12.5.09

Kisah orang minyak........




Sekarang,

RON92 = RM1.70
RON97 = RM1.80

Kejap lagi,

RON92 = Tak jual dah
RON95 = Akan menggantikan RON92 dgn harga RM1.75
RON97 = RM2.00

Jawabnya, 

Jalan akan jam le pasal orang akan berebut2 beli minyak dgn harga lama. RON97 ialah minyak unleaded yang kebanyakan kereta pakai sekarang. 

Credit to che'gu bard untuk info diatas.

Read more...

10.5.09

Ibu.....permata hati


..........buat ibu-ibu di seluruh dunia, SELAMAT HARI IBU. Terima kasih kerana menjaga kami sebaik-baiknya dan mengajar kami secukup-cukupnya. 

Gambar mak aku ngan kakak2 dan abang aku. Classic giler
(Gambar tak clear pasal amik guna henpon lama aku)


Gambar ibu kepada anak2 aku. Buah hati,intan payung, pengarang jantung.

Read more...

4.5.09

Bila masa plak aku join ni?


Bila masa plak aku join ni? Tak pernah seumur hidup aku dalam keadaan sedar aku isi borang keahlian.

Read more...

27.4.09

Sapa nak pinjam bassist aku?

Ada sesiapa yang nak pinjam bassist aku yang ni?...hehehe




STU HAMM's BASS METHOD baru baru ni kat Panggung Bandaraya. Aku memang excited nak pergi sebab nak tengok depan masa Stu Hamm perform depan mata. Bukan tiap2 hari dia ni turun Malaysia beb. 

Stu Hamm ni kiranya profile dia ni cukup tinggi bila dah berkongsi pentas dengan Joe Satriani dan Steve Vai. Dia ada gak cerita life dia masa baru2 berjinak dengan muzik. Ada satu masa tu dia kena buat keputusan samada nak ke Washington DC untuk follow emak dia ke atau ikut sorang gitarist untuk buat album debut kat San Francisco. Guitarist tu baru nak buat album yang bertajuk " Flex-Able". Mamat tu namanya Ste Vai.



Read more...

19.4.09

Dua benda yang membuat orang ketagih





Setiap kali lalu kat Petronas KESAS, memang kena singgah. Aroma menusuk kalbu.....
Tapi aku jarang nak "duet"kan dengan air oren. Aku bedal air mineral aje. Air oren tu kasi mati le rasa hotdog tu.



TAUHU BAKAR, TANJUNG HARAPAN

Nama kedai aku tak ingat tapi kalau boring2, bawak family aku gi pekena tauhu bakar ni. Portion besar. Satu pinggan boleh bedal 2 orang. Kalau korang nak try, minta kuah ngan kacang kasi lebih. Pedas?....yup memang pedas sikit tapi apalah tauhu bakar tanpa kepedasan kan?

Read more...

2.4.09

One down...

Sempena peralihan tampuk kuasa tertinggi diMalaysia yang nak diadakan tak lama lagi, baik kita sama-sama kenang balik apa yang terjadi semasa pemerintahan PM yang ke 5 ni.


Sebagai pelengkap huruf ke - 5 dalam mitos R.A.H.M.A.N, maka lengkap le Jumaat ni kalau Agung perkenan melantik Perdana Menteri yang ke 6 nanti. Jadi jgn tunggu lama2 sebelum dia nak blah, meh kita list down untuk tatapan semua :

1. PM pertama yang meraih banyak simpati kerana kematian emak dan bini semasa pemerintahannya ...kesian....nak buat camne..dah ajal - Al Fatihah
2. PM yang dengan bangganya cakap merupakan faktor kemenangan besar kepada BN pada awal pemerintahannya dan  antara yang merudumkan jugak prestasi BN hingga rela melepaskan jawatannya. Serve you right ...sucker
3. PM yang bertanggungjawab menaikkan harga minyak sebanyak RM0.78 ..... haramjadah!!!
4. PM yang banyak menyumbang kepada traffic jam dashyat sepanjang pemerintahannya seperti membuat road-block ketika perhimpunan BERSIH, perhimpunan HINDRAF, menaikkan harga minyak dari RM1.92 ke RM2.70 dan lain lain...susah aku nak ampunkan hal ni pasal aku salah sorang yang terperangkap dalam traffic jam ni
5. PM yang agak kurang bernasib baik pasal di hentam di mana2 blog politik. PM sebelumnya semua memerintah sebelum zaman blogging. Memang nasib ko le
6. PM pertama yang kahwin di zaman pemeritahannya. BTW ..takde plan ke nak dapatkan baby?  Ma'am besar dok berkebun aje....tu maknanya kesunyian tu...
7. PM yang mengeluarkan banyak cogankata diawal pemerintahannya.....CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG.....Kerja dgn saya bukan untuk saya..........bla bla bla...good one sucker!!!
8. PM yang akan dikenang dalam sejarah sebagai Perdana Menteri yang memerintah ketika politik kat Malaysia tgh huru hara...tu tak campur lagi pasal economic downturn yang dia boleh buat tak tau
9. PM yang menjadi public speaker terbaik dalam sejarah PM-PM di Malaysia....boleh tidur dengar dia bagi speech....mengarut, melalut dan mengantuk dibuatnya. Takde point langsung yang keluar
10.PM yang kuat tidur ....hehehe aku tak pernah plak tengok dia tidur tapi kalau dah macam2 gambar keluar kat internet tu, kira betul le tu.

Cukuplah 10 point kat atas. Aku bukannya ahli politik pon yang nak buat analisa detail2. Tapi yang aku cukup perasan, dia nak blah ni, takde plak rancangan2 TV yang memuji ke, nak buat dokumentari (duku menteri) penghargaan ke, kesedihan ahli2 menteri nak berpisah ngan bos ke apa2 yang lain. Yang nak diganti pon takde siapa yang berminat nak sambut dengan meriah. hehehe....

Untuk yang nak ganti jadi PM lepas ni, selamat menjalankan tugas dengan baik. Hehehehe takleh nak tulis apa2 sekarang. Tapi bola kristal kat depan aku ni meramalkan yang kelakar2 akan terjadi kat Malaysia dibawah pemerintahan beliau. Bukan aku yang cakap ek....bola kristal ni yang cakap....betul ke tak tu aku tak tau...hehehe.....

p/s : Lupa lak nak keluarkan tentang isu Hadhari....hehehe..

Read more...

Acara menjatuhkan moral

10% setiap bulan forever ...........hmmmm OH TIDAK!!!!!...


Read more...

27.3.09

Trivia merapu

Tengah sembang2 petang tadi kat bawah ofis, maka terkeluar le soalan2 trivia untuk menajamkan minda di hujung waktu kerja


Aku : Kalau hangpa terer....sapa baby pertama pakai pampers? (disposable diapers/lampin pakai buang)
Muzri : John Pampers!!!
Aku : Bughit hang!!


Read more...

Hari Bumi...jom padam lampu!!!

Read more...

22.3.09

Ayah mertuaku

Minggu lepas aku amik emergency leave dan balik kampung di Segamat. Setelah dapat panggilan tentang keadaan ayah mertua aku yang terlantar di Hospital Segamat.   Melihatkan keadaan orang tua tu menjadikan aku lebih insaf dan perasaan sayang pada ayah mertua aku makin menebal. 

Seorang yang tak banyak bercakap dan mudah tersentuh. Pada aku dia banyak menyokong anak2 dan menantu2 nya dari segi moral dan yang paling istimewa, dia letakkan diri sebagai kawan di kalangan menantu2 dia semua.

Semoga ayah cepat sembuh dan buat pertama kalinya aku mengucup dahi ayah mertua aku.








Read more...

18.3.09

Muhibbah yang amat muhibbah




Cukup main meriah tengok logo kompleks muhibbah ni....tapi bila diteliti...hmmm

Read more...

11.3.09

Blog sunyi

Fuhh...lebih kurang 5 bulan aku "sepi"kan blog ni.....


OK...aku dah guna template baru, insyAllah lepas ni aku kembali aktif.

Buat sementara tu layan dulu wallpaper yang aku baru buat untuk WINGS. Klik sini....


Read more...

26.11.08

.........dan Sayap-Sayap WINGS pun dilancarkan

Alhamdulillah..................

Rasa berbaloi bila sesuatu yang kita minat dan tak terpikir nak buat akhirnya menjadi kenyataan. Bak kata wife aku "Kalau kita buat kerja atas dasar minat, insyAllah mudah le kerja kita"....

Atas usaha bersama aku, Zani, Zul, Madi dan Bai.......akhirnya tertubuhlah

THE OFFICIAL WINGS FAN CLUB ~ SAYAP-SAYAP WINGS

dan untuk mencantikkan lagi penubuhan ini, kami diberikan slot buletin dalam rancangan MELODI kat TV3 pada 16-11-2008 yang lepas.

Read more...

11.11.08

Makin merisaukan

Klik sini

Makin merisaukan bila banyak company besar2 dah mula nak melingkup. HP ada jaga akaun GM untuk backup. Dan pembesar negara masih lagi berpura-pura kata asas ekonomi negara masih lagi kukuh.......

Bak kata rakan sekerja aku plak "this is only a start... the worst situations are on the way".

Read more...

16.9.08

Sibuk bebeno

Salam Ramadhan....lama beno dah tak update blog ni....fuh fuh fuh berabuk beno.

Update :

1. First time dalam hidup aku buat website. Dan yang menjadi tanggungjawab ni berat pasal aku kena buat website untuk WINGS. Bukan calang calang punya benda nak kena buat ni. Apa-apa hal pon korang masuk-masuk le ke situ selalu ye. Kalau nak lagi best, korang jadi le ahli SAYAP2WINGS. Daftar secara tahunan dan yang paling penting.......support local band.

2. First time aku sporting gile ngan wife aku dari segi pakaian. Dia dah beli selambak punya kain ela untuk kitorang satu family pakai pagi raya nanti. Kaler?...hehehe KUNING!!!!!!!!!!!...bedal aje lah yang.....janji puas hati. Dah siap dah pon baju Melayu tu. Guna contoh baju melayu hitam aku yang 4 tahun lepas punya.

3. Wife aku dah buat keputusan nak berhenti kerja. Kerja yang dah hampir 9 tahun dia galas kat bahu dia. Hmmm....tak kisah, janji dia buat keputusan yang bijak dan aku percaya dia.

Later...........

Read more...

14.7.08

Rentak menjahanamkan.........

Quick post :-

Lately someone act like a god. Jadi sama2 le kita menyanyikan lagu ni untuk beliau.

Symphony Of Destruction

You take a mortal man
And put him in control
Watch him become a god
Watch people's heads a-roll

Just like the Pied Piper
Led rats through the streets
We dance like marionettes
Swaying to the Symphony of Destruction

Acting like a robot
Its metal brain corrodes
You try to take its pulse
Before the head explodes

Just like the Pied Piper
Led rats through the streets
We dance like marionettes
Swaying to the Symphony of Destruction


The earth starts to rumble
World powers fall
A-warring for the heavens
A peaceful man stands tall

Just like the Pied Piper
Led rats through the streets
We dance like marionettes
Swaying to the Symphony of Destruction

Music & lyrics - Mustaine

Kita semua manusia marhaen, tak lepas dari kesilapan. Kesilapan orang, lu jadikan modal konspirasi sejak awal lagi, moga Allah ampunkan dosa lu. (Sorry ini bukan posting pasal keadaan politik kat Malaysia.)

Read more...

3.7.08

Aku, Wings dan aktiviti sihat

Dah setahun aku "cuti" dari main badminton kerana kaki terpeleot. Akhirnya aku ber"badminton"kan diri aku semula. Lawan aku yang pertama setelah setahun ialah...Eddie Wings dan Sham ex-Wings. Partner plak ngan Zahid Ahmad(tiada dalam gambar)...jadi bak kata pepatah baru yang aku bikin sendiri "tangan yang memukul drum amat sesuai kalau smash shuttlecock badminton"

Jaga-jaga enche Shamsaidi .....service "cari makan" mau mari

Kedua2 manusia kidal sedang merancang untuk mengalahkan lawan masing2. Masa ni aku takde chance nak berpartner ngan bro Joe Wings.

Cara cekak pinggang yang betul..hehehe

Guitarist legend

Zani kat sebelah sedang dalam perancangan untuk bermain sekali agaknya

Joe Wings

Eddie Wings a.k.a Bendahari Kelab Sukan dan Rekreasi Wings

Sham SkyHigh (ex-guitarist Wings album Belenggu Irama)





Gambar2 ini diambil oleh Lie Erock. Thanks Lie. Video atas pulak disumbangkan oleh bro Eddie Wings. Wings sekarang sudah ada lesen menyelam scuba. Jadi dorang sekarang bebas untuk menyelam di dasar laut yang mempunyai kedalaman 18meter. Harap2 kat dalam laut nanti dapat le idea untuk cipta lagu untuk album baru. hehehe....

Read more...

23.6.08

Wings 21st Anniversary Limited Edition Booklet

Kepada sesiapa yang tak berkesempatan untuk membeli Limited Edition Wings 21st Anniversary Goodie Bag, salah satu item dalamnya ialah booklet tentang sedikit sebanyak sejarah mengenai Wings sepanjang penglibatan dorang di arena seni. Walaupun ringkas tetapi info yang diberi cukup berharga untuk peminat2 Wings jadikan rujukan lalu disimpan sebagai collector's item. Jarang band dari Malaysia mampu untuk melakukan booklet sebegini dan langkah Wings mengeluarkan booklet ini seolah-olah menjadi pemangkin untuk mereka mengeluarkan lebih banyak lagi hasil karya "legendary" mereka.

Apa2 pun terima kasih kepada Team Groovy Grousiey Printhouse terutama sekali Zam yang menjadi official merchandiser untuk Wings atas kerja2 kreatif mereka. Mari kita sama2 layan gambar2 kat bawah

Cover booklet :
Menarik kerana simboliknya lambang Wings menyinarkan cahaya ke suatu kawasan runtuhan seolah-olah memberi harapan untuk mereka menyinar lagi

Belenggu Irama & Hukum Karma


Teori Domino & Jerangkung Dalam Almari


Double Trouble 1 & Bazooka Penaka


Wings & Superfriends & Orang Asing


Biru Mata Hitamku & Masterpiece


Mencari asal usul & Best of Wings 2

Mr Barbarik & Naga Kramat

Kompilasi2 & Legend Arises - Alive 2006


Revisited Jamming Session & Live at PHKL 02122007


Cover album Wings dari album pertama ke album yang terkini


Serba sedikit biodata mengenai Awie dan Joe

Serba sedikit biodata mengenai Eddie dan Black
Gambar-gambar sepanjang 21 tahun penglibatan Wings di arena seni

Gambar perasmian 21 tahun ulangtahun Wings di Planet Hollywood Kuala Lumpur

Read more...

18.6.08

Sayap2Wings dan jalan ke arah OFFICIAL

Idea ini tercetus selepas showcase Wings di Planet Hollywood Kuala Lumpur pada 18hb May 2008 yang lalu. Setelah berbincang dan diminta oleh sahabat2 dlm dan luar MP, beberapa ahli aktif dlm sayap2wings dan aku telah mengeluarkan proposal untuk menubuhkan "OFFICAL SAYAP SAYAP WINGS".

Sepatutnya pertemuan diadakan pada hari Jumaat yang lalu, namun kerana ada masalah komunikasi yang tak dapat dielakkan, pertemuan atau "so-called" meeting ini telah diadakan di ibukota semalam (Selasa 17hb May 2008 - exactly sebulan lepas showcase di PHKL). Sepatutnya petemuan ini membabitkan Manager, Official Merchandiser Wings, Abg Joe dan Abg Eddie sahaja. Turned up malam tadi, John (Encik Hillary Ang), Abg Zahid Ahmad, crew dan pengurusan Wings dan istimewa sekali Abg Black yang teruja dengan khabar penubuhan Official Fan Club ini pun turut hadir.Kecuali Abang Awie yang tak dapat nak menghadirkan diri. Mungkin sibuk dengan promosi filem baru dia.

Selepas membentangkan proposal kitorang yang tak seberapa, alhamdulillah kami diberi tanggungjawab oleh kumpulan WINGS untuk menubuhkan OFFICAL SAYAP SAYAP WINGS. Pertolongan kawan2 semua amat aku harap dan hargai. Jadi sesiapa yang berpengalaman dalam pemasaran, pengiklanan, pengurusan dan ingin menjadi "part of the official SAYAP2WINGS team", aku dahulukan dengan terima kasih dan kedatangan anda dialu-alukan.

Untuk Zani, Madi, Zul, Wiraaz dan ahli sayap2wings yang lain, aku ucapkan terima kasih juga kerana mempercayai dan membantu aku dalam usaha kita ke arah TERBANG BERSAMA SAYAP. Drive by passion guys!!!!

View dari hujung meja ke serious discussion


Nampaknya Ijan sedang menunjukkan skill negotiation nya


Apa yang digelakkan?


Sibuk telefon, namun masih sempat nak bergambar ngan drummer lagenda....Encik Black

Bassistku dan drummer legend

Antara bassist2 terbaik dlm diari aku. Encik Eddie dan Encik "Zainnie"

Cap merah tu....Legend of Aang.....Hillary Ang


Sazs :"Lu try dptkan sebanyak2 outlet untuk keistimewaan membership sayap2wings...."


Gua, Bro Joe dan Apoxx


Dikepit oleh legend


Layan teh tarik nampak?


Masih lagi serius berbincang...hehehe


Two of its best....Zul and Ayeed


Takde kena mengena cuma satu ucapan aje.....TQ Pak Lah.......

Read more...