10.10.07

Aktiviti Ramadhan pada 6hb Oktober 2007

Fuhh!!! lama betul tak update blog ni. Dok sibuk keje and sibuk meng"upload" lagu kat multiply aku aje. Dah naik berabuk dah rasanya. Apa2 hal pon...aku baru abis upload discography Wings dan Helloween kat Multiply aku. Pergi le sedut apa yang patut kat sana.
Raya dah nak dekat....lagi 3 hari lagi. Jadi mari kita imbau balik aktiviti Sabtu lepas (6hb Oct 2007). Pagi lepas sahur, aku ngan family aku dah siap untuk ke Jusco nak pegi beli baju raya untuk buah hati aku yang dua orang tu. Lepas pegi Jusco, kitorang straight ke Klang Parade. Kengkonon nak cari kasut raya untuk bebudak dua orang tu, end up aku sambar sebiji basketball sneakers.....hehehe mana bleh tahan. Asyik untuk anak aku aje. Terbang gak le kat RM2++.

Bila kali terakhir aku beli kasut raya? Lama jugak.

ATR (Above The Ring) by RBK

Lepas tu kitorang se family pegi ke Plaza Alam Sentral nak cari baju kurung untuk anak dara aku. Abang aku plak call nak ajak gi bukak pose kat Port Klang. OK gak....dah lama rasa nya tak keluar pegi makan ngan dia sefamily. Balik rumah dalam pukul 4.00pm lepas tu bantai tidur kejap. Penat nya mak datuk!!!

Pukul 6.30pm, aku jemput mak aku terus headed straight ke Port Klang. Nama restoran tu De'Selat SeaFood..........ek? Seafood? Bang, Ijan tak makan ikan le....takkan tak tau kot. Tapi takpelah..alang2 dah sampai, kitorang pon pergi le pilih ikan, sotong bla bla bla....buat camana orang selalu buat kalau pegi seafood restaurant. Kitorang amik ikan siakap sekor yang besar tak hengat....siap suruh tukang masak tu belah dua...ekor bedal masak stim halia, kepala bantai masak tiga rasa (apa mende yang tiga rasa?). Pastu untuk aku lak, aku ambik sekilo sotong buat goreng tepung.
Malam tu kitorang berbuka dulu ngan air sejuk dan kuih buat lapik perut. Dalam pukul 7.45pm baru order kitorang sampai. Kesian ngan mak, terpaksa melayan karenah kitorang dua beradik sementara nak tunggu order sampai. Akhir cerita....korang tengok aje le gambar kat bawah. Dan untuk pertama kalinya aku belajar makan ikan. Sedap gak siakap buat 3 rasa ni ek? "Siakap Senohong Gelama Ikan Duri" betul!!!



Makcik Timah, mak aku "Kepala tikus kat belakang rumah besaq ni Jan!, Baik hang pi tangkap"

Kak Nor ngan Mak tgh menahan kejelitaan sebelum order sampai

Buah hati aku and yours truly .....Mek Senah Juara Meloghat Felda Redong Segamat

Tengah mogok lapar dan tak sabo2 nak balik nak try baju raya

Enche Carvedijan ngan satu-satunya abang yang dia ada. Enche Ghoslan @ Lee Rider


Siakap bahagian ekor masak Stim Halia

Siakap bahagian kepala masak 3 rasa (Bagi aku 1 rasa aje...rasa SODAP!!!)

Sotong goreng tepung...uhhh rapuh dan rangup....kat mana2 pon takleh "celen" yang ni

SEBELUM

SELEPAS

Ni le orang yang men"sariap"kan segala apa yang ada kat atas meja tu. Dia boleh kunyah tulang ikan tu....perghh caya la bang.

0 comment: