10.9.07

Ber"SEARCH" di Planet Hollywood

Pagi 9hb Sept 2007 :

Dah le sampai office lambat, PC aku kat opis lak kena muntah......eeiiiiiii!!!!! Kurang2 Mau makan bulan sebelum aku guna balik PC aku tu.

Petang 9hb Sept 2007 :
Bob dengan Lan dah sampai dari Singapore ke KL. Zani pulak lepas Maghrib sms aku ckp dia on the way ke HP Tower untuk jemput aku.

Malam 9hb Sept 2007 :

Yeah!!! itu dia, sampai kat depan Planet, terus call Bob nak bagitau aku kat depan 7-11. Bila dah jumpa dorang, aku punya seronok le...tak terkira!!!! Selama ni kenal di alam virtual aje.

Masa nak masuk, aku kena tahan pasal nak bawak masuk air. Aku pon dgn sekali teguk terus tinggalkan botol tu kat depan pintu Planet. Dorang tak tau yang aku dah seludup air mineral kat pocket belakang jeans aku. hehehehe. Sekali aku dah kena masa Wings tahun lepas, cukup le. Tak tahan beb! dah le panas lepas tu tekak kering lepas tu nak sing-along pon tak bleh. Ingat nak beli le t-shirt Search...sekali yang tinggal cuma size "M" aje. Hampeh!!!!


l to r : Bob, Lan, Zani and aku

Jam 9.40pm 9hb Sept 2007 :

Pegi lepak kat spot favourite aku kat kiri pentas, sembang jap ngan guitar tech Joe Wings (Ayeed). Lepas tu melayan lagu lagu2 rock otai. Ade sekali tu aku boleh menjerit "Panama!!!" masa lagu EVH "Jump". Hahaha....kena layan balik lagu lama2 ni.

Jam 10.30pm 9hb Sept 2007 :

Planet dah start bergelap. Tu maknanya "It's showtime!!!". Search keluar tepat masa. Nasir dgn bass "Gibson Explorer", Hillary dengan "Kramer Nightswan" dan last sekali, enche Joe Wings dengan gitar pojaanku "Gibson Les Paul Custom~ lefty, black".

Hillary with Kramer Nightswan ber"Marilyn Monroe"

Tanpa banyak cakap, malam tu Search mulakan setlist dorang dengan lagu Bencana. Mulanya sound agak tenggelam sikit. Joe Wings dah mula sibuk dengan amp dia. Sound memang tak berapa nak clear. Over few songs, sound dah mula mantap dan crowd makin menggila.

Setlist untuk malam "gila" with Search

1. Bencana
2. Langit Dan Bumi
3. Setelah Hujan
4. Pelesit Kota
5. Honky Tong Kosong
6. Gadisku
7. Fenomena
8. Balada Pemuzik Jalanan
9. Isi Atau Kulit
10.Kau Pergi
11.Isabella
12.Tanggal 31 (Cover Sudirman)
13.Pawana
14.Cakap Memang Murah
15.Emanuelle
16.Mentari Merah Di Ufuk Timur
17.Gothik Malam Edan

Jam 12.50am 10th Sept 2007 :

Search performed tanpa break. Penat gak. Bob dah lepak kat luar. Lan dah makin lemah. Aku dgn Zani masih lagi bertenaga. Lepas order air, kitorang bertiga terus keluar cari Bob. Lepas tu pergi amik kereta Zani kat Sg.Wang dan headed straight to HP Tower pasal nak amik kereta aku kat sana.

Jam 1.30am 10th Sept 2007 :

Headed to Desa Sri Hartamas. Order makan and minum, Bersembang macam-macam topik, dari topik jamming, show malam ni, hal peribadi masing2 sampai le ke gelak ketawa.

Jam 2.15am 10th Sept 2007 :

Zani terpaksa balik pasal besok nak attend Tilawah Al-Quran kat Bangi. Jam 2.55am dia sms kata dah sampai kat rumah. Aku masih lagi dengan Bob dan Lan teruskan sembangan-sumbangan kitorang.

Jam 4.15am 10th Sept 2007 :

Hujan dah start lebat kat DSH, kitorang pun masuk kereta dan aku bawak geng2 Multiply aku yang dari Singapore ni ke Puduraya. Rasa bersalah gak pasal terpaksa tinggalkan dorang. Tapi takpelah, mungkin lain kali aku akan plan baik2 untuk dorang lagi.

Jam 5.40am 10th Sept 2007 :

Sampai rumah. Kat Klang hujan dah reda sikit. Masuk rumah, mandi, jenguk kejap bilik anak2 aku then terus tidor.

Aku cukup enjoy malam ni. Lebih2 lagi ngan bertemankan member2 aku dari Multiply. Kalau ikutkan hati mau aku ajak dorang bersembang sampai besok tengahari. Thanks guys!!!! Bak kata Zani dalam SMS dia...."one sweet day!!!"

6 comment:

gayour September 12, 2007 at 11:18 AM  

dah puas rock n roll, kite puasa plak. selamat menyambut, menjalani dan meraikan ramadhan yang mulia. moga encik sihat, berbahagia dan betambah iman. amin

carvedijan September 12, 2007 at 6:15 PM  

Alamak! Kartunis legend masuk tengok blog aku!!!.

Selamat berpuasa jugak diucapkan untuk enche Gayour.

hanikimu,  September 14, 2007 at 11:20 PM  

wahhh aku pon turut berbangga encik gayour sudi meninggalkan jejak dalam blog ko ni jan..tahniah ;-)

carvedijan September 15, 2007 at 12:31 AM  

hah!!! dah boleh pon post komen kat sini. Selamat datang dan jangan malu2 nak bagi komen.

rad September 15, 2007 at 9:59 AM  

perghh...glemer tuh bapak nih.gayour gayour!

carvedijan September 16, 2007 at 1:14 AM  

Glamor sungguh rasanya di bulan Ramadhan ni.