8.11.07

Kg Kesang Tasek

Semalam aku ke Muar untuk menjemput balik anak saudara aku Epi, balik ke Klang. Sakit gigi tahap kronik sampai bengkak mata, demam dsb. Kesian betul. Dah le nak dekat SPM. Aku bertolak dalam pukul 10am dan sampai kat sekolah dia pukul 12pm.

Apa yang aku nampak bila sampai kat Muar, bukan bayangan orang sakit gigi, tapi view kat depan sekolah Epi yang cukup menenangkan fikiran. Sawah padi yang cukup menghijau(ewah!!), dengan kelibat burung pucung (kakak aku kata, tu burung bangau), fresh air dan kelibat budak2 mandi kat parit, perghh memang tenang betul tengok kawasan sekolah ni.

Sampai kat sekolah Epi, pelajar kat sekolah ni mmg jenis reti hormat orang. Aku lepak kat dorm Epi sementara tunggu dia pack baju ape semua. Sambil tu bersembang ngan budak Dorm Epi, cerita pasal sekolah kat sini, pengalaman duduk hostel lepas tu sempat lagi amik gambar ngan dorang.
Balik tu, aku singgah makan kejap kat pekan Tangkak. Sempat lagi kakak sulung aku bedal kain sepasang (hehehe takut nanti oghang pekunun). Dalam perjalanan, aku singgah kejap kat RnR Senawang, tidur kejap. nak recover keletihan.

Enjoy le gambar dibawah ni

Sekolah Menengah Agama Lughatul Quran

Schedule tanam padi



Tu nampak tak? yang dot putih tu!! tu le burung pucung

Scenario tenang kepala otak

Pailang2 Avceena Dormitory

2 comment:

zarea106 March 1, 2008 at 4:12 PM  

ni kg saya.....kg asal mak ayah saya...rindunya zaman2 main parit ban..sawah yg awak amik gbr kat umah besar tu sawah tok saya...rindunya nak lek muorrrrrr

carvedijan March 4, 2008 at 5:03 AM  

fuh!!! memang best kampung awak.....agak2 kalau buat makan2, jangan lupa jemput ye?