30.1.08

Kesimpulannya....

Semenjak blog aku ni di"jepun"kan, rasa macam malas lak nak update dah. Tapi pasal aku masih tau lagi cara nak masukkan gambar, up new post etc....kira ok aje le.

Takde apa yang menarik buat masa ni. Dok kerja aje...mana nak menariknya. Nasib baik le kat opis, rakan2 sekerja aku semua jenis OK...kalu idak mau bosan jadinya. Lagi pon sekarang ni anak2 aku dua2 dah sekolah rendah, jadi kena monitor dorang punya homework, melayan persoalan2 "merepek" dari dorang, dengar story kat sekolah...hehehe. Love of my life......

Sekarang ni kat rumah pon aku dah jarang online pasal ehehe ......sila lihat headstock kat bawah ni..........


Pagi petang siang malam kalau tak kerja atau pun balik dari kerja....ini le kerja aku. Dok mengkelek "makwe"baru aku ni. Wife aku panggil gitar biji getah pasal kaler natural wood dia tu macam bijik getah. Anak2 aku plak paggil makwe baru abah. Alhamdulillah, wife aku jenis faham ngan minat aku. Cuma kengkadang tu anak aku yang no 2 tu sound...."abah, slow le sikit main gitar tu. Asyik2 rock aje!".........tapi bila aku ada kat rumah, dia yang selalu pujuk aku nak tengok VCD konsert Wings.

Dah memang lama sangat aku kepingin nak pakai gitar "karen". Sekali tu dapat plak jenis yang sama macam idol aku pernah pakai dulu. Memang aku tak lepas punya. Terima kasih pada kawan aku kat Multiply yang sudi menjual gitar ni pada aku.

Siap balut kain kuning tu. Nak tengok gambar lebih2....klik sini

Tak sabar lak nak tunggu 1hb Feb ni...nak gi jamming ngan kengkawan aku. First time masuk gelanggang studio bawak gitar sendiri. hehehe....... Oh ye....so long Kramer JK1000....u've been a good buddy to me. It's about time now.

Read more...

7.1.08

Mari mengisi borang....ehhh kejap!!!


Nur Fatina (NF) : Ibu, tolong buatkan kertas ni. Cikgu suruh isi.

Ibu : OK, kejap ye....abah...tolong isikan borang adik ni kejap. Saya check, abang tulis OK?

Abah : OK!..BM text check! bla bla bla check!


Acara mengisi borang SURAT AKUJANJI diteruskan secara sesempurna mungkin....tiba-tiba...


Abah : Eh!! ini bukan kita yang kena isi ni...ini anak yang kena isi form ni!!!

Ibu : Mana? (Sambil membaca secara rapi borang tersebut)

Abah : Mana boleh budak darjah satu turunkan signature?....kat mahkamah pon rasanya tak valid. Adik.....sini kejap!!!

Ibu : Adik yang kena isi borang borang ni sayang. Adik tau tak signature tu aper?

NF : NTAH!!!!


Maka kami empat beranak terus ketawa berdekah2 bukan pasal adik tak tau apa erti signature, tapi pasal orang yang buat surat aku janji ni punya kelas pemikiran.


Korang mungkin pernah tertonton iklan ETIQA pasal ada minah tu nak pinjam suami dia punya kereta kan? Mungkin dorang ni nak bagitau kat "sesiapa yang berkenaan" tu yang hidup dorang ni sebenarnya menyukarkan urusan harian. Cuba le permudahkan sikit.



Read more...

3.1.08

On the way nak ke PD

Terserempak lak ngan macha ni kat simpang ke highway KESAS.......


Apa tak lenguh ke ketiak dia ni?

Read more...

2.1.08

2008.....


Selamat menyambut tahun baru semua!!!!! Aku mulakan tahun baru(?) 2008 dengan keluar dari Selangor dan menuju ke pantai peranginan terkemuka di N.Sembilan. (Port Dickson le senang citer). Aku nak melepaskan lelah kepenatan yang dok terbuku dlm badan aku. So last minute punya plan, angkut family aku dan terus ke PD. Seronok jugak kalau pergi bercuti dgn plan macam ni ek?

Aku akan bercuti selama 2 minggu dan aku nak perkemaskan balik beberapa benda sebagai azam tahun baru (kengkonon) aku dan sebagai list :

1. Bilik belakang - Bilik yang tak pernah kemas dalam rumah aku. Nak bikin cantik-cantik.
2. Update senarai hutang bank dan cuba clearkan secepat mungkin mana2 yang tinggal RM1-2 tu.
3. Harta benda aku dalam dan luar negeri. Nak buat inventory lepas tu nak katalog cantik2. Especially DVD, VCD, comic dan yang seakan akan dengannya

Rasa banyak lagi "wishlist"..tapi buat masa ni nak kena hold dulu. OK, aku nak masuk tido pasal besok nak hantar buah2 hati aku pegi sekolah which is BTW semenjak 2 menjak yuran sekolah dah takde dan buku teks dah tak payah beli ni, makin "kurang" pulak budget untuk hantar anak ke sekolah sekarang ni. Thanks "gomen" whoever u are.....I'm going to choose wisely this upcoming election.

Read more...