30.7.07

Wahai peminat peminat Wings sekelian!!!!!

Aku baru create satu multiply group tribute untuk Wings. Kalau korang ader account multiply.......jenguk jenguk le kat sini






http://sayap2wings.multiply.com/

Kalau takde account multiply mmg korang akan nampak blogsite tu kosong aje.... Register as a member dan korang akan dapat tengok video live Wings seperti kat DXO Singapore, KLCC dan video klip dorang. Semua yang berkaitan pasal Wings pon ade. Dan yang bestnya...korang pon boleh contribute apa2 aje artikel ke, review ke, video ke etc.

Register free. Multiply ni korang dah boleh buat macam backup koleksi MP3 korang lagi pasal boleh upload beribu2 lemon data dlm tu. (Promote nampak?)

disclaimer:sebagai administrator yang riak lagi sombong, aku berhak untuk mendelete, mengedit korang punya contribution. Jadi.....contribute wisely

Read more...

29.7.07

Wing Alive 2006

Jiran merangkap "hired w/o pay bassist" aku bagi berita gembira kejap tadi. Kedai CD kat kompleks PKNS ada bagitau kat dia DVD tu dah nak keluar. Tengah tunggu masa aja lagi. Hish nak tunggu apa lagi?!!!! (Tunggu lagi!!!) Arghh!!!!!

Sekadar nak menyemarakan lagi api kesabaran aku......baca le artikel ni dari forum Lagenda Rock Online.

Entahlah... Lama betul tunggu FINAS nie... Mungkin panel kelulusan pergi holiday sempena cuti sekolah nie kot... Yang penting semalam abang2 WINGS n saya telah membuat preview DVD WINGS Alive tu di studio abang Joe... Saya tengok muka diorang masing2, terharu saya melihat kepuasan n ekspresi muka abang2 WINGS coz ini pertama kali sepanjang 21 tahun WINGS menjadi artis, LIVE Konsert mereka dirakamkan dengan begitu teliti...Yang pasti, masa yang diambil untuk memberikan yang terbaik amat berbaloi... walaupun semalam genap 1 tahun 1 hari konsert WINGS Alive itu kami rakamkan... kami semua amat berbangga dengan hasilnya...Untuk VCD, ia akan mengandungi 3 disc dan untuk DVD, 2 disc kerana tempoh konsert yang kami muatkan memakan masa 3 jam 20 minit lebih kurang...Kami masih menunggu pilihan senarai harga untuk barangan ini dari distributor kami tapi yang pasti, harga amat memadai untuk "Collector's Item" begini...Harapan saya n abang2 WINGS, jika anda semua peminat setia WINGS, sama2lah kita mengHALANG LANUN CETAK ROMPAK daripada merosakkan kualiti yang kami tumpukan selama setahun ini... JOE WINGS sendiri telah menghabiskan banyak masa untuk memberikan kepuasan kepada anda semua... Hargailah masa dan tenaga beliau.Adukan kepada saya jika anda terlihat barangan CETAK ROMPAK WINGS dan mana2 artis ROCK tempatan yang lain di kawasan anda...Jika anda semua bekerjasama, kami merancang untuk bergerak melakukan promosi n persembahan sempena keluarnya VIDEO WINGS ALIVE 2006 ini di kawasan2 berhampiran anda semua n pasti KONSERT WINGS 20 tahun akan dapat direalisasikan...SELAMATKAN INDUSTRI ROCK KITA!!!

Read more...

On the way (lagi)!!!!

Baru terima panggilan dari tetamu yang "on the way".

Wife aku : Assalamualaikum (sambil bukak speaker phone HP dia)
OTW : Walaikum salam, Kak Ros! Rumah ko ikut mana ek?
Aku : dalam hati "Celak! B)(*&!5$....P^54#$6^4k!!!"

Read more...

On the way!!!!

Antara benda yang paling aku tak suka sekali ialah menunggu. Baik menunggu atau pun ditunggu. Aku tak suka benor kalau menunggu especially menunggu bas, orang, keputusan atau pun giliran. Tu le sebabnya aku kureng sikit kalau nak pegi bank. Tapi sekarang ni dah OK sikit pasal takyah nak mengadap cashier bank "yang muka macam poyo mengira duit orang kengkonon tu duit dia" sebab dah ader cheque dan cash deposit.

Macam tu jugak kalau ditunggu. Aku rasa kurang selesa kalau ada orang tunggu aku. Mesti aku kelam kabut sampai takleh nak buat apa benda pon. Aku rasa macam tak menghormati masa orang tersebut. Dan aku harap orang lain pon camtu jugak, jangan bagi aku menunggu. Masa tu berharga bai!!!!

Hari ni aku dipaksa menunggu lagi. Dari pagi aku dah sediakan bahan-bahan masakan, tolong wife aku apa patut. Sanggup kehulu kehilir cari lauk untuk jamu tetamu. Dari kecik aku diajar menghormati tetamu. Pastikan tetamu yang hadir datang dan pulang dari rumah aku dalam keadaan senang hati. Pukul 10am...masih takde bayang2 atau clue kat mana tetamu aku tu. Takpe....atleast aku ader masa lagi untuk buat preparation dan menolong wife aku. Pukul 2pm pun tak muncul2 lagi. Jadik aku buat keputusan bungkus makanan yang aku dan wife aku masak tu dgn daun pisang dan distribute kat jiran aku dan mak aku kat rumah dia.

Pasal dah tak tahan lapar, aku cadangkan ngan wife aku supaya kami sekeluarga makan dulu. Dah abis makan, aku call tetamu aku tu...."Masih kat Ipoh lagi. Air cond kereta tak berapa sejuk. Nak repair dulu!!!". Hati aku dah sikit terbakor dah tapi aku sabarkan jugak pasal nak mengekalkan konsep "hormati tetamu". Aku cakap ngan wife aku, abiskan le lauk dulu. Nanti bila dorang nak sampai nanti, masak lain. So dapat le tetamu2 aku tu makan mende2 yang fresh.

Pukul 6pm aku suruh wife aku telepon tetamu aku tu. Katanya masih "on the way" lagi dan nak singgah kat Sg Buloh jap. Untuk menahan marah, aku ckp ngan wife aku, aku nak pegi main takraw jap. At least ngan bersukan dapat aku kurangkan kemarahan dan kadar buncit perut aku. Tapi masa main takraw pon hati tak tenang. Balik-balik rumah aje, aku tanya wife aku "dorang ader call?". Jawapan = "HAMPEH"

Malam menjelang (chewah)......tak timbol2 lagi. Bila wife aku call, katanya masih lagi "on the way". Nasi lemuni yang aku dah prepare tu dah sejuk dah. Dan diwaktu blog ni ditulis.........dorang masih lagi "on the way".

Untuk tetamu aku yang dihormati..............."on the way" le korang. Korang kena ingat, aku ni lagi tua pangkat dari korang. Kalau dah tak reti hormat orang........tak tau le apa aku nak ckp.

Read more...

11.7.07

10hb Julai 2007



(kualiti gambar kureng sikit)


Semalam aku celebrate ulangtahun hari lahir anak aku yang no 2. Nur Fatina aka adik aka berat. Pejam celik pejam celik dah 6 tahun dah anak dara aku ni. Kejap aje.

Tak jemput sesape pon. Cuma buat makan2 dgn Mak aku and family kakak aku yang sulong tu aje. Budak2 ni kalu dah berjumpa sesama sepupu dorang...makan kemana, minom pun kemana....tau nak main aje. Bagi dorang masa tu le aku akan bagi lesen besar untuk main basikal malam2.

OK, dah...jom cerita lak pasal bola. Dah lama beno aku tak ikut perkembangan bolasepak kat Malaysia ni. Semalam ex-colleague aku ajak gi tgk bola kat B.Jalil. Sori le Shah...ade birthday party to organise tonite.


Bila baca paper pagi ni....alahai le Malaysia.....cantik sungguh bilangan jaringan yang korang kena. Tapi untuk nak menguatkan balik semangat korang...

Populasi kat China tu = 1.319 billion orang

VS

Orang2 kat Malaysia = 26.9 million orang


OK le tu....lagi pun yang main tu ada yang main ngan kelab omputeh. Nak harapkan standard kita punya league...jauh kelaut bezanya. Cuba lagi.....try score dari jauh lagi macam yang korang selalu buat. Dengar citer RM1000 komisyen untuk sape2 yang score dlm setiap game. Banyak tu!!!! Boleh le sama sama kita berebut nak score goal. Nak lagi cantik bagi tok2 menteri kita masuk campur hal persatuan korang. Insyallah dari rank ke 146, mungkin boleh melonjak ke rank 1460. Go Tiger of Malaya Go!!!!!!!

Penjaring2 untuk game tu :

Malaysia : Indra Putra Mahyuddin (74)
Republik Rakyat China : Han Peng (15.55),
Jiayi(40), Wang Dong (51,90)

Read more...

1.7.07

Transform and roll out!!!






Sebelum aku merepek, mari lah kita bersama-sama menyanyikan lagu tema untuk cerita ni

Transformers,
More than meets the eye!
Autobots wage their battle to destroy the evil forces of the Decepticons.
Transformers,
Robots in diguise.
Tranformers,
More than meets the eye.


Tranformers!!




Aku membesar dengan kartun seperti Transformers, TMNT, MASK, He-Man, Thundercats dan macam2 lagi. Kemunculan Transformers The Movie ni memang ditunggu-tunggu oleh manusia yang sebaya dengan aku.

Aku pegi tengok movie ni dgn wife aku kat TGV Bukit Raja, Klang hari Sabtu 30hb Jun. Dengan budget production sebanyak USD150 million, tentu le aku akan expect sesuatu yang outstanding dari Micheal Bay.

Kalau korang ikuti forum yang ada kat internet ni, production team untuk movie ni ada bagitau, kepada peminat Transformers Generation 1 jangan terlalu berpegang pada jalan cerita yang korang dah tau pasal plot movie yang akan dihidangkan adalah sesuatu yang lain dari apa yang Transformers pernah hidangkan pada kita dulu.

Dan ternyata expectation yang melampau adalah dilarang kalau korang nak tengok movie ni. Sebabnya.........

Apa yang best bagi aku dalam citer ni?

1. Scene masa Autobots berkumpul untuk berjumpa dengan Sam Witwicky

2. Cara Sam (Shia LaBeouf) jaga hati kereta pertama dia.

3. CGI untuk movie ni........first class!!

4. Optimus Prime......sasa gila mamat ni. Siap ada flame body painting. Suara masih lagi guna suara Peter Cullen.

5. Barricade........kereta polis Decepticons. Lawa gila tu!!! Masa scene kejor mengejor Barricade ngan Bumble-Bee, tangan aku dah start berpeluh.

6. Blackout........Robot paling ganas baik dari segi perangai mahu pun rupa.

7. Optimus Prime ada tunjuk MATRIX kat dada dia. Teringat masa filem animasi "Transformers the Movie"

8. Optimus Prime dah ada mulut!


Dan apa lak yang tak best pasal cerita ni?

1. Biasa le....propaganda Amerika. Asal ada orang ancam keselamatan negara terchenta, kalau tak Iran, Rusia, Korea Utara atau China mesti kena tuduh. Dan kebijaksanaan askar dorang mengatasi semua bandit.

2. Tunggu nak dekat sejam..........wtf!!! baru le dapat tengok robot-robot pujaan.

3. Apsal Optimus Prime masa kat rumah Sam macam budak2? Tak sabar..tak macam Optimus Prime yang mmg dikenali sebagai pemimpin yang penyabar, karismatik dll

4. Cuba le buat ending battle tu kat tengah padang pasir ke, padang bola ke, tepi laut ke....syok sikit. Asyik-asyik kat tengah bandar.

5. Design robot yang terlampau detail sampai tak tau mana kaki, mana tangan, mana badan. Especially Megatron. Rupa dah tak macam Megatron.

6. Dan yang paling aku menyampah, upset, frust.........................tak banyak bunyi kirk kurk kirk kurk kirk kerghhh (pandai2 le korang baca yang ni). Rasa rasa ada le dlm 2-3 kali aje bunyi tu keluar. Bunyi tu le trademark untuk setiap cerita Transformers. Kalau takde bunyi tu sama le macam tengok cerita robot yang lain.



Macamana pun cerita Transformers ni tetap menghiburkan, pasal tercapai jugak hasrat aku nak tengok live action movie untuk watak2 kartun Transformers. Aku dok harap jugak(...rasa2 mmg ada kot?) ada sequel untuk movie ni. Salah satu petanda, STARSCREAM rised!!!!. Dan untuk Micheal Bay.....how about Dinobot vs Constructicon for the second movie.





Read more...