25.8.07

Live Free or Die~HARD

Kalau ada sesiapa yang familiar dengan phrase "LIVE FREE OR DIE", tak lain tak bukan orang yang selalu bergelumang dengan operating system UNIX. Dah tentu phrase tu adalah tagline bagi UNIX.


Tapi aku bukan nak cerita pasal UNIX, tapi pasal movie yang baru release tengah bulan July lepas. Yeap...aku cerita pasal Live free or DIE HARD 4.0

Aku baru abis donlod citer ni dari Torrent. Gambar superb, sound cun tapi yang membuatkan ianya lebih best sebab ianya DIE HARD!!!!!!!
Takpelah kalau orang kata itu cerita hero tua tapi bagi aku Bruce Willis masih lagi menyengat untuk berlakon cerita2 lasak camni. Yang pastinya cerita ni menyajikan ol'skool/classic action pack movie apabila saingan movie ketika itu lebih kepada CGI (Transformer, HP...etc)

A MAN WITH A PLAN

Aku bukanlah seorang peminat Bruce Willis dan percaya tak kalau aku cakap Die Hard yang pertama sekali aku tonton ialah Die Hard 3 (With the Vengeance) sebab utama ialah adanya hero resdung(sengau) iaitu Enche Samuel L Jackson. Dan Itu le sebabnya aku boleh tersangkut ngan Die Hard ni.

Apa yang best tentang filem ni dah tentu pasal non-stop action, plot cerita yang tak terlalu complex dan aksi meletup dan menghancurkan harta benda awam yang tiada henti.

Yang lebih menarik bila adanya Justin Long sebagai supporting char. Aku mula2 kenal mamat ni masa dia berlakun sebagai "Warren Cheswick" dalam siri TV ED yang disiarkan hujung 1999 kat NTV7 dulu.

Timothy Olyphant........hmm tak berapa kenal sangat tapi dah tentu aku tunggu2 cerita "Hitman" yang bakal ditayangkan. Sebuah lagi movie yang diadaptasi dari komik.

Dan pastinya berbaloi jugak le aku mendonlod cerita ni. Kepada sesiapa yang merindui ol skool action pack movie........ini lah filem terbaru yang korang cari2.


Aku bagi ****1/2 / *****

1 comment:

Anonymous,  November 11, 2008 at 6:01 PM  

Good words.