Eid Mubarak
Assalamualaikum
Kat sini aku dan keluarga nak mengucapkan
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
kepada semua keluarga, sahabat, kenalan maya atau zahir, pembaca blog merepek ni dan kepada sesiapa sahaja yang kat luar sana. Kami sekeluarga minta ampun dan maaf kalau ada terkasar bahasa dan perlakuan.
Takde apa aku nak merepek lagi kat sini pasal mood raya dah start nak timbul. Insyallah lepas raya nanti aku akan mengupdate lagi blog ni dengan lebih merepek lagi.
Kepada semua yang nak balik kampung atau nak bercuti, pandu le kenderaan korang dengan berhati2. Jangan laju sangat dan jangan le slow sangat. Pasal yang accident selalunya yang bawak terlebih slow. Itu pon kalau korang semua perasan tang benda ni.
Dan kalau terserempak ngan Kelisa Putih kat highway tengah besit dalam 120kmsj - 140kmsj....rajin-rajin le korang honk. Pasal orang yang tengah drive tu adalah sama ngan orang yang tengah merepek kat sini (aku le sapa lagi!!)
Aku akan balik ke Klang pagi raya kedua pasal kena kerja malam tu. Jadi dalam masa seminggu ni ada dua benda yang mungkin terjadi. Pertama, aku akan jadi angau pasal teringatkan buah hati intan payung aku tengah berseronok tak hengat kat kampung dan yang keduanya akan dan pasti bangun lambat pasal takde sape nak tolong kejut aku bangun tidor.
1 comment:
Selamat Hari Raya bro...maaf zahir batin..tersalap kata terkasar bahasa..halalkan makan minum :D
-hanikimu-
Post a Comment