3.4.08

Setahun jagung di HamPeh


Hari ni cukup setahun aku join company ni. MNC ketiga aku join selepas Procter & Gamble, dan Carrefour. Kerja pertama yang memerlukan aku untuk bekerja secara shift. Kerja pertama yang officially bayar aku untuk bekerja selama 12 jam sehari. Kerja pertama yang memerlukan aku bekerja 2 minggu dalam sebulan. Dan ini le kerja pertama yang bayar aku untuk kerja overtime.

Masa first day aku join, benda yang merisaukan aku ialah masalah parking kereta. Hari pertama aku parking kat basement HP Tower. Tup-tup kena dekat RM30 parking. Nasib baik Madi (vocalist aku) ada. Dia building maintenance kat HP Tower. Dia kowtim ngan aku baik punya sampai aku tak perlu bayar apa apa pon. Selama 3-4 bulan, aku selalu parking kereta aku kat Jalan Batai. Kena menapak naik bukit turun bukit. Lepas tu aku lebih tertumpu kepada parking secara illegal. Memandangkan ramai rakan sekerja aku jugak adalah pengumpul surat saman dari DBKL, jadi aku tak mau ketinggalan jugak. So far aku tengok yang jaguh dalam mengumpul saman parking ialah bos aku. Tebal surat saman dia boleh bikin yellow pages.

Makan kalau kerja kat sini memang takde masalah. Kalau kerja siang, aku lebih suka makan kat hawker centre kat basement HP Tower. Banyak pilihan. Kalau malam pulak, dulu masa aku kat 2nd half, aku lebih tertumpu makan kat Sri Hartamas. Sekarang ni plak kat 1st half, aku lebih ke Bangsar dan Uptown. Kat Bangsar Selera, pilihan aku dah tentu K.E. TomYam. Dah le sedap, portion makanan banyak plak tu. Memang boleh mengah le dibuatnya.

Tentang rakan sekerja plak............hmmmm semua jenis bakat boleh bawak ketengah punya. Team aku (UNIX), memang takde masalah punya. Cuma ada satu masalah aje........kalau duduk berkumpul minum sekali, macam2 topik boleh keluar. hehe. Team lain plak (WINTEL, BACKUP, NETWORK) pon sama gak. Semua jenis kepala boleh layan.

OK itu aje.....lepas ni nak update resume kejap.

4 comment:

deaf-angel April 12, 2008 at 4:09 PM  

jan, ko keja HP bleh dapat diskaun tak?
laptop half price ke?
printer 70%diskaun ke?
hehehe

carvedijan April 13, 2008 at 12:35 PM  

tak de discount le deaf...tapi Employee Purchase program tu ada le..kalau nak abuse aku takde masalah