Showing posts with label Anger. Show all posts
Showing posts with label Anger. Show all posts

12.5.09

Kisah orang minyak........




Sekarang,

RON92 = RM1.70
RON97 = RM1.80

Kejap lagi,

RON92 = Tak jual dah
RON95 = Akan menggantikan RON92 dgn harga RM1.75
RON97 = RM2.00

Jawabnya, 

Jalan akan jam le pasal orang akan berebut2 beli minyak dgn harga lama. RON97 ialah minyak unleaded yang kebanyakan kereta pakai sekarang. 

Credit to che'gu bard untuk info diatas.

Read more...

14.7.08

Rentak menjahanamkan.........

Quick post :-

Lately someone act like a god. Jadi sama2 le kita menyanyikan lagu ni untuk beliau.

Symphony Of Destruction

You take a mortal man
And put him in control
Watch him become a god
Watch people's heads a-roll

Just like the Pied Piper
Led rats through the streets
We dance like marionettes
Swaying to the Symphony of Destruction

Acting like a robot
Its metal brain corrodes
You try to take its pulse
Before the head explodes

Just like the Pied Piper
Led rats through the streets
We dance like marionettes
Swaying to the Symphony of Destruction


The earth starts to rumble
World powers fall
A-warring for the heavens
A peaceful man stands tall

Just like the Pied Piper
Led rats through the streets
We dance like marionettes
Swaying to the Symphony of Destruction

Music & lyrics - Mustaine

Kita semua manusia marhaen, tak lepas dari kesilapan. Kesilapan orang, lu jadikan modal konspirasi sejak awal lagi, moga Allah ampunkan dosa lu. (Sorry ini bukan posting pasal keadaan politik kat Malaysia.)

Read more...

5.2.08

Chain Reaction

Aku sekarang tengah runsing

Jadi,

Bila aku runsing, aku akan banyak termenung.
Bila aku banyak termenung, aku akan rasa lapar.
Bila aku rasa lapar, aku akan makan.
Bila aku makan, aku akan rasa kenyang.
Bila aku kenyang, aku akan rasa mengantuk.
Bila aku mengantuk.................

Mula le nak mencari tempat landing.

Read more...

23.11.07

First class minded

Aku cukup tertarik ngan signboard ni terutamanya ayat terakhir yang tertera "SILA IKUTI ARAHAN PAPANTANDA SERTA ANGGOTA PENGAWAL TRAFIK BERTUGAS DEMI KELANCARAN DAN KESELESAAN PEMANDUAN ANDA - DENGAN ARAHAN YANG DIPERTUA M.P.K."

Ya betul!!! selesa sungguh pemanduan aku setiap kali lalu kat sini. Rasa macam nak jatuh cinta aje kat jalan ni. Atau pon jatuh cinta ngan orang yang mencadangkan benda ni sekali.

Tahniah encik-encik perancang kota yang bijaksana sekelian. Dengan menggunakan signboard "cheapsale" ni...mesej korang telah sampai kat kitorang dgn cukup efektif sekali. Ini le hasil kerja "Minda kelas pertama". Siap guna nama YDP lagi. Signboard punya font pon jenis macam tulisan tangan. Dah le tu, rely pulak kat pengawal trafik(polis trafik ke ni?). Macam le dorang kat situ 24 jam. Seronok sungguh aku tengok hasil buah fikiran korang ni. Rasa macam nak aku tapak aje muka korang sekor2. Tapi bila pikir balik, mungkin ini le hasil pemerhatian rakan2 kita di MPK sana. Kesannya korang boleh nampak ......


1. Bila waktu puncak - Daripada jarang traffic jam, Jalan Tengku Kelana bukan sahaja jadi "neraka pompuan bersuara pitch tinggi", malah sekarang telah menjadi "neraka kereta yang dipandu oleh pemandu yang paling berhemah dan penunggang setia motor Honda EX5"

2. Masa Deepavali - Kalau dah tempat tu tempat shopping, korang "divert"kan semua jalan kesana tu apahal?....Korang takde pikir ke? Korang tau tak...setiap kali aku lalu kat situ aku kena tahan nafas?

3. Bila budak SKK dan SRJK(C) nak pergi/balik sekolah - Bukan ke jalan kat situ cuma satu lane setiap hala? Korang takde nampak ke? Time tu mak bapak, bas sekolah, van sekolah, pengangkutan awam akan bersesak2 nak parking kat situ.

4. Function kat Stadium Kota Raja - Sekolah sekitar daerah Klang selalu buat pesta hari sukan kat sana. Dah le dengan jalan sempit, budak2 sekolah yang lalu lalang kat situ semua jenis penuh kesedaran sivik jalanraya Petronas, korang ada terpikir tak kalau2 ada benda buruk bakal jadi kat sana?

Ni baru sikit aku nak bagitau....yang lain, korang pandai2 le analyst sendiri. Bukan kecik lagi...semuanya mak dengan bapak budak. Bak kata orang kuat korang, jalan ni sengaja di"divert"kan untuk mengalihkan kesemua kenderaan yang lalu lalang kat area tu menuju ke produk pelancongan terhebat korang. ya! "Little India" namanya. Aku pedulik hape!!! Tak sanggup aku nak singgah kat tempat hingit bingit macam tu.

Aku belum cerita lagi pasal rekod yang korang buat. Satu2nya bandar diraja yang masjidnya tak available hari ni ketika solat Jumaat. Mula2 aku ke Masjid Sultan Suleiman...renovate, pergi Masjid India....lagi kuat bunyi lagu dari filem Sivaji The Boss dari suara khatib (perpaduan kaum dan ugama kat sini memang praktikal. Orang Muslim dengar khutbah atas jalan tengah panas terik), nampaknya aku pergi ke Masjid Al Rahimiah.....nak tunggu masjid projek BN kat tepi sungai tu.....hmmm kena tunggu pilihanraya le nampaknya. Satu2 masjid paling lama dibuat di Malaysia rasanya.

Atau aku belum cerita lagi pasal tabiat korang yang suka makan free. Nak aku ceritakan jugak ke?...Macam ni....kadang2 aku pergi jugak le ke opis korang untuk booking dewan badminton. Selalunya aku akan singgah ke kantin sebelah Dewan Hamzah tu....sambil perhatikan perangai manusia, terutamanya yang ada pakai tag MPK. Aku baru order, korang tengah makan, makanan aku sampai, korang dah abis, makanan aku habis, korang tengah bersembang pasal projek tu le ni le, aku dah nak bayar, korang masih kat situ lagi. Lepas tu masa korang nak blah....senang aje harga makanan korang..."Wei...nanti kira le...beg duit aku tinggal kat atas" atau "Masuk buku" atau "apa salah, sekali sekala belanja" atau nak lebih cantik....bila korang ternampak kontraktor MPK masuk nak makan "Nak aku sign document tak?....bayar aku punya makan ni ek"..tanpa segan silu...woi!!!! orang lain pon cari makan jugak...nak bagi anak bini makan jugak.....kalau dah perangai macam ni korang tak terpikir ke halal haram?!!!! Ada sekali tu aku terserempak ngan org yang tolak trolley makan masuk ke bangunan korang. Bila aku tanya aje..."Ni untuk meeting bulanan bang"...Mak ai!!! korang meeting ke mentekedarah!!!

Apa2 pon, terima kasih le kat korang kerana berjaya menonjolkan tahap IQ korang tu. Mmg aku puji 100%. Kalau le aku dapat berkawan baik ngan salah sorang dari korang, kan ke best. Dapat le aku menyelami isi otak korang. Mungkin korang seronok tengok orang bersesak2 kat traffic jam masa pergi/balik kerja. Therapy jiwa untuk korang. Bagi aku, ini le hasil pemikiran kelas pertama...well done guys!!!!

p/s : aku tak nak cakap "Jangan saman saya, saya takde duit..." cuma aku nak bagitau kat korang yang hasil gaji korang bulan2 tu untuk dijadikan darah daging anak bini/laki korang. Jadi pikir le elok2.

Read more...

10.11.07

10hb Nov 2007 dan si baju kuning


Perhimpunan yang menuntut kelancaran bagi membersihkan najis2 dalam memproses satu satu pilihanraya. Mendapat protes dari pihak kerajaan dan mendapat liputan meluas, terutamanya di RTM, TV3, Perhimpunan Agung UMNO 2007 dll. Polis dikerah supaya mengawal gerak kearah perhimpunan ni yang akan diadakan di Dataran Merdeka jam 3.00pm hari ni. Sekali gus, polis mengharamkan permit untuk diadakan perhimpunan ini.
Kalau diikutkan, cara penyampaian dan tersebarnya agenda perhimpunan ni melalui blog2 yang terdapat di merata2 sekarang. Kerajaan Malaysia sekarang tengah memantau aktiviti bloggers2 yang merupakan salah satu cara alternatif untuk parti pembangkang menyampaikan mesej dorang. Betapa kuatnya pengaruh blog2 ni, tu yang mereka mensasarkan 100,000 orang untuk berkumpul dan berarak menghantar memorandum ke Istana Negara untuk disampaikan kepada DYMM YDP Agung. Rasa2 Sultan Terengganu hari ni takde kot, pasal tengah bawak kuda untuk acara "apekebendentah" berkuda kat Terengganu sana. Kalau nak hantar jugak memorandum tu, hantar le kat guard Istana Negara yang berdiri terpacak kat depan gate.
Bagi aku plak......hari ni 2 kali kena tempuh roadblock kat Tol Bukit Raja NKVE dan kat Tol Sprint Damansara. Kat Bukit Raja aku kena tahan dan polis dok check ape ada kat belakang kereta aku. Sampai jacket aku pon dorang check. Semuanya kerana nak cari orang yang memakai baju kuning untuk ke perhimpunan tu. Aku tak peduli...korang nak berhimpun ke, nak berkumpul ke nak melepak ke, aku tak kisah...tapi jangan le kacau perjalanan aku nak pegi keje!! Baru nak rasa nikmat pegi keje tanpa traffic jam.
Sampai kat opis, bebudak keje malam informed aku yang dorang pon kena tahan gak malam tadi. Tok Imam ngan Khairul kena tahan kat depan Pusat Sains Negara. Siap kena buka bonet belakang lagi. Nasib naik le dlm bonet dorang takde parang ke senjata tajam ke. Kalau tidak naya aje.
Yang aku risaukan sekarang ni, line telepon aku. Takut takde coverage aje, pasal yang mengikut aku selama ni badut pakai baju kuning tu. Dah le bengong, kang kena tangkap satu hal lak aku nak buat call. So far aku perhatikan, mmg line OK aje. Buat masa ni, dorang cuma tak ikut aku sampai ke Felda Redong aje.


Polis!polis! tangkap budak ni!!!!

Read more...

10.10.07

This Was My Life

This Was My Life

It was just another day
It was just another fight
It was words strung into sentences
It was doomed to not be right

There is something wrong with me
There is something wrong with you
There is nothing left of us
There is one thing I can do

Lying on your bed
Examining my head
This is the part of me that hates
Paybacks are a bitch
I throw the switch
Somewhere an electric chair awaits

Hey! This was my life
Hey! This was my fate

This was the wrong thing to do
This was the wrong one to be doing
This was the road to destiny
This was the road to my ruin

Now there's motives for the suspect
Now there's nothing left to say
Now there's method to the madness
Now there's society to pay

In our life there is "if"
In our beliefs there is "lie"
In our business there is "sin"
In our bodies there is "die"

This was my life
This was my fate

Music & lyrics - Mustaine
www.megadeth.com

Read more...

20.9.07

Skypeeee

Semalam sampai office aje aku ternampak email pasal larangan penggunaan Skype disebabkan oleh virus. Tiba2 aku teringat kat satu company yang aku paling "suka" sekali kerja kat sana. Company ni mmg rely on Skype sepenuhnya sebagai mode of communication.


Nanti bila aku rasa ada mood, aku akan ceritakan kat sini pasal company "kesayangan" aku tu. Ishhkkk tiba2 rasa stress lak bila cerita pasal company tu.

Read more...

18.9.07

Melayan Nafsu Amarah di bulan Ramadhan

Bulan pose ni, ada aje yang nak bagi aku mengamuk. Jadi untuk menahan nafsu amarah, sepanjang perjalanan ke ofis tadi aku dok melayan lagu ni aje.

Angry Again

The more of you that I inspect
The more of me I see reflect
The more I try to read your lips
The more the mask you're wearing rips

But when I seek out your voice
My ears are overcome with noise
You show and tell with greatest ease
Raving impossibilities

Engaged in crime I grasp my throat
Enraged my mind starts to smoke
Enforce a mental overload
Angry again, angry again, angry ow

And when the story takes a twist
If folds like a contortionist
Slight of hand and quick exchange
The old tricks have been rearranged

The searing of the sinew
My body fights for air
The ripping of the tissue
My lungs begin to tear
Gravity's got my bones
It pulls my flesh away
The steam finally dissipates
I make out my sweaty face

Association that I choose
Game I inevitably lose
Governed by laws set up by me
Fracture its jaw to let me be

A cut-out cardboard condo maze
Filled with an insubordinate race
Irrational youths stop to stare
As music rubber hosed the air

Lyrics - Mustaine
Megadeth - Hidden Treasures

Read more...

4.9.07

Ayam serama percuma

Oh tidak! Ada sekor ayam serama sudah hinggap dekat rak sabun belakang rumah aku. Kalau comel takpe, ini tidak. Dah le dia bantai berteluq kat rak tu satu hal, aktiviti terbaru ialah dengan mengeluarkan sisa-sisa pejal kat atas washing-machine rumah aku.

Malam tadi aku balik dari kerja, wife aku dah menangis tengok wachine-machinenya meriah siap dengan bau sekali. Masa aku telefon, suara dah sebak2, lepas tu marah2 ngan ayam tu dan mengeluarkan bermacam2 idea bernas untuk menghalau ayam serama tu.


http://www.littleamericaminis.com

Disini aku nak mengambil kesempatan, sesapa yang teringin nak makan ayam serama(ada isi ke?) atau yang teringin nak membela ayam "pungkoq tonggek" ni, dipersilakan jemput kerumah. Sesi kejar mengejar ayam ni perlulah dibuat oleh bakal pemilik sendiri. Sebarang kemalangan, kecalaran dan ke"tersembam"an adalah juga tanggungjawab bakal pemilik. Segala usaha anda didahului dengan ucapan terima kasih dari kami sekeluarga.

Read more...

8.8.07

Someone just pulled the trigger

D@mn it!!! You really pulled the trigger. Not just you've insulted the national anthem, you've insulted Islam. Man!!! you just pulled the trigger.






Eventhough the politics are suck but still I'm proud of her. This is where I've grown and all my beloved were here. If you so eager to live in Taiwan for the rest of your life, you better be.

I'm not gonna say "May God have mercy on your soul". Just "YOU BETTER RUN" will do.

p/s: Thanks to Harian Metro(07/08/2007) for highlighting this issue while other newspapers doing their "ass-wiping".

Read more...

3.8.07

Petua yang terpalit dan terselet


Kadang-kadang kalau aku rajin (bukannya susah pon!!!), lepas temankan anak sulung aku naik bas sekolah aku suka pijak rumput kat laman umah aku. Kalau ikut petua, untuk menyihatkan badan.


Pagi tadi, aku pon buka selipar lepas tu jalan le atas rumput yang masih berembun lagi tu...fuhh nikmatnya....sampai ke tengkuk!!!!Sejuk, nyaman, segar dan panas..........eh panas??


Ahhh!!!! sape punya kucing la sudah taruh baja kat laman aku ni?...Zani? ko pernah perasan kucing oren kat umah aku? Sape punya tu? Beruk mak nyeh punya kucing.....tak pasal pasal pagi2 buta aku kena jalan macam Ibrahim Pendek dlm citer Pang5 Badul (kalu tak silap aku le). Nasib baik paip air dekat. Bau....menusuk ke kalbu!!!!!!
Jadi...pagi tadi, selain dapat mengamalkan petua, dapat le aku senaman buku lali, senaman menajamkan deria idong dan senaman mulut(menyumpah seranah!!!).

Read more...

29.7.07

Wing Alive 2006

Jiran merangkap "hired w/o pay bassist" aku bagi berita gembira kejap tadi. Kedai CD kat kompleks PKNS ada bagitau kat dia DVD tu dah nak keluar. Tengah tunggu masa aja lagi. Hish nak tunggu apa lagi?!!!! (Tunggu lagi!!!) Arghh!!!!!

Sekadar nak menyemarakan lagi api kesabaran aku......baca le artikel ni dari forum Lagenda Rock Online.

Entahlah... Lama betul tunggu FINAS nie... Mungkin panel kelulusan pergi holiday sempena cuti sekolah nie kot... Yang penting semalam abang2 WINGS n saya telah membuat preview DVD WINGS Alive tu di studio abang Joe... Saya tengok muka diorang masing2, terharu saya melihat kepuasan n ekspresi muka abang2 WINGS coz ini pertama kali sepanjang 21 tahun WINGS menjadi artis, LIVE Konsert mereka dirakamkan dengan begitu teliti...Yang pasti, masa yang diambil untuk memberikan yang terbaik amat berbaloi... walaupun semalam genap 1 tahun 1 hari konsert WINGS Alive itu kami rakamkan... kami semua amat berbangga dengan hasilnya...Untuk VCD, ia akan mengandungi 3 disc dan untuk DVD, 2 disc kerana tempoh konsert yang kami muatkan memakan masa 3 jam 20 minit lebih kurang...Kami masih menunggu pilihan senarai harga untuk barangan ini dari distributor kami tapi yang pasti, harga amat memadai untuk "Collector's Item" begini...Harapan saya n abang2 WINGS, jika anda semua peminat setia WINGS, sama2lah kita mengHALANG LANUN CETAK ROMPAK daripada merosakkan kualiti yang kami tumpukan selama setahun ini... JOE WINGS sendiri telah menghabiskan banyak masa untuk memberikan kepuasan kepada anda semua... Hargailah masa dan tenaga beliau.Adukan kepada saya jika anda terlihat barangan CETAK ROMPAK WINGS dan mana2 artis ROCK tempatan yang lain di kawasan anda...Jika anda semua bekerjasama, kami merancang untuk bergerak melakukan promosi n persembahan sempena keluarnya VIDEO WINGS ALIVE 2006 ini di kawasan2 berhampiran anda semua n pasti KONSERT WINGS 20 tahun akan dapat direalisasikan...SELAMATKAN INDUSTRI ROCK KITA!!!

Read more...

On the way (lagi)!!!!

Baru terima panggilan dari tetamu yang "on the way".

Wife aku : Assalamualaikum (sambil bukak speaker phone HP dia)
OTW : Walaikum salam, Kak Ros! Rumah ko ikut mana ek?
Aku : dalam hati "Celak! B)(*&!5$....P^54#$6^4k!!!"

Read more...

On the way!!!!

Antara benda yang paling aku tak suka sekali ialah menunggu. Baik menunggu atau pun ditunggu. Aku tak suka benor kalau menunggu especially menunggu bas, orang, keputusan atau pun giliran. Tu le sebabnya aku kureng sikit kalau nak pegi bank. Tapi sekarang ni dah OK sikit pasal takyah nak mengadap cashier bank "yang muka macam poyo mengira duit orang kengkonon tu duit dia" sebab dah ader cheque dan cash deposit.

Macam tu jugak kalau ditunggu. Aku rasa kurang selesa kalau ada orang tunggu aku. Mesti aku kelam kabut sampai takleh nak buat apa benda pon. Aku rasa macam tak menghormati masa orang tersebut. Dan aku harap orang lain pon camtu jugak, jangan bagi aku menunggu. Masa tu berharga bai!!!!

Hari ni aku dipaksa menunggu lagi. Dari pagi aku dah sediakan bahan-bahan masakan, tolong wife aku apa patut. Sanggup kehulu kehilir cari lauk untuk jamu tetamu. Dari kecik aku diajar menghormati tetamu. Pastikan tetamu yang hadir datang dan pulang dari rumah aku dalam keadaan senang hati. Pukul 10am...masih takde bayang2 atau clue kat mana tetamu aku tu. Takpe....atleast aku ader masa lagi untuk buat preparation dan menolong wife aku. Pukul 2pm pun tak muncul2 lagi. Jadik aku buat keputusan bungkus makanan yang aku dan wife aku masak tu dgn daun pisang dan distribute kat jiran aku dan mak aku kat rumah dia.

Pasal dah tak tahan lapar, aku cadangkan ngan wife aku supaya kami sekeluarga makan dulu. Dah abis makan, aku call tetamu aku tu...."Masih kat Ipoh lagi. Air cond kereta tak berapa sejuk. Nak repair dulu!!!". Hati aku dah sikit terbakor dah tapi aku sabarkan jugak pasal nak mengekalkan konsep "hormati tetamu". Aku cakap ngan wife aku, abiskan le lauk dulu. Nanti bila dorang nak sampai nanti, masak lain. So dapat le tetamu2 aku tu makan mende2 yang fresh.

Pukul 6pm aku suruh wife aku telepon tetamu aku tu. Katanya masih "on the way" lagi dan nak singgah kat Sg Buloh jap. Untuk menahan marah, aku ckp ngan wife aku, aku nak pegi main takraw jap. At least ngan bersukan dapat aku kurangkan kemarahan dan kadar buncit perut aku. Tapi masa main takraw pon hati tak tenang. Balik-balik rumah aje, aku tanya wife aku "dorang ader call?". Jawapan = "HAMPEH"

Malam menjelang (chewah)......tak timbol2 lagi. Bila wife aku call, katanya masih lagi "on the way". Nasi lemuni yang aku dah prepare tu dah sejuk dah. Dan diwaktu blog ni ditulis.........dorang masih lagi "on the way".

Untuk tetamu aku yang dihormati..............."on the way" le korang. Korang kena ingat, aku ni lagi tua pangkat dari korang. Kalau dah tak reti hormat orang........tak tau le apa aku nak ckp.

Read more...