17.8.07

Cucoh....lari!!!!!!

Cerita ni berlaku lebih kurang 1-2 bulan yang lepas. Masa tu aku kerja shift malam. Macam biasa selalunya dalam pukul 1 hingga 3 pagi tu adalah waktu kitorang break. So planning malam tu nak pegi makan kat Uptown Damansara.

Sampai aje kat Uptown, macam-macam cerita yang keluar. Maklum le bila dah satu bangunan, satu gaya kerja, satu aliran, maka tak sunyi le supper kami berenam. Tengah2 macam2 cerita tu, terkeluar lak topik pasal Altantuya. Macam2 le fakta yang keluar. Prediction siapa yang bunuh, siapa dalang pembunuhan, kenapa minah Mongolia ni kena bunuh etc.

Jadi malam tu kitorang berenam macam tempat forum pasal kes high profile tu. Tengah2 dok seronok masing2 keluarkan fakta2 tu tiba2 .....................


"Wei, hangpa ingat lah, masa depa nak detonate C4 tu, depa main cucoh pehtu laghi ka?"

Maka bersemburan lah air kopi O ais aku yang tengah menyalir masuk ke dalam tekak. Hahahaha!!!! Hang ingat ni meghiam katak apa, nak main cucoh laghi!!! Kalu pakai detonator yang macam pam basikal tu logik gak le.

Kalau betul depa main cucoh laghi, aku terbayang macam mana reaksi Altantuya masa tu. Jenuh dok hembuih sumbu tu bagi padam.


2 comment:

zan August 18, 2007 at 10:19 AM  

"Wei, hangpa ingat lah, masa depa nak detonate C4 tu, depa main cucoh pehtu laghi ka?"

Ko tolong tepukkan dahi mamat tu bley? hahaha..Ingat bom zaman Wild-Wild West aper..

Ijan August 18, 2007 at 10:02 PM  

Itu pasal aku minom boleh bersembor.

Selalunya macam tu le kalau dah makan ramai2. Macam2 cerita yang keluar.