27.6.07

Wings Alive 2006


Bila lah nak keluar DVD version? Dah jenuh tunggu ni.

Sape2 yang ada info pasal mende ni, tolong comment sikit.

Read more...

its 1989....

** Joe tengah membelek kalau2 ada yang terselamat


** Satu2nya gitar Joe yang aku tak pernah tau dia pernah guna

** Bilik Awie rentung


** Gambar bilik Eddie sebelum turut rentung (kurusnye?!!!)

Masa ni aku form 3 lagi. Tengah baru2 nak berjinak nak masuk ke alam Thrash Metal (Metallica, Megadeth, Anthrax....etc). Tapi kalu tanya ngan aku, ini le band Malaysia yang paling aku minat masa tu dan sampai sekarang especially yours truly ........enche Abdul Zamin Abdul Kadir @ JOE.
Gambar kat atas ni masa kejadian rumah Wings dibakar(?) angkara sabotaj. Macam2 andaian masa tu. Sape punya keje pun aku malas nak ambik tau.
Seronok juga bila tengok newsclip lama2 camni. Teringat zaman remaja dedulu. Penuh ngan rebel, hatred, stupidity, etc. Tapi bila pikir2 balik, benda2 camni yang mematangkan fikiran dan meluaskan pengalaman. Cuma bila dah masuk zaman re"bangka" ni ade gak rasa terkilan tak dapat nak fully utilised zaman remaja sepenuhnya. But if I can turn back time, I won't change it even a bit. And I won't regret it. I won't be me now if I am not me in the past.

ps~ Terima kasih pada En. Kamal alias khys untuk gambar2 diatas. Lawati www.muzikrock.com


Read more...

24.6.07

Long lost interest

Pencil by : Greg Capullo
Ink by : Danny Miki


Aku suka sangat ngan artwork Greg Capullo yang ni. Artwork ni untuk cover Spawn #75. Masa ni Al Simmon ntah macamana boleh tersesat ke so-called "paradise" lepas bergaduh ngan makhluk huduh.

Tapi aku bukan nak cerita pasal Spawn atau issue #75 kat sini. Tapi aku nak cerita pasal artwork ni yang aku rasa lebih kurang menggambarkan ke"kecewa"an aku ngan superhero pujaanku selalu.

Korang cuba bayangkan yang:

Lambang Spawn tu mewakili komik2 Spawn, collector's item, trading cards etc yang aku kumpul sejak penerbitan pertama keluaran Image Comics.

Al Simmon tu mewakili (he!he!) aku. Kecewa ngan apa yang aku dah collect dan belanjakan selama ni.

Costum Spawn yang meleleh tu mewakili ke"teruja"an aku terhadap Spawn yang makin pudar.

Ini semua kerana expectation aku yang terlalu tinggi terhadap action movie nya yang ditayang sekitar August 97. Kecewa, berbulu, blur dan mcm mcm lagi.

Macamana pun terima kasih kepada Encik Todd McFarlane kerana memperkenalkan aku ngan superhero yang satu ni.

Dan dengan post aku yang pertama ni, aku harap semua kekecewaan aku untuk apa mende yang aku hadapi lepas ni dapat aku jelaskan pada korang semua. Terima kasih kerana sudi singgah dan baca apa saja yang akan aku merapu kat sini.

Enjoy your life and have fun.

Read more...