Sempena peralihan tampuk kuasa tertinggi diMalaysia yang nak diadakan tak lama lagi, baik kita sama-sama kenang balik apa yang terjadi semasa pemerintahan PM yang ke 5 ni.
Sebagai pelengkap huruf ke - 5 dalam mitos R.A.H.M.A.N, maka lengkap le Jumaat ni kalau Agung perkenan melantik Perdana Menteri yang ke 6 nanti. Jadi jgn tunggu lama2 sebelum dia nak blah, meh kita list down untuk tatapan semua :
1. PM pertama yang meraih banyak simpati kerana kematian emak dan bini semasa pemerintahannya ...kesian....nak buat camne..dah ajal - Al Fatihah
2. PM yang dengan bangganya cakap merupakan faktor kemenangan besar kepada BN pada awal pemerintahannya dan antara yang merudumkan jugak prestasi BN hingga rela melepaskan jawatannya. Serve you right ...sucker
3. PM yang bertanggungjawab menaikkan harga minyak sebanyak RM0.78 ..... haramjadah!!!
4. PM yang banyak menyumbang kepada traffic jam dashyat sepanjang pemerintahannya seperti membuat road-block ketika perhimpunan BERSIH, perhimpunan HINDRAF, menaikkan harga minyak dari RM1.92 ke RM2.70 dan lain lain...susah aku nak ampunkan hal ni pasal aku salah sorang yang terperangkap dalam traffic jam ni
5. PM yang agak kurang bernasib baik pasal di hentam di mana2 blog politik. PM sebelumnya semua memerintah sebelum zaman blogging. Memang nasib ko le
6. PM pertama yang kahwin di zaman pemeritahannya. BTW ..takde plan ke nak dapatkan baby? Ma'am besar dok berkebun aje....tu maknanya kesunyian tu...
7. PM yang mengeluarkan banyak cogankata diawal pemerintahannya.....CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG.....Kerja dgn saya bukan untuk saya..........bla bla bla...good one sucker!!!
8. PM yang akan dikenang dalam sejarah sebagai Perdana Menteri yang memerintah ketika politik kat Malaysia tgh huru hara...tu tak campur lagi pasal economic downturn yang dia boleh buat tak tau
9. PM yang menjadi public speaker terbaik dalam sejarah PM-PM di Malaysia....boleh tidur dengar dia bagi speech....mengarut, melalut dan mengantuk dibuatnya. Takde point langsung yang keluar
10.PM yang kuat tidur ....hehehe aku tak pernah plak tengok dia tidur tapi kalau dah macam2 gambar keluar kat internet tu, kira betul le tu.
Cukuplah 10 point kat atas. Aku bukannya ahli politik pon yang nak buat analisa detail2. Tapi yang aku cukup perasan, dia nak blah ni, takde plak rancangan2 TV yang memuji ke, nak buat dokumentari (duku menteri) penghargaan ke, kesedihan ahli2 menteri nak berpisah ngan bos ke apa2 yang lain. Yang nak diganti pon takde siapa yang berminat nak sambut dengan meriah. hehehe....
Untuk yang nak ganti jadi PM lepas ni, selamat menjalankan tugas dengan baik. Hehehehe takleh nak tulis apa2 sekarang. Tapi bola kristal kat depan aku ni meramalkan yang kelakar2 akan terjadi kat Malaysia dibawah pemerintahan beliau. Bukan aku yang cakap ek....bola kristal ni yang cakap....betul ke tak tu aku tak tau...hehehe.....
p/s : Lupa lak nak keluarkan tentang isu Hadhari....hehehe..
Read more...