Padah kalau tak warm up
Semalam lepas balik keje, aku dengan Nik (Backup Team) dengan segera-gera terus ke Stadium Juara kat Bukit Kiara. Setiap hari Rabu jam 7pm - 9pm, 3 court badminton untuk staff2 HP ada disediakan kat sana. Pasal aku balik jam 8.30pm kitorang berdua bergegas ke sana. Bila sampai aje kat Stadium Juara tu. Aku yang dengan tak warm-up, terus amik racket dan start pukul shuttle cock. Tak sampai 5 kali pukul..........gedebab!!!!! kaki aku terkehel dan terus tergolek atas court parquet tu. Dan sebagai jawapan....sila lihat gambar di bawah
Dah tak nampak buku lali dah! Bengkak gila.
Hari ni sepatutnya planned ngan anak2 aku bawa dorang pergi tengok Ratatouille. Tiket dah booked. Nampaknya terpaksa le cancel.
Untuk kakak ngan adik..."sorry abah tak boleh bawak kakak ngan adik pegi tengok Ratatouille. Insyallah, nanti kalau kaki abah dah OK, abah bawak ye sayang?"
Dan lagi satu lagi plan yang mungkin terpaksa aku korbankan..........Malam Edan with Search. Dengan kaki yang takleh berdiri lama macam ni, rasa2 terpaksa le batalkan aje. Lepas ni nak pegi hospital, buat checkup. Mana tau ada tulang yang lari dari socket.
3 comment:
Wei..Ko pergi ke tak Search ni? Kasi tau awal..Kalo ko tak pegi, aku nak beli tiket sorang je..
Mak datuk! Abih buku lali bengkak! Mau kena simen kalu pi spital ni!
Terus tak jadi aku nak main futsal mlm ni...
Zani,
Lama lagi gig tu. Insyallah Selasa ni aku gi beli tiket ngan tiket gang MP dari Singapore.
Yatt,
Alhamdulillah tak kena simen. Kalau tak mau makan 1-2 bulan nak baik.
Aik! Tak kan tgk kecederaan aku, ko lak yang cuak?. Rileks le brader. Tu le namanya rahmat. Mungkin kalau aku tak tergolek malam tu, benda yang lebih buruk jadi pada aku.
Post a Comment