27.3.09
11.3.09
Blog sunyi
Fuhh...lebih kurang 5 bulan aku "sepi"kan blog ni.....
2.1.08
2008.....
Selamat menyambut tahun baru semua!!!!! Aku mulakan tahun baru(?) 2008 dengan keluar dari Selangor dan menuju ke pantai peranginan terkemuka di N.Sembilan. (Port Dickson le senang citer). Aku nak melepaskan lelah kepenatan yang dok terbuku dlm badan aku. So last minute punya plan, angkut family aku dan terus ke PD. Seronok jugak kalau pergi bercuti dgn plan macam ni ek?
Aku akan bercuti selama 2 minggu dan aku nak perkemaskan balik beberapa benda sebagai azam tahun baru (kengkonon) aku dan sebagai list :
1. Bilik belakang - Bilik yang tak pernah kemas dalam rumah aku. Nak bikin cantik-cantik.
2. Update senarai hutang bank dan cuba clearkan secepat mungkin mana2 yang tinggal RM1-2 tu.
3. Harta benda aku dalam dan luar negeri. Nak buat inventory lepas tu nak katalog cantik2. Especially DVD, VCD, comic dan yang seakan akan dengannya
Rasa banyak lagi "wishlist"..tapi buat masa ni nak kena hold dulu. OK, aku nak masuk tido pasal besok nak hantar buah2 hati aku pegi sekolah which is BTW semenjak 2 menjak yuran sekolah dah takde dan buku teks dah tak payah beli ni, makin "kurang" pulak budget untuk hantar anak ke sekolah sekarang ni. Thanks "gomen" whoever u are.....I'm going to choose wisely this upcoming election.
11.10.07
Eid Mubarak
Aku akan balik ke Klang pagi raya kedua pasal kena kerja malam tu. Jadi dalam masa seminggu ni ada dua benda yang mungkin terjadi. Pertama, aku akan jadi angau pasal teringatkan buah hati intan payung aku tengah berseronok tak hengat kat kampung dan yang keduanya akan dan pasti bangun lambat pasal takde sape nak tolong kejut aku bangun tidor.
12.9.07
Salam Ramadhan
pic by : http://www.saudiembassy.net
30.8.07
Ulangtahun kemerdekaan ke 50
Kepada semua yang menyinggah di blog ni, aku ucapkan .........
SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN YANG KE 50
Sambil2 meninjau balik transition kemerdekaan negara dari sebuah negara jajahan ke sebuah negara yang berperlembagaan akan lebih mematangkan lagi fikiran rakyat2 Malaysia termasuk aku jugak.
Dah nak dekat seminggu lebih terlantar(?) dirumah akibat kaki terpeleot, bagi aku Hari Kebangsaan tahun ni lebih bermakna. Aku dah boleh berjalan tanpa bantuan dan semalam aku meraikannya dengan pergi ke Planet Hollywood sorang2 untuk membeli 4 keping tiket "Malam Edan with SEARCH" 9hb Sept ni.
(pic by : www.petertan.com)
Kalau PM akan baca teks ucapan Merdeka selepas berita malam ni, aku pon nak bagi ucapan jugak. Ucapan aku lebih kurang begini............"Kepada rakan2, adik2 dan yang terlibat dalam meraikan Hari Kebangsaan malam ni, tak perlulah menyalak sekuat2nya melaungkan perkataan merdeka. Sesungguhnya lebih baik menumpukan perhatian dalam mengisi kemerdekaan yang dah diamanahkan kat korang oleh tok nenek kita. Jangan lak balik menyalak nanti korang buat race haram lak. Mau tak malam ni jadi malam merdeka terakhir untuk korang? Sekian terima kasih...jangan saman saya, saya takde duit" Read more...

