29.7.07

On the way!!!!

Antara benda yang paling aku tak suka sekali ialah menunggu. Baik menunggu atau pun ditunggu. Aku tak suka benor kalau menunggu especially menunggu bas, orang, keputusan atau pun giliran. Tu le sebabnya aku kureng sikit kalau nak pegi bank. Tapi sekarang ni dah OK sikit pasal takyah nak mengadap cashier bank "yang muka macam poyo mengira duit orang kengkonon tu duit dia" sebab dah ader cheque dan cash deposit.

Macam tu jugak kalau ditunggu. Aku rasa kurang selesa kalau ada orang tunggu aku. Mesti aku kelam kabut sampai takleh nak buat apa benda pon. Aku rasa macam tak menghormati masa orang tersebut. Dan aku harap orang lain pon camtu jugak, jangan bagi aku menunggu. Masa tu berharga bai!!!!

Hari ni aku dipaksa menunggu lagi. Dari pagi aku dah sediakan bahan-bahan masakan, tolong wife aku apa patut. Sanggup kehulu kehilir cari lauk untuk jamu tetamu. Dari kecik aku diajar menghormati tetamu. Pastikan tetamu yang hadir datang dan pulang dari rumah aku dalam keadaan senang hati. Pukul 10am...masih takde bayang2 atau clue kat mana tetamu aku tu. Takpe....atleast aku ader masa lagi untuk buat preparation dan menolong wife aku. Pukul 2pm pun tak muncul2 lagi. Jadik aku buat keputusan bungkus makanan yang aku dan wife aku masak tu dgn daun pisang dan distribute kat jiran aku dan mak aku kat rumah dia.

Pasal dah tak tahan lapar, aku cadangkan ngan wife aku supaya kami sekeluarga makan dulu. Dah abis makan, aku call tetamu aku tu...."Masih kat Ipoh lagi. Air cond kereta tak berapa sejuk. Nak repair dulu!!!". Hati aku dah sikit terbakor dah tapi aku sabarkan jugak pasal nak mengekalkan konsep "hormati tetamu". Aku cakap ngan wife aku, abiskan le lauk dulu. Nanti bila dorang nak sampai nanti, masak lain. So dapat le tetamu2 aku tu makan mende2 yang fresh.

Pukul 6pm aku suruh wife aku telepon tetamu aku tu. Katanya masih "on the way" lagi dan nak singgah kat Sg Buloh jap. Untuk menahan marah, aku ckp ngan wife aku, aku nak pegi main takraw jap. At least ngan bersukan dapat aku kurangkan kemarahan dan kadar buncit perut aku. Tapi masa main takraw pon hati tak tenang. Balik-balik rumah aje, aku tanya wife aku "dorang ader call?". Jawapan = "HAMPEH"

Malam menjelang (chewah)......tak timbol2 lagi. Bila wife aku call, katanya masih lagi "on the way". Nasi lemuni yang aku dah prepare tu dah sejuk dah. Dan diwaktu blog ni ditulis.........dorang masih lagi "on the way".

Untuk tetamu aku yang dihormati..............."on the way" le korang. Korang kena ingat, aku ni lagi tua pangkat dari korang. Kalau dah tak reti hormat orang........tak tau le apa aku nak ckp.

5 comment:

zan July 30, 2007 at 8:05 AM  

Bila dah sampai, dengan selamba katak parking lak depan rumah aku sambil berkata "takde nak masuk kereta kan?"
Pastu bila bini kau mintak permission dekat aku, dorang leh kater lak "rumah tak duduk lagi ke.." Isk2..
Nasib le dah malam n dapat cd ko. Kurang sket marah.

Er..kalau sampai umah ko pukul 11 mlm, pukul berapa lak dorang bongkau?
Ada ka orang datang melawat pukul 11? Hospital pun tak kasi orang datang melawat time2 camtu..

Jangan marah ijan..Saja nak amik can..hehe

Nadia August 2, 2007 at 11:41 AM  

waaa..aku suke betui nasik lemuni tu!!..teringat yg arwah opah aku buat. anyway, "on the way" tu sebenoye bermaksud "tak keluar umah lagi"...hahaha..ntah la. hakikatnya skang, hp adalah media yg paling byk diguna untuk MENIPU. betui tak?

Ijan August 3, 2007 at 12:07 AM  

"On the way" tu aku rasa macam alasan paling berkesan kat dlm dunia.

HP(eh mcm tpt keje aku aje?)skrg ni bukan aje jadi media untuk menipu, tapi untuk mengugut pon ader gak. Tapi kebanyakannya memberi gambaran sebenar...cth 3GP anak2 Melayu yang tak pk masa depan. Baru aku tahu tahap disiplin bebudak sekarang.

Ijan August 3, 2007 at 12:08 AM  

Nak makan nasi lemuni?...jemput dtg ke rumah....