble, dan Carrefour. Kerja pertama yang memerlukan aku untuk bekerja secara shift. Kerja pertama yang officially bayar aku untuk bekerja selama 12 jam sehari. Kerja pertama yang memerlukan aku bekerja 2 minggu dalam sebulan. Dan ini le kerja pertama yang bayar aku untuk kerja overtime.

Masa first day aku join, benda yang merisaukan aku ialah masalah parking kereta. Hari pertama aku parking kat basement HP Tower. Tup-tup kena dekat RM30 parking. Nasib baik Madi (vocalist aku) ada. Dia building maintenance kat HP Tower. Dia kowtim ngan aku baik punya sampai aku tak perlu bayar apa apa pon. Selama 3-4 bulan, aku selalu parking kereta aku kat Jalan Batai. Kena menapak naik bukit turun bukit. Lepas tu aku lebih tertumpu kepada parking secara illegal. Memandangkan ramai rakan sekerja aku jugak adalah pengumpul surat saman dari DBKL, jadi aku tak mau ketinggalan jugak. So far aku tengok yang jaguh dalam mengumpul saman parking ialah bos aku. Tebal surat saman dia boleh bikin yellow pages.

Makan kalau kerja kat sini memang takde masalah. Kalau kerja siang, aku lebih suka makan kat hawker centre kat basement HP Tower. Banyak pilihan. Kalau malam pulak, dulu masa aku kat 2nd half, aku lebih tertumpu makan kat Sri Hartamas. Sekarang ni plak kat 1st half, aku lebih ke Bangsar dan Uptown. Kat Bangsar Selera, pilihan aku dah tentu K.E. TomYam. Dah le sedap, portion makanan banyak plak tu. Memang boleh mengah le dibuatnya.

Tentang rakan sekerja plak............hmmmm semua jenis bakat boleh bawak ketengah punya. Team aku (UNIX), memang takde masalah punya. Cuma ada satu masalah aje........kalau duduk berkumpul minum sekali, macam2 topik boleh keluar. hehe. Team lain plak (WINTEL, BACKUP, NETWORK) pon sama gak. Semua jenis kepala boleh layan.

OK itu aje.....lepas ni nak update resume kejap.

Read more...

31.3.08

Bapak Budak Outing

Masa untuk bapak-bapak budak keluar gi berseronok sehari sebelum gaji keluar. Pegi ke Sunway Pyramid seawal jam 10.30am, beli tiket cerita motivasi terbaik....Ah Long Pte Ltd. Pekena "Daytona" setoken dua.....lepas tu terus ke Summit USJ pergi main bowling. Bukan tak nak main kat Sunway punya tempat bowling tapi pasal ada tournament ke mende ntah.....

Sampai Summit USJ, masing2 menunjukkan skill bermain bowling tanpa perlu stretching terlebih dahulu. Jawabnya, ada yang sakit lutut lepas tu. HAHAHAHA (tu gelak besar le tu).


Katanya nak buat aktiviti ni acara bulanan.....hmmmmm..........


Read more...

22.12.07

Re-route ke Jepun

Ntah ape ke halnya, www.blogger.com kat rumah dengan HP boleh re-route ke ke Jepun. Akibatnya abis link kengkawan bloggers aku yang lain aku terpadam secara tak sengaja. Nak buat camne ek?

Ada sesiapa yang boleh translatekan untuk aku?

Read more...

21.11.07

Benny Lava

Apa yang buat aku gelak sampai keluar air mata 2 malam lepas berturut-turut kat opis?..... Dengarkan lagu dibawah. Lagu ni melekat kat kepala hotak aku dah dua hari dah ni.......tuluuunnnnnnnnnng!!!



terima kasih kat enche Buffalax. Banyak lagi versi mamat ni buat. Tapi yang ni jugak melekat ke sanubari

My loony bun is fine Benny Lava!
Minor bun engine made Benny Lava!
Anybody need this sign? Benny Lava!
You need a bun to bite Benny Lava!

Have you been high today?I see the nuns are gay!
My brother yelled to me......I love you inside Ed!

My loony bun is fine Benny Lava!
Minor bun engine made Benny Lava!

I told a high school girl..I love you inside me!

I'd love to see you pee on us tonight!
I'd love to see you pee on us tonight!

OOOOOOOOOOoooooooooooOOOOOOO

You fill me up with doom. Quit looking up at me!
You got a minute girl? The puppy had a fee!

Don't think I do love her
We're looking in a pill!
We're looking in a pill!
All of them like the bun!
Now poop on them Oliver!

Ooo daddy, Just say it,You know the hole to put it!
Just sing it, You love me! Your pundit got armor!
You send me...Offended...You know the hole to put it!
Just sing it, You love me! Your pundit got armor!

Who put the goat in there? The yellow goat I ate!

My loony bun is fine Benny Lava!
Minor bun engine made Benny Lava!

(I like to swim in it....I like to swim in it....I like to swim in his....beeejjaaaayyy)
(I like to swim in it....I like to swim in it....I like to swim in his....beeejjaaaayyy)

OOOOOOOOOOoooooooooooOOOOOOO

A nerd to punk a nerd. I'm bleeding Fucking A!
That stuff is pink colored! Some day I sell DNA!

The boar ain't very cool.You need a Hindi yew!
Got into seattle. I'll lay a friend of yours

I fought a barber man!We know what's in butter rum!

A jet pack...operation.Send him the Crazy Hindu!
Whatever! My Sadist!All baked and cooked alive!

I licked you....Belinda.The ninja made a movement!
Tell Donna ...no collar...I'll do what body loves!

I put papaya there!You love me inside there!

My loony bun is fine Benny Lava!
Minor bun engine made Benny Lava!
Anybody need this sign? Benny Lava!
You need a bun to bite Benny Lava!

Have you been high today?I love you inside there!

OOOOOOOOOOoooooooooooOOOOOOO....ulang sampai pecah perut


p/s: kalau susah sangat...korang pergi kat Youtube .....lepas tu taip "crazy indian". To date...viewing dah mencecah 1.5 juta.

Read more...

10.11.07

10hb Nov 2007 dan si baju kuning


Perhimpunan yang menuntut kelancaran bagi membersihkan najis2 dalam memproses satu satu pilihanraya. Mendapat protes dari pihak kerajaan dan mendapat liputan meluas, terutamanya di RTM, TV3, Perhimpunan Agung UMNO 2007 dll. Polis dikerah supaya mengawal gerak kearah perhimpunan ni yang akan diadakan di Dataran Merdeka jam 3.00pm hari ni. Sekali gus, polis mengharamkan permit untuk diadakan perhimpunan ini.
Kalau diikutkan, cara penyampaian dan tersebarnya agenda perhimpunan ni melalui blog2 yang terdapat di merata2 sekarang. Kerajaan Malaysia sekarang tengah memantau aktiviti bloggers2 yang merupakan salah satu cara alternatif untuk parti pembangkang menyampaikan mesej dorang. Betapa kuatnya pengaruh blog2 ni, tu yang mereka mensasarkan 100,000 orang untuk berkumpul dan berarak menghantar memorandum ke Istana Negara untuk disampaikan kepada DYMM YDP Agung. Rasa2 Sultan Terengganu hari ni takde kot, pasal tengah bawak kuda untuk acara "apekebendentah" berkuda kat Terengganu sana. Kalau nak hantar jugak memorandum tu, hantar le kat guard Istana Negara yang berdiri terpacak kat depan gate.
Bagi aku plak......hari ni 2 kali kena tempuh roadblock kat Tol Bukit Raja NKVE dan kat Tol Sprint Damansara. Kat Bukit Raja aku kena tahan dan polis dok check ape ada kat belakang kereta aku. Sampai jacket aku pon dorang check. Semuanya kerana nak cari orang yang memakai baju kuning untuk ke perhimpunan tu. Aku tak peduli...korang nak berhimpun ke, nak berkumpul ke nak melepak ke, aku tak kisah...tapi jangan le kacau perjalanan aku nak pegi keje!! Baru nak rasa nikmat pegi keje tanpa traffic jam.
Sampai kat opis, bebudak keje malam informed aku yang dorang pon kena tahan gak malam tadi. Tok Imam ngan Khairul kena tahan kat depan Pusat Sains Negara. Siap kena buka bonet belakang lagi. Nasib naik le dlm bonet dorang takde parang ke senjata tajam ke. Kalau tidak naya aje.
Yang aku risaukan sekarang ni, line telepon aku. Takut takde coverage aje, pasal yang mengikut aku selama ni badut pakai baju kuning tu. Dah le bengong, kang kena tangkap satu hal lak aku nak buat call. So far aku perhatikan, mmg line OK aje. Buat masa ni, dorang cuma tak ikut aku sampai ke Felda Redong aje.


Polis!polis! tangkap budak ni!!!!

Read more...

26.9.07

Latest Addiction


Last night I spent my night shift watching this "fillers" from a really talented bunch of people from Les' Copaque. Yup! Upin and Ipin really caught my eyes with their smooth and hi class graphics. They also brought my beloved daughters to a new dimension of animation.

Guys, you should watch this masterpiece too. I might call them "PIXAR PICTURES OF MALAYSIA".Aired every Friday to Sunday at 7.30pm during this Ramadhan at TV9.

And for you the Les' Copaque team....keep up the good work. Can't wait to watch "Geng".


Read more...

20.9.07

Skypeeee

Semalam sampai office aje aku ternampak email pasal larangan penggunaan Skype disebabkan oleh virus. Tiba2 aku teringat kat satu company yang aku paling "suka" sekali kerja kat sana. Company ni mmg rely on Skype sepenuhnya sebagai mode of communication.


Nanti bila aku rasa ada mood, aku akan ceritakan kat sini pasal company "kesayangan" aku tu. Ishhkkk tiba2 rasa stress lak bila cerita pasal company tu.

Read more...

10.9.07

Ber"SEARCH" di Planet Hollywood

Pagi 9hb Sept 2007 :

Dah le sampai office lambat, PC aku kat opis lak kena muntah......eeiiiiiii!!!!! Kurang2 Mau makan bulan sebelum aku guna balik PC aku tu.

Petang 9hb Sept 2007 :
Bob dengan Lan dah sampai dari Singapore ke KL. Zani pulak lepas Maghrib sms aku ckp dia on the way ke HP Tower untuk jemput aku.

Malam 9hb Sept 2007 :

Yeah!!! itu dia, sampai kat depan Planet, terus call Bob nak bagitau aku kat depan 7-11. Bila dah jumpa dorang, aku punya seronok le...tak terkira!!!! Selama ni kenal di alam virtual aje.

Masa nak masuk, aku kena tahan pasal nak bawak masuk air. Aku pon dgn sekali teguk terus tinggalkan botol tu kat depan pintu Planet. Dorang tak tau yang aku dah seludup air mineral kat pocket belakang jeans aku. hehehehe. Sekali aku dah kena masa Wings tahun lepas, cukup le. Tak tahan beb! dah le panas lepas tu tekak kering lepas tu nak sing-along pon tak bleh. Ingat nak beli le t-shirt Search...sekali yang tinggal cuma size "M" aje. Hampeh!!!!


l to r : Bob, Lan, Zani and aku

Jam 9.40pm 9hb Sept 2007 :

Pegi lepak kat spot favourite aku kat kiri pentas, sembang jap ngan guitar tech Joe Wings (Ayeed). Lepas tu melayan lagu lagu2 rock otai. Ade sekali tu aku boleh menjerit "Panama!!!" masa lagu EVH "Jump". Hahaha....kena layan balik lagu lama2 ni.

Jam 10.30pm 9hb Sept 2007 :

Planet dah start bergelap. Tu maknanya "It's showtime!!!". Search keluar tepat masa. Nasir dgn bass "Gibson Explorer", Hillary dengan "Kramer Nightswan" dan last sekali, enche Joe Wings dengan gitar pojaanku "Gibson Les Paul Custom~ lefty, black".

Hillary with Kramer Nightswan ber"Marilyn Monroe"

Tanpa banyak cakap, malam tu Search mulakan setlist dorang dengan lagu Bencana. Mulanya sound agak tenggelam sikit. Joe Wings dah mula sibuk dengan amp dia. Sound memang tak berapa nak clear. Over few songs, sound dah mula mantap dan crowd makin menggila.

Setlist untuk malam "gila" with Search

1. Bencana
2. Langit Dan Bumi
3. Setelah Hujan
4. Pelesit Kota
5. Honky Tong Kosong
6. Gadisku
7. Fenomena
8. Balada Pemuzik Jalanan
9. Isi Atau Kulit
10.Kau Pergi
11.Isabella
12.Tanggal 31 (Cover Sudirman)
13.Pawana
14.Cakap Memang Murah
15.Emanuelle
16.Mentari Merah Di Ufuk Timur
17.Gothik Malam Edan

Jam 12.50am 10th Sept 2007 :

Search performed tanpa break. Penat gak. Bob dah lepak kat luar. Lan dah makin lemah. Aku dgn Zani masih lagi bertenaga. Lepas order air, kitorang bertiga terus keluar cari Bob. Lepas tu pergi amik kereta Zani kat Sg.Wang dan headed straight to HP Tower pasal nak amik kereta aku kat sana.

Jam 1.30am 10th Sept 2007 :

Headed to Desa Sri Hartamas. Order makan and minum, Bersembang macam-macam topik, dari topik jamming, show malam ni, hal peribadi masing2 sampai le ke gelak ketawa.

Jam 2.15am 10th Sept 2007 :

Zani terpaksa balik pasal besok nak attend Tilawah Al-Quran kat Bangi. Jam 2.55am dia sms kata dah sampai kat rumah. Aku masih lagi dengan Bob dan Lan teruskan sembangan-sumbangan kitorang.

Jam 4.15am 10th Sept 2007 :

Hujan dah start lebat kat DSH, kitorang pun masuk kereta dan aku bawak geng2 Multiply aku yang dari Singapore ni ke Puduraya. Rasa bersalah gak pasal terpaksa tinggalkan dorang. Tapi takpelah, mungkin lain kali aku akan plan baik2 untuk dorang lagi.

Jam 5.40am 10th Sept 2007 :

Sampai rumah. Kat Klang hujan dah reda sikit. Masuk rumah, mandi, jenguk kejap bilik anak2 aku then terus tidor.

Aku cukup enjoy malam ni. Lebih2 lagi ngan bertemankan member2 aku dari Multiply. Kalau ikutkan hati mau aku ajak dorang bersembang sampai besok tengahari. Thanks guys!!!! Bak kata Zani dalam SMS dia...."one sweet day!!!"

Read more...

25.8.07

Onjings!!!

Aku kat HP ni keje shift 12 jam sehari, 14 hari sebulan. Shift aku terbahagi kepada dua bahagian....First Half dan Second Half. Contohnya.....untuk first half...hari start keje ialah hari Ahad dan kalau minggu tu kena tiga hari keje jadi hari terakhir keje ialah hari Selasa. Kalau kena empat hari keje minggu tu bermakna habis hari Rabu. Second half pulak akan sambung hari terakhir untuk orang first half dan akan abis hari Sabtu. Kalau korang tak paham camana cara shift ni, apply aje keje kat HP. Boleh emailkan resume korang kat aku.

Selama 4 bulan aku kat HP, aku masuk second half punya shift. Dan masa time reshuffle baru2 ni, aku telah dimasukkan ke first half punya shift. Jadi untuk tu...geng2 second half aku pun membuat satu farewell (?) untuk aku.

Malam tu(11hbAug) kitorang gi celebrate kat Sri Hartamas. Ada le kat 8 orang yang pergi. Bebudak Delphi 5 orang manakala South Pacific pulak 3 orang aje. Aku, Tok Imam (Wintel Taiko) ngan Khairol (Backup Tailo). Masa nak pergi tu aku terperasan ada dua ekor onjings berlegar2 kat Shell depan HP Tower. Kalau ikut dlm wikipedia, onjings berkenaan berketurunan "bullmastiff" yang kalau tengok pon memang gerun dengan besar, garang, kotor, huduh dsb.

Balik dari farewell tu, aku ikut le Jalan Dungun. Tiba-tiba terserempak ngan dua2 ekor onjings tu. Apa lagi...kedua2 ekor onjings tu pon kejor le kereta aku dengan bergayanya. Cuak gak aku pasal kepala hotak salah sekor onjing tu betul2 kat sebelah aku yang tengah bawak kereta. Aku tengok meter kereta aku.......fuhhhh 60km/sj!!! Mak datuk...ini kalau dia kejar aku on foot.....tak sampai 5 saat dah tentu aku jadi santapan rakus kedua2 ekor onjings tu.

Dah sampai simpang nak masuk HP Towers, onjings tu masih lagi kejor kereta aku. Aku terpikir, lobby HP Towers tu mmg memanjang ada bebudak lepak hisap rokok. Takkan aku nak bawa onjings tu keliling HP Towers kot? Mau berterabor dorang lari. Ahh!! huru hara gak aku. Onjings tu dah menyalak gila babi kat kereta aku. Nak tak nak terpaksa le aku berentikan kereta aku kat tengah jalan tunggu sampai onjings tu reda. Bila onjings tu dah blah, aku pon terus masuk parking kereta aku.

Lepas keluar dari kereta, sambil berjalan masing2 cerita macamana besau onjings tu, perasaan dorang masa onjings tu kejor bla bla bla....Aku lak jalan yang kat belakang sekali. Cuak jugak sambil perati kat belakang mana tau kot2 onjings tu kejor balik. Tiba2 timbul idea nak pe"dajal"kan dorang.

"Argghhh.....onjings tu kejor balik woi!!!!!"

Sambil perhatikan sorang2.....masing2 berterabor lari sambil tu dok toleh ke belakang nak tengok betol ke onjings tu kejor balik. Yang bestnya aku perasan...Tok Imam alias Zaidi alias Batman Wintel lari tak pandang belakang langsung. Dia macam dah standby nak lari kalau2 ada onjings kejor. Hahahahahaha!!!!

Sampai kat lobby HP Towers, masing2 gelak pecah perut. Mamat2 yang mmg dah sedia ada kat situ terpinga2...apahal ngan kitorang. Dorang mungkin tak tau apa yang jadi, tapi kalau dorang tau mesti dorang berterima kasih ngan aku pasal menyelamatkan dorang dari keganasan onjings. Aku lak gelak macam nak termuntah pon ade, tapi yang pasti air mata aku dah meleleh-leleh punya gelak.

Untuk kengkawan aku kat second-half......korang mmg betul2 buat aku seronok kerja. Insyallah kalau aku kena standby, kita akan jumpa lagi.

(p/s: kalau sekarang ni onjings tu kejor balik, pakal berserah aje lah aku. Dengan kaki terkehel macam ni jangan kata nak lari, nak berjalan pun terkial2. Aku rasa onjings tu pun pikir 2-3 kali nak kejor)

Onjings = Anjing-anjing
(ayat ni aku dapat dari Shah Carrefour JB)

Read more...

24.8.07

Updates from my sprained ankle

Bad become worst!!!! After been X-rayed, they found no fractured or cracked bone on my ankle. Alhamdulillah. But the thrill of pain is about to begin

This purple"ish" scary thing only appeared after Maghrib yesterday. Never had this kind of bruise ever in my life. Freaking out at first. I thought there must be somekind of internal bleeding or what so ever. Rushed to the nearest GP and according to the doctor, it is just a torn ankle ligament. Fuhhhh!!!

At this mean time, nothing I can do except laying around. Wish for my speedy recovery and enjoy this lyric below. See ya around

Sebatang Tongkat untuk Berdiri

Ketika haus, kau ku berikan secawan susu

Agar kembali tenagamu

Ketika lemah ku hulurkan sebatang tongkat

Agar kau terus berdiri

Ditengah kejayaan

Kau lupa diri dihasut bayangan

Dari emosi hatimu

Tongkat kau lontarkan

Baktinya kau lupakan

Dan secawan susu

Yang pernah menyambung hayatmu

Merenung bintang di langit tinggi

Jangan terlupa

Manakah tempat kau berdiri

Selama ini

(Search; Mentari Merah Di Ufuk Timur)

Read more...

23.8.07

Padah kalau tak warm up

Semalam lepas balik keje, aku dengan Nik (Backup Team) dengan segera-gera terus ke Stadium Juara kat Bukit Kiara. Setiap hari Rabu jam 7pm - 9pm, 3 court badminton untuk staff2 HP ada disediakan kat sana. Pasal aku balik jam 8.30pm kitorang berdua bergegas ke sana. Bila sampai aje kat Stadium Juara tu. Aku yang dengan tak warm-up, terus amik racket dan start pukul shuttle cock. Tak sampai 5 kali pukul..........gedebab!!!!! kaki aku terkehel dan terus tergolek atas court parquet tu. Dan sebagai jawapan....sila lihat gambar di bawah


Dah tak nampak buku lali dah! Bengkak gila.

Hari ni sepatutnya planned ngan anak2 aku bawa dorang pergi tengok Ratatouille. Tiket dah booked. Nampaknya terpaksa le cancel.

Untuk kakak ngan adik..."sorry abah tak boleh bawak kakak ngan adik pegi tengok Ratatouille. Insyallah, nanti kalau kaki abah dah OK, abah bawak ye sayang?"

Dan lagi satu lagi plan yang mungkin terpaksa aku korbankan..........Malam Edan with Search. Dengan kaki yang takleh berdiri lama macam ni, rasa2 terpaksa le batalkan aje. Lepas ni nak pegi hospital, buat checkup. Mana tau ada tulang yang lari dari socket.

Read more...

20.8.07

Clear yang pelik

Hari ni aku sampai tempat kerja awal sikit. Pada hal aku terlambat keluar....lebih kurang dalam pukul 7.30am. Pelik gak aku pasal........

Scenario selalu :

1. Kat highway depan HBTAR Klg akan jam bermula dari simpang keluar Andalas samapai ke Klang

2. Jalan kat Kg Jawa Klang jugak akan jam. Bermula dari traffic light Tok Dagang sampai ke Restoran Shikin Tomyam

3. Masuk NKVE, kat Bukit Jelutong Shah Alam kereta dah makin banyak

4. Sampai tol Damansara, elok lepas bayar tol, aku akan stucked lebih kurang 15-20min menyelit untuk memenuhi 2 lane yang disediakan

5. Sampai Jalan Batai, parking illegal mesti dah penuh dan terpaksa le aku cari parking kat Jalan Beka ke, tepi Manulife ke atau atas divider depan HP Tower

6. Keluar pukul 7.00am, mesti sampai atas pukul 8.45am

Tapi...............

Scenario hari ni :

1. Jalan kat depan HBTAR Klang CLEAR!!!!. Cuma stucked pasal traffic light merah aje.

2. Jalan kat Kampung Jawa CLEAR!!!!. Stucked traffic light pon paling panjang kat kedai basikal Lan

3. NKVE CLEAR!!!!

4. Lepas bayar 3 hengget kat tol Damansara, CLEAR!!!!

5. Siap boleh pilih, kat mana aku nak parking pasal parking CLEAR!!!!

6. Keluar 7.30am, sampai 8.15am pasal jalan CLEAR!!!!

Ni semua pasal budak cuti sekolah. Tapi ape kena mengena jalan jam ngan budak cuti sekolah? Aku cuba pikir balik(sambil buat keje)......... takkan budak sekolah sekarang pegi sekolah bawak kereta?

Tolong solvekan problem aku ni........please

Read more...

17.8.07

Cucoh....lari!!!!!!

Cerita ni berlaku lebih kurang 1-2 bulan yang lepas. Masa tu aku kerja shift malam. Macam biasa selalunya dalam pukul 1 hingga 3 pagi tu adalah waktu kitorang break. So planning malam tu nak pegi makan kat Uptown Damansara.

Sampai aje kat Uptown, macam-macam cerita yang keluar. Maklum le bila dah satu bangunan, satu gaya kerja, satu aliran, maka tak sunyi le supper kami berenam. Tengah2 macam2 cerita tu, terkeluar lak topik pasal Altantuya. Macam2 le fakta yang keluar. Prediction siapa yang bunuh, siapa dalang pembunuhan, kenapa minah Mongolia ni kena bunuh etc.

Jadi malam tu kitorang berenam macam tempat forum pasal kes high profile tu. Tengah2 dok seronok masing2 keluarkan fakta2 tu tiba2 .....................


"Wei, hangpa ingat lah, masa depa nak detonate C4 tu, depa main cucoh pehtu laghi ka?"

Maka bersemburan lah air kopi O ais aku yang tengah menyalir masuk ke dalam tekak. Hahahaha!!!! Hang ingat ni meghiam katak apa, nak main cucoh laghi!!! Kalu pakai detonator yang macam pam basikal tu logik gak le.

Kalau betul depa main cucoh laghi, aku terbayang macam mana reaksi Altantuya masa tu. Jenuh dok hembuih sumbu tu bagi padam.


Read more...