1.7.07

Transform and roll out!!!






Sebelum aku merepek, mari lah kita bersama-sama menyanyikan lagu tema untuk cerita ni

Transformers,
More than meets the eye!
Autobots wage their battle to destroy the evil forces of the Decepticons.
Transformers,
Robots in diguise.
Tranformers,
More than meets the eye.


Tranformers!!




Aku membesar dengan kartun seperti Transformers, TMNT, MASK, He-Man, Thundercats dan macam2 lagi. Kemunculan Transformers The Movie ni memang ditunggu-tunggu oleh manusia yang sebaya dengan aku.

Aku pegi tengok movie ni dgn wife aku kat TGV Bukit Raja, Klang hari Sabtu 30hb Jun. Dengan budget production sebanyak USD150 million, tentu le aku akan expect sesuatu yang outstanding dari Micheal Bay.

Kalau korang ikuti forum yang ada kat internet ni, production team untuk movie ni ada bagitau, kepada peminat Transformers Generation 1 jangan terlalu berpegang pada jalan cerita yang korang dah tau pasal plot movie yang akan dihidangkan adalah sesuatu yang lain dari apa yang Transformers pernah hidangkan pada kita dulu.

Dan ternyata expectation yang melampau adalah dilarang kalau korang nak tengok movie ni. Sebabnya.........

Apa yang best bagi aku dalam citer ni?

1. Scene masa Autobots berkumpul untuk berjumpa dengan Sam Witwicky

2. Cara Sam (Shia LaBeouf) jaga hati kereta pertama dia.

3. CGI untuk movie ni........first class!!

4. Optimus Prime......sasa gila mamat ni. Siap ada flame body painting. Suara masih lagi guna suara Peter Cullen.

5. Barricade........kereta polis Decepticons. Lawa gila tu!!! Masa scene kejor mengejor Barricade ngan Bumble-Bee, tangan aku dah start berpeluh.

6. Blackout........Robot paling ganas baik dari segi perangai mahu pun rupa.

7. Optimus Prime ada tunjuk MATRIX kat dada dia. Teringat masa filem animasi "Transformers the Movie"

8. Optimus Prime dah ada mulut!


Dan apa lak yang tak best pasal cerita ni?

1. Biasa le....propaganda Amerika. Asal ada orang ancam keselamatan negara terchenta, kalau tak Iran, Rusia, Korea Utara atau China mesti kena tuduh. Dan kebijaksanaan askar dorang mengatasi semua bandit.

2. Tunggu nak dekat sejam..........wtf!!! baru le dapat tengok robot-robot pujaan.

3. Apsal Optimus Prime masa kat rumah Sam macam budak2? Tak sabar..tak macam Optimus Prime yang mmg dikenali sebagai pemimpin yang penyabar, karismatik dll

4. Cuba le buat ending battle tu kat tengah padang pasir ke, padang bola ke, tepi laut ke....syok sikit. Asyik-asyik kat tengah bandar.

5. Design robot yang terlampau detail sampai tak tau mana kaki, mana tangan, mana badan. Especially Megatron. Rupa dah tak macam Megatron.

6. Dan yang paling aku menyampah, upset, frust.........................tak banyak bunyi kirk kurk kirk kurk kirk kerghhh (pandai2 le korang baca yang ni). Rasa rasa ada le dlm 2-3 kali aje bunyi tu keluar. Bunyi tu le trademark untuk setiap cerita Transformers. Kalau takde bunyi tu sama le macam tengok cerita robot yang lain.



Macamana pun cerita Transformers ni tetap menghiburkan, pasal tercapai jugak hasrat aku nak tengok live action movie untuk watak2 kartun Transformers. Aku dok harap jugak(...rasa2 mmg ada kot?) ada sequel untuk movie ni. Salah satu petanda, STARSCREAM rised!!!!. Dan untuk Micheal Bay.....how about Dinobot vs Constructicon for the second movie.





2 comment:

N a d i a July 4, 2007 at 2:12 AM  

tapi aku suka scene deme kat umah shia tu. kiut je! hehe..anyway, apa pun, aku tabik skrip pelem ni. brilliant!

carvedijan July 4, 2007 at 11:11 PM  

Masa konvoi ramai2 ke Hoover Dam tu plak scene paling best bagi aku. Macho gile nampak sebijik2 robot in disguise tu.

*aku dok berharap keter aku boleh transform*