24.6.07

Long lost interest

Pencil by : Greg Capullo
Ink by : Danny Miki


Aku suka sangat ngan artwork Greg Capullo yang ni. Artwork ni untuk cover Spawn #75. Masa ni Al Simmon ntah macamana boleh tersesat ke so-called "paradise" lepas bergaduh ngan makhluk huduh.

Tapi aku bukan nak cerita pasal Spawn atau issue #75 kat sini. Tapi aku nak cerita pasal artwork ni yang aku rasa lebih kurang menggambarkan ke"kecewa"an aku ngan superhero pujaanku selalu.

Korang cuba bayangkan yang:

Lambang Spawn tu mewakili komik2 Spawn, collector's item, trading cards etc yang aku kumpul sejak penerbitan pertama keluaran Image Comics.

Al Simmon tu mewakili (he!he!) aku. Kecewa ngan apa yang aku dah collect dan belanjakan selama ni.

Costum Spawn yang meleleh tu mewakili ke"teruja"an aku terhadap Spawn yang makin pudar.

Ini semua kerana expectation aku yang terlalu tinggi terhadap action movie nya yang ditayang sekitar August 97. Kecewa, berbulu, blur dan mcm mcm lagi.

Macamana pun terima kasih kepada Encik Todd McFarlane kerana memperkenalkan aku ngan superhero yang satu ni.

Dan dengan post aku yang pertama ni, aku harap semua kekecewaan aku untuk apa mende yang aku hadapi lepas ni dapat aku jelaskan pada korang semua. Terima kasih kerana sudi singgah dan baca apa saja yang akan aku merapu kat sini.

Enjoy your life and have fun.

2 comment:

N a d i a June 27, 2007 at 1:39 AM  

ahhhh..senang sket ko dah guna blogspot ni. bukan ape, aku lupe langsung dah pw ke multiply tu..heheheh...pe pun, aku suka gak komik ni. tapi aku byk pinjam je sbb sengkek nak beli. haha.

carvedijan June 27, 2007 at 10:20 PM  

Thanx ma'am pasal singgah ke blogsite aku.

Kalu ko nak tau, dulu aku perabis beratus hengget untuk Spawn dan yang related ngannya. Kadang2 rasa2 mcm nak jual aje kat ebay. Tapi wife aku tak kasi pasal ader sentimental value.

Agak2 nak baca koleksi aku, jemput le sekeluarga ke rumah aku. Tapi jangan lupa bawak glove, (he!he!komik aku masih lagi in mint condition)