10hb Nov 2007 dan si baju kuning
Perhimpunan yang menuntut kelancaran bagi membersihkan najis2 dalam memproses satu satu pilihanraya. Mendapat protes dari pihak kerajaan dan mendapat liputan meluas, terutamanya di RTM, TV3, Perhimpunan Agung UMNO 2007 dll. Polis dikerah supaya mengawal gerak kearah perhimpunan ni yang akan diadakan di Dataran Merdeka jam 3.00pm hari ni. Sekali gus, polis mengharamkan permit untuk diadakan perhimpunan ini.
Kalau diikutkan, cara penyampaian dan tersebarnya agenda perhimpunan ni melalui blog2 yang terdapat di merata2 sekarang. Kerajaan Malaysia sekarang tengah memantau aktiviti bloggers2 yang merupakan salah satu cara alternatif untuk parti pembangkang menyampaikan mesej dorang. Betapa kuatnya pengaruh blog2 ni, tu yang mereka mensasarkan 100,000 orang untuk berkumpul dan berarak menghantar memorandum ke Istana Negara untuk disampaikan kepada DYMM YDP Agung. Rasa2 Sultan Terengganu hari ni takde kot, pasal tengah bawak kuda untuk acara "apekebendentah" berkuda kat Terengganu sana. Kalau nak hantar jugak memorandum tu, hantar le kat guard Istana Negara yang berdiri terpacak kat depan gate.
Bagi aku plak......hari ni 2 kali kena tempuh roadblock kat Tol Bukit Raja NKVE dan kat Tol Sprint Damansara. Kat Bukit Raja aku kena tahan dan polis dok check ape ada kat belakang kereta aku. Sampai jacket aku pon dorang check. Semuanya kerana nak cari orang yang memakai baju kuning untuk ke perhimpunan tu. Aku tak peduli...korang nak berhimpun ke, nak berkumpul ke nak melepak ke, aku tak kisah...tapi jangan le kacau perjalanan aku nak pegi keje!! Baru nak rasa nikmat pegi keje tanpa traffic jam.
Sampai kat opis, bebudak keje malam informed aku yang dorang pon kena tahan gak malam tadi. Tok Imam ngan Khairul kena tahan kat depan Pusat Sains Negara. Siap kena buka bonet belakang lagi. Nasib naik le dlm bonet dorang takde parang ke senjata tajam ke. Kalau tidak naya aje.
Yang aku risaukan sekarang ni, line telepon aku. Takut takde coverage aje, pasal yang mengikut aku selama ni badut pakai baju kuning tu. Dah le bengong, kang kena tangkap satu hal lak aku nak buat call. So far aku perhatikan, mmg line OK aje. Buat masa ni, dorang cuma tak ikut aku sampai ke Felda Redong aje.
Polis!polis! tangkap budak ni!!!!
0 comment:
Post a Comment