Showing posts with label Sport. Show all posts
Showing posts with label Sport. Show all posts

3.7.08

Aku, Wings dan aktiviti sihat

Dah setahun aku "cuti" dari main badminton kerana kaki terpeleot. Akhirnya aku ber"badminton"kan diri aku semula. Lawan aku yang pertama setelah setahun ialah...Eddie Wings dan Sham ex-Wings. Partner plak ngan Zahid Ahmad(tiada dalam gambar)...jadi bak kata pepatah baru yang aku bikin sendiri "tangan yang memukul drum amat sesuai kalau smash shuttlecock badminton"

Jaga-jaga enche Shamsaidi .....service "cari makan" mau mari

Kedua2 manusia kidal sedang merancang untuk mengalahkan lawan masing2. Masa ni aku takde chance nak berpartner ngan bro Joe Wings.

Cara cekak pinggang yang betul..hehehe

Guitarist legend

Zani kat sebelah sedang dalam perancangan untuk bermain sekali agaknya

Joe Wings

Eddie Wings a.k.a Bendahari Kelab Sukan dan Rekreasi Wings

Sham SkyHigh (ex-guitarist Wings album Belenggu Irama)





Gambar2 ini diambil oleh Lie Erock. Thanks Lie. Video atas pulak disumbangkan oleh bro Eddie Wings. Wings sekarang sudah ada lesen menyelam scuba. Jadi dorang sekarang bebas untuk menyelam di dasar laut yang mempunyai kedalaman 18meter. Harap2 kat dalam laut nanti dapat le idea untuk cipta lagu untuk album baru. hehehe....

Read more...

31.3.08

Bapak Budak Outing

Masa untuk bapak-bapak budak keluar gi berseronok sehari sebelum gaji keluar. Pegi ke Sunway Pyramid seawal jam 10.30am, beli tiket cerita motivasi terbaik....Ah Long Pte Ltd. Pekena "Daytona" setoken dua.....lepas tu terus ke Summit USJ pergi main bowling. Bukan tak nak main kat Sunway punya tempat bowling tapi pasal ada tournament ke mende ntah.....

Sampai Summit USJ, masing2 menunjukkan skill bermain bowling tanpa perlu stretching terlebih dahulu. Jawabnya, ada yang sakit lutut lepas tu. HAHAHAHA (tu gelak besar le tu).


Katanya nak buat aktiviti ni acara bulanan.....hmmmmm..........


Read more...

1.9.07

Family rat-a-t"outing"

At last!!.....I'm a man of my word. Nothing makes me happier other than keep my beloved wife and kids happy.


Pukul 12.30pm, pegi kenduri adik kawan aku(Popeye)..lepas makan-makan, bersembang...bla bla bla....shoot ke Sunway. Lepas tu kami sekeluarga terus ke Summit USJ untuk tayangan "Ratatouille" jam 5.00pm.


Ni le first time anak2 aku masuk panggung wayang. So dorang excited betul. Macam2 pesanan le aku bagi..."Adik, jangan nanti masa kat dlm tu menangis pulak...dalam tu gelap", "Kakak, adik....kalau nak gi bilik air pegi sekarang. jangan nanti masa cerita dah start time tu le baru nak kench la...nak duduk 'thinking chair' (melepas) la"

Dan sepanjang cerita, anak2 aku seronok betul....aku ngan wife aku pon gitu jugak tengok perangai bebudak ni.

Arahan Brad Bird, cerita ni berkisar mengenai seekor tikus, Remy yang mempunyai taste high class dan quite particular tentang makanan. Amat pandai masak dan mempunyai deria hidu yang cukup terer. Berganding lak ngan mamat Linguini yang clumsy tapi bercita2 besar. Macam biasa kalu tengok cerita dari Pixar Pictures, apa2 yang korang ingat tak best akan jadi best. Aku pon tak nak cerita lebih2....korang pegi le tengok sendiri. Sempat gak aku bagi moral cerita ni kat anak sulung aku...."Kakak tengok ye...tu lah akibatnya kalau kita mencuri...nanti akan menyusahkan kita balik". For Pixar's, thanks for this great movie and really looking forward to watch another instalment of yours..."Wall-E".

Balik dari tengok wayang....wife aku lak ajak main bowling....aduhai sayang....kaki abang baru nak baik...tapi takpelah........Nothing to say, just look at below pic.


That's it guy, I really enjoyed myself today. For my wife and my kids, "abah loves you all very very much!!!"

Read more...

20.8.07

Setan Merah

Nak tanya sikit........memang cita2 korang nak seri ngan kalah aje ke season ni? Tapi takpe....bukan selalu dpt tengok MU kat carta hits ke 16.

Kepada sahabat2 ku tak kira di Carrefour, HP, perkarangan Taman Sri Andalas atau dimana jua..........kutuk le. Tak rugi ape pon hehehe!!!!. Lagi pon baru main 3 games.


PESANAN IKHLAS DARI DIE HARD FAN Mutd TEGAR


Read more...

11.7.07

10hb Julai 2007



(kualiti gambar kureng sikit)


Semalam aku celebrate ulangtahun hari lahir anak aku yang no 2. Nur Fatina aka adik aka berat. Pejam celik pejam celik dah 6 tahun dah anak dara aku ni. Kejap aje.

Tak jemput sesape pon. Cuma buat makan2 dgn Mak aku and family kakak aku yang sulong tu aje. Budak2 ni kalu dah berjumpa sesama sepupu dorang...makan kemana, minom pun kemana....tau nak main aje. Bagi dorang masa tu le aku akan bagi lesen besar untuk main basikal malam2.

OK, dah...jom cerita lak pasal bola. Dah lama beno aku tak ikut perkembangan bolasepak kat Malaysia ni. Semalam ex-colleague aku ajak gi tgk bola kat B.Jalil. Sori le Shah...ade birthday party to organise tonite.


Bila baca paper pagi ni....alahai le Malaysia.....cantik sungguh bilangan jaringan yang korang kena. Tapi untuk nak menguatkan balik semangat korang...

Populasi kat China tu = 1.319 billion orang

VS

Orang2 kat Malaysia = 26.9 million orang


OK le tu....lagi pun yang main tu ada yang main ngan kelab omputeh. Nak harapkan standard kita punya league...jauh kelaut bezanya. Cuba lagi.....try score dari jauh lagi macam yang korang selalu buat. Dengar citer RM1000 komisyen untuk sape2 yang score dlm setiap game. Banyak tu!!!! Boleh le sama sama kita berebut nak score goal. Nak lagi cantik bagi tok2 menteri kita masuk campur hal persatuan korang. Insyallah dari rank ke 146, mungkin boleh melonjak ke rank 1460. Go Tiger of Malaya Go!!!!!!!

Penjaring2 untuk game tu :

Malaysia : Indra Putra Mahyuddin (74)
Republik Rakyat China : Han Peng (15.55),
Jiayi(40), Wang Dong (51,90)

Read more...