25.8.07

Onjings!!!

Aku kat HP ni keje shift 12 jam sehari, 14 hari sebulan. Shift aku terbahagi kepada dua bahagian....First Half dan Second Half. Contohnya.....untuk first half...hari start keje ialah hari Ahad dan kalau minggu tu kena tiga hari keje jadi hari terakhir keje ialah hari Selasa. Kalau kena empat hari keje minggu tu bermakna habis hari Rabu. Second half pulak akan sambung hari terakhir untuk orang first half dan akan abis hari Sabtu. Kalau korang tak paham camana cara shift ni, apply aje keje kat HP. Boleh emailkan resume korang kat aku.

Selama 4 bulan aku kat HP, aku masuk second half punya shift. Dan masa time reshuffle baru2 ni, aku telah dimasukkan ke first half punya shift. Jadi untuk tu...geng2 second half aku pun membuat satu farewell (?) untuk aku.

Malam tu(11hbAug) kitorang gi celebrate kat Sri Hartamas. Ada le kat 8 orang yang pergi. Bebudak Delphi 5 orang manakala South Pacific pulak 3 orang aje. Aku, Tok Imam (Wintel Taiko) ngan Khairol (Backup Tailo). Masa nak pergi tu aku terperasan ada dua ekor onjings berlegar2 kat Shell depan HP Tower. Kalau ikut dlm wikipedia, onjings berkenaan berketurunan "bullmastiff" yang kalau tengok pon memang gerun dengan besar, garang, kotor, huduh dsb.

Balik dari farewell tu, aku ikut le Jalan Dungun. Tiba-tiba terserempak ngan dua2 ekor onjings tu. Apa lagi...kedua2 ekor onjings tu pon kejor le kereta aku dengan bergayanya. Cuak gak aku pasal kepala hotak salah sekor onjing tu betul2 kat sebelah aku yang tengah bawak kereta. Aku tengok meter kereta aku.......fuhhhh 60km/sj!!! Mak datuk...ini kalau dia kejar aku on foot.....tak sampai 5 saat dah tentu aku jadi santapan rakus kedua2 ekor onjings tu.

Dah sampai simpang nak masuk HP Towers, onjings tu masih lagi kejor kereta aku. Aku terpikir, lobby HP Towers tu mmg memanjang ada bebudak lepak hisap rokok. Takkan aku nak bawa onjings tu keliling HP Towers kot? Mau berterabor dorang lari. Ahh!! huru hara gak aku. Onjings tu dah menyalak gila babi kat kereta aku. Nak tak nak terpaksa le aku berentikan kereta aku kat tengah jalan tunggu sampai onjings tu reda. Bila onjings tu dah blah, aku pon terus masuk parking kereta aku.

Lepas keluar dari kereta, sambil berjalan masing2 cerita macamana besau onjings tu, perasaan dorang masa onjings tu kejor bla bla bla....Aku lak jalan yang kat belakang sekali. Cuak jugak sambil perati kat belakang mana tau kot2 onjings tu kejor balik. Tiba2 timbul idea nak pe"dajal"kan dorang.

"Argghhh.....onjings tu kejor balik woi!!!!!"

Sambil perhatikan sorang2.....masing2 berterabor lari sambil tu dok toleh ke belakang nak tengok betol ke onjings tu kejor balik. Yang bestnya aku perasan...Tok Imam alias Zaidi alias Batman Wintel lari tak pandang belakang langsung. Dia macam dah standby nak lari kalau2 ada onjings kejor. Hahahahahaha!!!!

Sampai kat lobby HP Towers, masing2 gelak pecah perut. Mamat2 yang mmg dah sedia ada kat situ terpinga2...apahal ngan kitorang. Dorang mungkin tak tau apa yang jadi, tapi kalau dorang tau mesti dorang berterima kasih ngan aku pasal menyelamatkan dorang dari keganasan onjings. Aku lak gelak macam nak termuntah pon ade, tapi yang pasti air mata aku dah meleleh-leleh punya gelak.

Untuk kengkawan aku kat second-half......korang mmg betul2 buat aku seronok kerja. Insyallah kalau aku kena standby, kita akan jumpa lagi.

(p/s: kalau sekarang ni onjings tu kejor balik, pakal berserah aje lah aku. Dengan kaki terkehel macam ni jangan kata nak lari, nak berjalan pun terkial2. Aku rasa onjings tu pun pikir 2-3 kali nak kejor)

Onjings = Anjing-anjing
(ayat ni aku dapat dari Shah Carrefour JB)

1 comment:

rad September 2, 2007 at 4:20 PM  

testing testing komen :P