13.4.08

Pesta Buku 2008 - 12-04-2008

Letih.....hmmm memang letih, pasal nak kena bersesak2 dgn ribuan(rasanya) orang. Tapi memang berbaloi pergi especially bila dah memang allocate budget untuk ke sini. Walaupun aku "budget" pesta buku ni buat bulan Mei macam tahun lepas.

Walaupon tak cukup tidur, lepas balik jamming pukul 4 pagi dgn rakan se"MULTIPLY" kat Pertama Studio. Lepas tu pagi hantar anak2 aku pergi sekolah tambahan, pergi beli barang rumah kat Tesco. Letih yang menyeronokkan..hehehe

(Manusia2 yang excited semalam)

Aku bertolak dari rumah lebih kurang pukul 3.00pm. Menempuh hujan lebat kat area Shah Alam, PJ, KL bukan le sesuatu yang seronok. Terutamanya untuk orang yang baru basuh kereta. Sampai kat PWTC jam 4.00pm. Aku parking kereta kat bus-stand Putra. Bagus jugak sekarang ni dorang letak RM3.00 sekali masuk. Takde la sangat tekanan mengejar masa untuk bayar parking.

Bila masuk aje,first sekali aku ngan wife aku akan gi carik buku untuk buah hati kitorang dulu. Masing2 berebut nak yang itu, yang ini (ingat abah chop duit?!!!) hehehe. Bila dah agak terabak sikit poket, baru aku gi cari buku untuk kitorang berdua. Nasib le aku bawak bagpack..senang sikit nak simpan buku2 tu. Bukan malas nak menjinjing, tapi pasal nak kena pegang tangan anak2 aku yang memang tak boleh lepa sikit, mesti merayau ntah kemana2.

(Muka muka keletihan)

Akhir sekali, aku pergi booth Creative Enterprise, bak kata omputeh "save the best for last". Ujang pon ada. Minta dia signkan buku2 Zani yang dia kirim, lepas tu beli I.B.C. (Intelligent Blues Club) yang baru launch minggu lepas. Minta Ujang signkan sekali.

(Thanks Ujang)

Ujang siap tegur lagi.."Ehh..ko ni bukan blogger ke?" terasa macam terkenal le pulak. hehehe. Adik plak nak buku BoxSet complete Sang Kancil karya Pak Jaafar Taib. Uihh le anak oi!!...Abah dah takde sen ni skrg....beli dulu satu jilid.....lain kali kita pergi beli lain ye?....


(Pak Jaafar Taib dok menyain buku Adik)

Masing2 dah lapar. Lebih kurang pukul 6.30pm, kitorang anak beranak keluar dari PWTC dan terus menghala ke kedai makan. Sampai rumah dalam pukul 8.00pm, masing2 buat hal sendiri ngan buku masing2......

(Muka manusia2 yang di "pau")

(Muka manusia2 yang menge "pau")



3 comment:

deaf_angel April 13, 2008 at 9:01 PM  

ARGGHHHHH!!!!!!!!!!!!!!
best nye ko n family dapat autograp katunis Ujang ngan Jaafar Taib.
Dorang legends siak.

Nadia April 14, 2008 at 4:09 PM  

tak jumpe gayour? aku frust gile la sbb this yr tak dpt bershopping kat sana..huwaaaaa...

carvedijan April 18, 2008 at 5:43 PM  

Deaf : mmg dorang legend .....tapi anak aku argue kenapa atuk ni conteng buku adik bila Pak Jaafar Taib sign buku dorang. Aku cakap le...atuk ni le yang lukis kat buku ni....emmm "tak sama pon?" hehehe

Nad : Tak sempat nak jumpa le Sis...mmg niat nak jumpa dia pon...tapi paham2 le orang punya ramai kat PWTC. nak merayau pon dah hilang semangat. Maybe next year korang datang umah aku. Then kita pergi 2 family sekali....amacam?