27.11.07

Terbang bersama "sayap"

(Original photo provided by Sharina Ahmad PHKL)

Aku tengah mengira hari.bukan pasal lain tapi pasal 4 orang kat atas ni. 2hb ni aku akan pergi ke Planet Hollywood sekali lagi untuk tahun 2007 selepas Malam Edan bersama Search untuk turut bersama2 dgn geng2 multiply yang lain dan terutamanya geng2 sayap-sayap Wings memeriahkan lagi konsert ni.

Sebab apa aku excited sangat?...Wings bro, bukan band rock yang lain (exception untuk legend band yang lain). Kalau orang lain tergoda ngan aura Mawi, aku lak terlekat ngan aura 4 orang manusia kat atas ni. Biar le orang ckp kalau dorang ada perangai buruk ke, rock tua ke, tak komersial ke...bagi aku, ramai gak malah semua orang ada perangai buruk dorang sendiri. Tinggal ambil masa je untuk berubah. Aku pon sama gak le.

Konsert pertama aku tengok dalam hidup aku, waktu cabut keluar jap dari asrama pasal nak tengok Wings performed kat Dewan Hamzah Klang. Masa tu Benson & Hedges sponsor. Line-up masa tu Awie, Black, Eddie dan Tham. Gitaris berketurunan cina ni menggantikan Sham tapi tak sempat nak merakamkan sebarang album bersama Wings. Kalau dapat jumpa Tham ni pon cantik gak. Dan Wings sepatutnya memberikan tak banyak pon sikit credit untuk Tham ni.

Lepas tu masa aku form 2, budak dorm aku dah start kecoh2 pasal album Hukum Karma keluar. Masa tu tak berapa sangat nak dengar pasal aku lebih ke arah Bloodshed, Search Lefthanded, SYJ dan kalau band2 omputeh lak macam Iron Maiden, Metallica, Scorpion, Black Sabbath, DIO, Deep Purple dll. Sampai le dorang suruh aku cari lagu Dari Tuhan guna gitar. Tiba2 plak rasa macam ada jiwa sikit lagu tu. Terus aku capai plak kaset Hukum Karma member aku yang lebih dikenali sebagai Batman (Bro sorry....aku lambat pulangkan dan terus hilang kaset tu). Opera Hidup buka sikit mata aku pada dorang dan lagu seterusnya menerangkan lagi ada sayap yang nak mengembang dalam muzik Malaysia.

Aku cukup berharap dapat tengok dorang perform live depan mata, sampai le aku Form Three, kat funfair dekat ngan rumah aku, Wings perform dengan line-up yang sama bersama dengan gitarist baru dorang......Joe. Opening song Hikayat Penuh Ranjau memang aku hikayatkan dalam memori aku pasal masa tu aku tengah menggelupur beli tiket, tiba2 dengar intro lagu dan dalam kepala hotak aku "eh! ini live ke minus one?"...nyata dorang performed secara live.

Lepas dari tu, banyak jugak le konsert dorang yang aku ikut. Konsert 100 tahun Klang....dorang performed bersama Ella dan Search. Masa tu first time aku tengok Joe perform sambil mulut aku ternganga tanpa disedari. Masa konsert kat funfair Pandamaran pon aku ternganga jugak. Especially bila dorang main lagu "Hutan Simpan". Aku ingat lagi ayat yang keluar dari mulut Awie masa nak memperkenalkan lagu yang dorang bakal main...............

"Kami tak akan potong rambut, kami akan simpan, simpan rambut ni macam Hutan Simpaaaaaaan!!!!!"

Lepas tu ada lagi 4-5 lagi konsert dorang yang aku tengok dan yang kali terakhir kat Planet Hollywood KL. Masa tu aku berjumpa pasangan rocker yang mmg sporting pernah aku jumpa, Yatt & Nad. Dan pada 2hb Dec ni.....aku akan sekali lagi menonton Wings perform depan mata.
Kali ni lebih bermakna sikit pasal information yang aku dapat dari kawan2 MP, PHKL dan yang bestnya datang dari encik Abdul Zamin Abd Kadir (Joe Wings) sendiri. Dan first time jugak aku berbalas email dengan dia.

Dah berpeluh tangan dah ni nak ke PHKL Ahad ni. Macam checklist yang aku dah buat kat entry sebelum ni, yup!!! everything check!!!!! OK .....aku akan update korang pasal gig ni sehari selepas. Dengan camera baru....insyallah gambar bermuu tinggi akan dipaparkan jugak.

LET's ROCK!!!!!!!

Read more...

25.11.07

Sape le punya keje ni!!!!

Dari dulu aku mmg tak pernah terlepas pandang dengan signboard2 ni. Aku rasa macam ada satu keistimewaan kat signboard ni semua. Pandai2 le korang membuat penilaian korang sendiri. Agak2 tak paham....abaikan aje. Untuk owner kedai.....jangan salah paham, ni pon sebahagian dari promosi untuk kedai korang jugak.


Quench your thirst and feast up with the best roti kaya in town


Exotic craftsmanship with the most untapped resources

Prolong your vehicles life.

Read more...

23.11.07

First class minded

Aku cukup tertarik ngan signboard ni terutamanya ayat terakhir yang tertera "SILA IKUTI ARAHAN PAPANTANDA SERTA ANGGOTA PENGAWAL TRAFIK BERTUGAS DEMI KELANCARAN DAN KESELESAAN PEMANDUAN ANDA - DENGAN ARAHAN YANG DIPERTUA M.P.K."

Ya betul!!! selesa sungguh pemanduan aku setiap kali lalu kat sini. Rasa macam nak jatuh cinta aje kat jalan ni. Atau pon jatuh cinta ngan orang yang mencadangkan benda ni sekali.

Tahniah encik-encik perancang kota yang bijaksana sekelian. Dengan menggunakan signboard "cheapsale" ni...mesej korang telah sampai kat kitorang dgn cukup efektif sekali. Ini le hasil kerja "Minda kelas pertama". Siap guna nama YDP lagi. Signboard punya font pon jenis macam tulisan tangan. Dah le tu, rely pulak kat pengawal trafik(polis trafik ke ni?). Macam le dorang kat situ 24 jam. Seronok sungguh aku tengok hasil buah fikiran korang ni. Rasa macam nak aku tapak aje muka korang sekor2. Tapi bila pikir balik, mungkin ini le hasil pemerhatian rakan2 kita di MPK sana. Kesannya korang boleh nampak ......


1. Bila waktu puncak - Daripada jarang traffic jam, Jalan Tengku Kelana bukan sahaja jadi "neraka pompuan bersuara pitch tinggi", malah sekarang telah menjadi "neraka kereta yang dipandu oleh pemandu yang paling berhemah dan penunggang setia motor Honda EX5"

2. Masa Deepavali - Kalau dah tempat tu tempat shopping, korang "divert"kan semua jalan kesana tu apahal?....Korang takde pikir ke? Korang tau tak...setiap kali aku lalu kat situ aku kena tahan nafas?

3. Bila budak SKK dan SRJK(C) nak pergi/balik sekolah - Bukan ke jalan kat situ cuma satu lane setiap hala? Korang takde nampak ke? Time tu mak bapak, bas sekolah, van sekolah, pengangkutan awam akan bersesak2 nak parking kat situ.

4. Function kat Stadium Kota Raja - Sekolah sekitar daerah Klang selalu buat pesta hari sukan kat sana. Dah le dengan jalan sempit, budak2 sekolah yang lalu lalang kat situ semua jenis penuh kesedaran sivik jalanraya Petronas, korang ada terpikir tak kalau2 ada benda buruk bakal jadi kat sana?

Ni baru sikit aku nak bagitau....yang lain, korang pandai2 le analyst sendiri. Bukan kecik lagi...semuanya mak dengan bapak budak. Bak kata orang kuat korang, jalan ni sengaja di"divert"kan untuk mengalihkan kesemua kenderaan yang lalu lalang kat area tu menuju ke produk pelancongan terhebat korang. ya! "Little India" namanya. Aku pedulik hape!!! Tak sanggup aku nak singgah kat tempat hingit bingit macam tu.

Aku belum cerita lagi pasal rekod yang korang buat. Satu2nya bandar diraja yang masjidnya tak available hari ni ketika solat Jumaat. Mula2 aku ke Masjid Sultan Suleiman...renovate, pergi Masjid India....lagi kuat bunyi lagu dari filem Sivaji The Boss dari suara khatib (perpaduan kaum dan ugama kat sini memang praktikal. Orang Muslim dengar khutbah atas jalan tengah panas terik), nampaknya aku pergi ke Masjid Al Rahimiah.....nak tunggu masjid projek BN kat tepi sungai tu.....hmmm kena tunggu pilihanraya le nampaknya. Satu2 masjid paling lama dibuat di Malaysia rasanya.

Atau aku belum cerita lagi pasal tabiat korang yang suka makan free. Nak aku ceritakan jugak ke?...Macam ni....kadang2 aku pergi jugak le ke opis korang untuk booking dewan badminton. Selalunya aku akan singgah ke kantin sebelah Dewan Hamzah tu....sambil perhatikan perangai manusia, terutamanya yang ada pakai tag MPK. Aku baru order, korang tengah makan, makanan aku sampai, korang dah abis, makanan aku habis, korang tengah bersembang pasal projek tu le ni le, aku dah nak bayar, korang masih kat situ lagi. Lepas tu masa korang nak blah....senang aje harga makanan korang..."Wei...nanti kira le...beg duit aku tinggal kat atas" atau "Masuk buku" atau "apa salah, sekali sekala belanja" atau nak lebih cantik....bila korang ternampak kontraktor MPK masuk nak makan "Nak aku sign document tak?....bayar aku punya makan ni ek"..tanpa segan silu...woi!!!! orang lain pon cari makan jugak...nak bagi anak bini makan jugak.....kalau dah perangai macam ni korang tak terpikir ke halal haram?!!!! Ada sekali tu aku terserempak ngan org yang tolak trolley makan masuk ke bangunan korang. Bila aku tanya aje..."Ni untuk meeting bulanan bang"...Mak ai!!! korang meeting ke mentekedarah!!!

Apa2 pon, terima kasih le kat korang kerana berjaya menonjolkan tahap IQ korang tu. Mmg aku puji 100%. Kalau le aku dapat berkawan baik ngan salah sorang dari korang, kan ke best. Dapat le aku menyelami isi otak korang. Mungkin korang seronok tengok orang bersesak2 kat traffic jam masa pergi/balik kerja. Therapy jiwa untuk korang. Bagi aku, ini le hasil pemikiran kelas pertama...well done guys!!!!

p/s : aku tak nak cakap "Jangan saman saya, saya takde duit..." cuma aku nak bagitau kat korang yang hasil gaji korang bulan2 tu untuk dijadikan darah daging anak bini/laki korang. Jadi pikir le elok2.

Read more...

21.11.07

Benny Lava

Apa yang buat aku gelak sampai keluar air mata 2 malam lepas berturut-turut kat opis?..... Dengarkan lagu dibawah. Lagu ni melekat kat kepala hotak aku dah dua hari dah ni.......tuluuunnnnnnnnnng!!!

video

terima kasih kat enche Buffalax. Banyak lagi versi mamat ni buat. Tapi yang ni jugak melekat ke sanubari

My loony bun is fine Benny Lava!
Minor bun engine made Benny Lava!
Anybody need this sign? Benny Lava!
You need a bun to bite Benny Lava!

Have you been high today?I see the nuns are gay!
My brother yelled to me......I love you inside Ed!

My loony bun is fine Benny Lava!
Minor bun engine made Benny Lava!

I told a high school girl..I love you inside me!

I'd love to see you pee on us tonight!
I'd love to see you pee on us tonight!

OOOOOOOOOOoooooooooooOOOOOOO

You fill me up with doom. Quit looking up at me!
You got a minute girl? The puppy had a fee!

Don't think I do love her
We're looking in a pill!
We're looking in a pill!
All of them like the bun!
Now poop on them Oliver!

Ooo daddy, Just say it,You know the hole to put it!
Just sing it, You love me! Your pundit got armor!
You send me...Offended...You know the hole to put it!
Just sing it, You love me! Your pundit got armor!

Who put the goat in there? The yellow goat I ate!

My loony bun is fine Benny Lava!
Minor bun engine made Benny Lava!

(I like to swim in it....I like to swim in it....I like to swim in his....beeejjaaaayyy)
(I like to swim in it....I like to swim in it....I like to swim in his....beeejjaaaayyy)

OOOOOOOOOOoooooooooooOOOOOOO

A nerd to punk a nerd. I'm bleeding Fucking A!
That stuff is pink colored! Some day I sell DNA!

The boar ain't very cool.You need a Hindi yew!
Got into seattle. I'll lay a friend of yours

I fought a barber man!We know what's in butter rum!

A jet pack...operation.Send him the Crazy Hindu!
Whatever! My Sadist!All baked and cooked alive!

I licked you....Belinda.The ninja made a movement!
Tell Donna ...no collar...I'll do what body loves!

I put papaya there!You love me inside there!

My loony bun is fine Benny Lava!
Minor bun engine made Benny Lava!
Anybody need this sign? Benny Lava!
You need a bun to bite Benny Lava!

Have you been high today?I love you inside there!

OOOOOOOOOOoooooooooooOOOOOOO....ulang sampai pecah perut


p/s: kalau susah sangat...korang pergi kat Youtube .....lepas tu taip "crazy indian". To date...viewing dah mencecah 1.5 juta.

Read more...

19.11.07

MyChem on the parade


untuk maklumat lanjut....klik sini


Ada pagi tu, masa nak pegi keje, wife aku ckp nak pegi tengok konsert ni. Dalam lembut dia ckp "Kita pergi le, ganti balik pasal abang tak dapat nak pergi tengok Megadeth itu hari"



Aku pon buat kira2 dalam benak aku......MCR nak disamakan ngan Megadeth?....fuhh macam langit ngan bumi tu dia punya beza. Tu bagi pendapat aku le.



Apa2hal pon kepada sesiapa yang nak layan MCR, silakan...bagus band ni. Cuma belum sesuai untuk halwa telinga aku lagi kot. Maklum le gegendang 70an.

Read more...

10.11.07

10hb Nov 2007 dan si baju kuning


Perhimpunan yang menuntut kelancaran bagi membersihkan najis2 dalam memproses satu satu pilihanraya. Mendapat protes dari pihak kerajaan dan mendapat liputan meluas, terutamanya di RTM, TV3, Perhimpunan Agung UMNO 2007 dll. Polis dikerah supaya mengawal gerak kearah perhimpunan ni yang akan diadakan di Dataran Merdeka jam 3.00pm hari ni. Sekali gus, polis mengharamkan permit untuk diadakan perhimpunan ini.
Kalau diikutkan, cara penyampaian dan tersebarnya agenda perhimpunan ni melalui blog2 yang terdapat di merata2 sekarang. Kerajaan Malaysia sekarang tengah memantau aktiviti bloggers2 yang merupakan salah satu cara alternatif untuk parti pembangkang menyampaikan mesej dorang. Betapa kuatnya pengaruh blog2 ni, tu yang mereka mensasarkan 100,000 orang untuk berkumpul dan berarak menghantar memorandum ke Istana Negara untuk disampaikan kepada DYMM YDP Agung. Rasa2 Sultan Terengganu hari ni takde kot, pasal tengah bawak kuda untuk acara "apekebendentah" berkuda kat Terengganu sana. Kalau nak hantar jugak memorandum tu, hantar le kat guard Istana Negara yang berdiri terpacak kat depan gate.
Bagi aku plak......hari ni 2 kali kena tempuh roadblock kat Tol Bukit Raja NKVE dan kat Tol Sprint Damansara. Kat Bukit Raja aku kena tahan dan polis dok check ape ada kat belakang kereta aku. Sampai jacket aku pon dorang check. Semuanya kerana nak cari orang yang memakai baju kuning untuk ke perhimpunan tu. Aku tak peduli...korang nak berhimpun ke, nak berkumpul ke nak melepak ke, aku tak kisah...tapi jangan le kacau perjalanan aku nak pegi keje!! Baru nak rasa nikmat pegi keje tanpa traffic jam.
Sampai kat opis, bebudak keje malam informed aku yang dorang pon kena tahan gak malam tadi. Tok Imam ngan Khairul kena tahan kat depan Pusat Sains Negara. Siap kena buka bonet belakang lagi. Nasib naik le dlm bonet dorang takde parang ke senjata tajam ke. Kalau tidak naya aje.
Yang aku risaukan sekarang ni, line telepon aku. Takut takde coverage aje, pasal yang mengikut aku selama ni badut pakai baju kuning tu. Dah le bengong, kang kena tangkap satu hal lak aku nak buat call. So far aku perhatikan, mmg line OK aje. Buat masa ni, dorang cuma tak ikut aku sampai ke Felda Redong aje.


Polis!polis! tangkap budak ni!!!!

Read more...

Exclusive Showcase at Planet Hollywood


Time : 10.30pm
Date : 2nd Dec 2007
Venue : Planet Hollywood KL
Entrance fee : RM50 plus 1 free drink

Dah macam acara tahunan plak Wings perform kat Planet Hollywood. Tahun lepas 26hb November. Ini kali 2hb December plak. Kali ni special sikit pasal aku dapat confirmation first hand info dari Joe Wings sendiri.

Checklist:
1. Minta kebenaran Ma'am Besar kat rumah
2. Apply cuti untuk 3hb (Penat ooo..)
3. Beli camera baru, pasal camera bengong aku dah kaput.
4. Memory card extra untuk rakam video
5. Tidur yang cukup
6. Duit tiket untuk konsert tu.

Mari turun ramai2 dan penuhkan Planet Hollywood sesesak yang mungkin. Tapi tunggu aku park kat depan stage dulu. Lepas tu korang nak masuk, masuk le.
Terima kasih jugak pada Cik Sharina (Planet Hollywood) kerana meng'email'kan flyer diatas pada aku. Keep up a good work!!.....

Read more...

8.11.07

Kg Kesang Tasek

Semalam aku ke Muar untuk menjemput balik anak saudara aku Epi, balik ke Klang. Sakit gigi tahap kronik sampai bengkak mata, demam dsb. Kesian betul. Dah le nak dekat SPM. Aku bertolak dalam pukul 10am dan sampai kat sekolah dia pukul 12pm.

Apa yang aku nampak bila sampai kat Muar, bukan bayangan orang sakit gigi, tapi view kat depan sekolah Epi yang cukup menenangkan fikiran. Sawah padi yang cukup menghijau(ewah!!), dengan kelibat burung pucung (kakak aku kata, tu burung bangau), fresh air dan kelibat budak2 mandi kat parit, perghh memang tenang betul tengok kawasan sekolah ni.

Sampai kat sekolah Epi, pelajar kat sekolah ni mmg jenis reti hormat orang. Aku lepak kat dorm Epi sementara tunggu dia pack baju ape semua. Sambil tu bersembang ngan budak Dorm Epi, cerita pasal sekolah kat sini, pengalaman duduk hostel lepas tu sempat lagi amik gambar ngan dorang.
Balik tu, aku singgah makan kejap kat pekan Tangkak. Sempat lagi kakak sulung aku bedal kain sepasang (hehehe takut nanti oghang pekunun). Dalam perjalanan, aku singgah kejap kat RnR Senawang, tidur kejap. nak recover keletihan.

Enjoy le gambar dibawah ni

Sekolah Menengah Agama Lughatul Quran

Schedule tanam padi



Tu nampak tak? yang dot putih tu!! tu le burung pucung

Scenario tenang kepala otak

Pailang2 Avceena Dormitory

Read more...