Showing posts with label Pain. Show all posts
Showing posts with label Pain. Show all posts

2.4.09

Acara menjatuhkan moral

10% setiap bulan forever ...........hmmmm OH TIDAK!!!!!...


Read more...

22.3.09

Ayah mertuaku

Minggu lepas aku amik emergency leave dan balik kampung di Segamat. Setelah dapat panggilan tentang keadaan ayah mertua aku yang terlantar di Hospital Segamat.   Melihatkan keadaan orang tua tu menjadikan aku lebih insaf dan perasaan sayang pada ayah mertua aku makin menebal. 

Seorang yang tak banyak bercakap dan mudah tersentuh. Pada aku dia banyak menyokong anak2 dan menantu2 nya dari segi moral dan yang paling istimewa, dia letakkan diri sebagai kawan di kalangan menantu2 dia semua.

Semoga ayah cepat sembuh dan buat pertama kalinya aku mengucup dahi ayah mertua aku.








Read more...

20.9.07

Skypeeee

Semalam sampai office aje aku ternampak email pasal larangan penggunaan Skype disebabkan oleh virus. Tiba2 aku teringat kat satu company yang aku paling "suka" sekali kerja kat sana. Company ni mmg rely on Skype sepenuhnya sebagai mode of communication.


Nanti bila aku rasa ada mood, aku akan ceritakan kat sini pasal company "kesayangan" aku tu. Ishhkkk tiba2 rasa stress lak bila cerita pasal company tu.

Read more...

24.8.07

Updates from my sprained ankle

Bad become worst!!!! After been X-rayed, they found no fractured or cracked bone on my ankle. Alhamdulillah. But the thrill of pain is about to begin

This purple"ish" scary thing only appeared after Maghrib yesterday. Never had this kind of bruise ever in my life. Freaking out at first. I thought there must be somekind of internal bleeding or what so ever. Rushed to the nearest GP and according to the doctor, it is just a torn ankle ligament. Fuhhhh!!!

At this mean time, nothing I can do except laying around. Wish for my speedy recovery and enjoy this lyric below. See ya around

Sebatang Tongkat untuk Berdiri

Ketika haus, kau ku berikan secawan susu

Agar kembali tenagamu

Ketika lemah ku hulurkan sebatang tongkat

Agar kau terus berdiri

Ditengah kejayaan

Kau lupa diri dihasut bayangan

Dari emosi hatimu

Tongkat kau lontarkan

Baktinya kau lupakan

Dan secawan susu

Yang pernah menyambung hayatmu

Merenung bintang di langit tinggi

Jangan terlupa

Manakah tempat kau berdiri

Selama ini

(Search; Mentari Merah Di Ufuk Timur)

Read more...

23.8.07

Padah kalau tak warm up

Semalam lepas balik keje, aku dengan Nik (Backup Team) dengan segera-gera terus ke Stadium Juara kat Bukit Kiara. Setiap hari Rabu jam 7pm - 9pm, 3 court badminton untuk staff2 HP ada disediakan kat sana. Pasal aku balik jam 8.30pm kitorang berdua bergegas ke sana. Bila sampai aje kat Stadium Juara tu. Aku yang dengan tak warm-up, terus amik racket dan start pukul shuttle cock. Tak sampai 5 kali pukul..........gedebab!!!!! kaki aku terkehel dan terus tergolek atas court parquet tu. Dan sebagai jawapan....sila lihat gambar di bawah


Dah tak nampak buku lali dah! Bengkak gila.

Hari ni sepatutnya planned ngan anak2 aku bawa dorang pergi tengok Ratatouille. Tiket dah booked. Nampaknya terpaksa le cancel.

Untuk kakak ngan adik..."sorry abah tak boleh bawak kakak ngan adik pegi tengok Ratatouille. Insyallah, nanti kalau kaki abah dah OK, abah bawak ye sayang?"

Dan lagi satu lagi plan yang mungkin terpaksa aku korbankan..........Malam Edan with Search. Dengan kaki yang takleh berdiri lama macam ni, rasa2 terpaksa le batalkan aje. Lepas ni nak pegi hospital, buat checkup. Mana tau ada tulang yang lari dari socket.

Read more...