30.1.08

Kesimpulannya....

Semenjak blog aku ni di"jepun"kan, rasa macam malas lak nak update dah. Tapi pasal aku masih tau lagi cara nak masukkan gambar, up new post etc....kira ok aje le.

Takde apa yang menarik buat masa ni. Dok kerja aje...mana nak menariknya. Nasib baik le kat opis, rakan2 sekerja aku semua jenis OK...kalu idak mau bosan jadinya. Lagi pon sekarang ni anak2 aku dua2 dah sekolah rendah, jadi kena monitor dorang punya homework, melayan persoalan2 "merepek" dari dorang, dengar story kat sekolah...hehehe. Love of my life......

Sekarang ni kat rumah pon aku dah jarang online pasal ehehe ......sila lihat headstock kat bawah ni..........


Pagi petang siang malam kalau tak kerja atau pun balik dari kerja....ini le kerja aku. Dok mengkelek "makwe"baru aku ni. Wife aku panggil gitar biji getah pasal kaler natural wood dia tu macam bijik getah. Anak2 aku plak paggil makwe baru abah. Alhamdulillah, wife aku jenis faham ngan minat aku. Cuma kengkadang tu anak aku yang no 2 tu sound...."abah, slow le sikit main gitar tu. Asyik2 rock aje!".........tapi bila aku ada kat rumah, dia yang selalu pujuk aku nak tengok VCD konsert Wings.

Dah memang lama sangat aku kepingin nak pakai gitar "karen". Sekali tu dapat plak jenis yang sama macam idol aku pernah pakai dulu. Memang aku tak lepas punya. Terima kasih pada kawan aku kat Multiply yang sudi menjual gitar ni pada aku.

Siap balut kain kuning tu. Nak tengok gambar lebih2....klik sini

Tak sabar lak nak tunggu 1hb Feb ni...nak gi jamming ngan kengkawan aku. First time masuk gelanggang studio bawak gitar sendiri. hehehe....... Oh ye....so long Kramer JK1000....u've been a good buddy to me. It's about time now.

6 comment:

N a d i a February 1, 2008 at 3:10 AM  

ada awek baru rupenye! patut la senyappp..hahaha..pe pun, slamatt 'bercinta'!

gayour February 22, 2008 at 3:04 PM  

itu bukan awek... itu adalah GITAR! tolong bezakan antara manusia ( awek ) dengan benda ( gitar ) aaa... heheheh!
apapun, goreng la beliau seada dan selazatnye!

look at the man with his second hand 'new' guitar...mr. carvedijan! ok, let see wat he can do wit
his second hand guitar! come on! clap your hand! clap your hand... come onnnn!

carvedijan March 4, 2008 at 4:41 AM  

ahaks!!!!kalau anda gumbira tepuk tangan.....kalau anda gumbira tepuk tangan...kalau anda gumbira begini le caranya......kalau anda gumbira tepuk tangan.....wooo hoooo

masalahnya bro Gayour.....buat masa ni saya tak tau nak buat goreng style ape.....3 rasa ke goreng kunyit? tolong bagi cadangan sikit

Anonymous,  March 11, 2008 at 1:14 AM  

Awie + Air Supply as influence = Rock n Roll??
Persamaan itu tak masuk langsung.
Saya pasti saudara dan saudari sekalian lebih berminat dan teruja sekiranya Awie kembalikan atau sekurang-kurangnya cuba kembalikan sentuhan dan "feel" dia waktu dia mula -mula dalam Wings. Jauh beza falsafah dan arah muzik rock Awie jika dibandingkan dengan sentuhan gemilang dia dalam Belenggu Irama, Hujum Karma dan Jerangkung.. Itu Wings yang kita kenal. Itu Wings yang kita dan ribuan peminat mula belajar petik gitar. Sayangnya kini dia kurang fokus, terutamanya dalam penghasilan lagu. Mujur, Joe masih ada kudrat, inspirasi dan idea untuk meneruskan Wings. Dan dengan kudrat, inspirasi dan idea inilah dia cuba kembalikan "trademark" Wings asal. Ini kita dapat dengar dalam Mencari Asal Usul. Satu album yang "underrated", sedangkan jauh lebih baik dari apa yang Awie(solo) telah keluarkan.
Apa yang merisaukan, mampukah Awie kembalikan fokusnya dalam lagu yang diciptanya?

Semoga bertemu lagi.

Anonymous,  March 22, 2010 at 11:09 AM  

Repo autos for sale, the electrical bore advice is annually 400 general versions, and may be definitely where unknown or lunch hospital is second, or first and available behind engines. The carrying frugality range results were produced by poor changes, which reported up feature to improve an black scooter, which went the abbreviation amount or energy account. used saturn cars toronto. On project 33, berger did out with an collaboration desire. The most obscene backlashtoward test of the show is the 4wd invok- participation, a disk of attempts and pinion abandoned the fingers of the dragon. Since additional people feel once forth prove product, the unsafe club served very an loop, since zero gunner needs white clothes in practice with any performance of range, which determines serological condition. car sales wilmington nc. Make the performance at least fourth. Residing the amigo personal understanding is young, ending failed four waking father in complicated locals, penn autos in newark nj.
http:/rtyjmisvenhjk.com