Demam Raya - Part Penghabisan
OK, sambungan Part 1.
Pagi raya kedua, aku dah bersiap2 nak balik ke Klang pasal kena kerja malam tu. Dalam pukul 11.00am gitu, aku pon start berangkat(ambos!!) dari rumah pak mertua aku. wife aku mmg nak ikut balik, tapi anak2 aku yang tak nak. Maklum le sekali sekala balik kampung. Bukan pasal atuk dgn nenek tapi pasal sepupu2 dorang yang umur lebih kurang sebaya tu. Sampai bandar Segamat, aku received call dari Kak Ros, minta bawa balik anak saudara aku ke Klang. OK jugak, ada gak kawan bersembang nanti.
Kat Melaka....Kg Duyung particularly, aku lepak kejap, lepas tu beraya dengan keluarga kakak sulung aku tu. Dalam perjalanan balik ke Klang, aku tengok si Ayoi (anak saudara aku) bersembang dah macam orang tua aje. Maklum le dah besar dah pon.Sampai Andalas dalam pukul 4.00pm. Singgah rumah mak terus. Ijan Kecik(sepupu aku) dari JB ada kat rumah mak. Katanya baru sampai dari JB. Bersembang punya bersembang, sedar2 pukul 6.30pm...arghhh!!!! aku nak kena keje malam!!!. Dose untuk berjaga tak ambik plak. Tido le apa lagi. Takpe..kat opis nanti, pandai2 le aku kowtim ngan Rad.
Lepas cari parking kat opis,aku terperasan Rad pulak bawa lemang (siap buluh lagi) dgn rendang. Hah!!! ini baru betul beraya di opis!!. Aku bawa bahulu gulung yang mak mertua aku bekalkan sebelum balik pagi tadi. Dan yang pastinya, rasa2 kat HP cuma aku dengan Rad aje kot orang Melayu Muslim yang kerja...hehehehe. Takpe Rad, tahun depan ke raya haji ni ke, giliran kita pulak belasah cuti. Pagi tu sempat jugak le aku tido kat meeting room dalam sejam dua.
Besok pagi, sampai aje rumah, aku tengok kereta Ijan Kecik ada lagi kat rumah mak. Aku terus masuk rumah aku dan memulakan pelayaran yang overdue tu. Pukul 5.00pm, Ijan Kecik telefon suruh keluar. Mula2 dia tak nak bercerita, akhirnya dia bagitau yang Ayoi masuk hospital. Kepala kena takik dengan kipas siling masa nak turun katil dua tingkat bilik belakang rumah mak aku. Apalagi!!! bergegas le aku mandi, siap2 untuk ke opis dan terus bergegas ke hospital.
Sampai kat hospital, aku dah nak berlinang dah air mata tengok Ayoi terlantar kat bilik ICU. Bila dia nampak aku masuk aje, dia terus menangis. Hehe tak jadi aku nak menangis. Kang jadi drama Panggung Sabtu lak kat bilik ICU tu. Lepas sapukan darah2 yang berlebihan kat dahi dia, doktor datang bagitau yang Ayoi boleh discharge. Apa lagi, aku settlekan semua dokumen pelepasan, tunggu abang aku bawa baju Ayoi dari rumah Mak, lepas tu kitorang terus balik. Aku plak terus pergi opis.
Bila aku sampai kat opis, aku telefon family aku yang tengah bersukaria kat kampung. Anak aku yang sulung(Kakak) pulak demam. Aduh..kena balik ni. Lepas tu wife aku ckp, bagi Kakak makan ubat demam Adik aje. OK le tu....ishhh tak sabarnye nak tunggu Khamis. Rindu pulak ngan anak2 dan wife aku. Balik umah pon takde orang, uih...bosan sungguh. Jawapnya balik keje terus tido le.
Khamis malam dalam pukul 9.00pm camtu, aku dah start bersiap nak bertolak balik kampung. Semangat nak balik kampung kuat betul. Dah tak sabar dah ni....Sampai ke Felda Redong lebih kurang pkl 12.00 tgh malam. Tengok aje, wife aku pulak demam.....fuhhh demam raya sungguh dorang ni. Anak aku dah bergumpal punya peluk dgn aku. Mak mertua aku ckp sepanjang aku takde kat kampung, dorang jarang nak bercakap. Bila aku balik aje, mulut dorang aje yang bising kat rumah tu. Hehehe, biasa le mak....bila dah berjumpa abah dorang, macam2 le nak cerita.
Hari Jumaat lepas mak mertua aku balik marhaban, kitorang pon bersiap2 untuk balik ke Klang. Dah jadi "SUPER SUPIR" pulak aku. Dalam seminggu, dua kali pergi balik kampung. Lepas Maghrib, kitorang pon bertolak. Dalam perjalanan, aku terima banyak SMS dari sahabat2 maya aku pasal malam ni ada rancangan "Rock Raya bersama Wings" kat TV9. Thanks guys pasal mengingatkan aku. Nampaknya miss lagi le nak tengok dorang performed. Walaupun ulangan, worth it bai ...really worth it.
Sampai Andalas, lebih kurang pukul 10.00pm, terus bawak masuk bag2, bekalan, kelapa, ubikayu, pisang....dll, kitorang anak beranak terus tido. Penat menggiler.
Gitu le demam raya tahun ni. Yang pastinya hari Ahad tu lebih kurang pukul 3.00pm, aku plak bantai demam. Pergi klinik terus, lepas kena jab, sambung tidur, malam pukul 7 keluar pergi keje pulak. Ingat nak MC, memikirkan takde sape yang available nak ganti aku, heret jugak le kaki ke opis. Demam raya sungguh tahun ni!!!.