1.9.07

Family rat-a-t"outing"

At last!!.....I'm a man of my word. Nothing makes me happier other than keep my beloved wife and kids happy.


Pukul 12.30pm, pegi kenduri adik kawan aku(Popeye)..lepas makan-makan, bersembang...bla bla bla....shoot ke Sunway. Lepas tu kami sekeluarga terus ke Summit USJ untuk tayangan "Ratatouille" jam 5.00pm.


Ni le first time anak2 aku masuk panggung wayang. So dorang excited betul. Macam2 pesanan le aku bagi..."Adik, jangan nanti masa kat dlm tu menangis pulak...dalam tu gelap", "Kakak, adik....kalau nak gi bilik air pegi sekarang. jangan nanti masa cerita dah start time tu le baru nak kench la...nak duduk 'thinking chair' (melepas) la"

Dan sepanjang cerita, anak2 aku seronok betul....aku ngan wife aku pon gitu jugak tengok perangai bebudak ni.

Arahan Brad Bird, cerita ni berkisar mengenai seekor tikus, Remy yang mempunyai taste high class dan quite particular tentang makanan. Amat pandai masak dan mempunyai deria hidu yang cukup terer. Berganding lak ngan mamat Linguini yang clumsy tapi bercita2 besar. Macam biasa kalu tengok cerita dari Pixar Pictures, apa2 yang korang ingat tak best akan jadi best. Aku pon tak nak cerita lebih2....korang pegi le tengok sendiri. Sempat gak aku bagi moral cerita ni kat anak sulung aku...."Kakak tengok ye...tu lah akibatnya kalau kita mencuri...nanti akan menyusahkan kita balik". For Pixar's, thanks for this great movie and really looking forward to watch another instalment of yours..."Wall-E".

Balik dari tengok wayang....wife aku lak ajak main bowling....aduhai sayang....kaki abang baru nak baik...tapi takpelah........Nothing to say, just look at below pic.


That's it guy, I really enjoyed myself today. For my wife and my kids, "abah loves you all very very much!!!"

Read more...

Quote of the day

Watch your thoughts, they become words.
Watch your words, they become actions.
Watch your actions, they become habits.
Watch your habits, they become character.
Watch your character, they become destiny

Read more...

Megadeth turun Singapore

left to right : James Lomenzo(bass), Shawn Drover(drum), Dave Mustaine(vox,guitar), Glen Drover(guitar)

Date : 26th Oct 2007
Venue : Fort Canning, Singapore
Ticket : $85 SGD
Info : Klik sini

Nak pegi ke tak nak?....Mmg salah satu impian aku nak tengok Megadeth live depan mata. Apahal pulak dorang turun Singapore time hujung bulan?. Dah la tu...back to back concert ngan Heaven and Hell ($170SGD double pass package). Time tu aku rasa kewangan dah sampai tahap idung.

Ada sesiapa yang boleh me"racun" aku untuk turun gi ke konsert ni?

Read more...

30.8.07

Ulangtahun kemerdekaan ke 50

Kepada semua yang menyinggah di blog ni, aku ucapkan .........

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN YANG KE 50

Sambil2 meninjau balik transition kemerdekaan negara dari sebuah negara jajahan ke sebuah negara yang berperlembagaan akan lebih mematangkan lagi fikiran rakyat2 Malaysia termasuk aku jugak.

Dah nak dekat seminggu lebih terlantar(?) dirumah akibat kaki terpeleot, bagi aku Hari Kebangsaan tahun ni lebih bermakna. Aku dah boleh berjalan tanpa bantuan dan semalam aku meraikannya dengan pergi ke Planet Hollywood sorang2 untuk membeli 4 keping tiket "Malam Edan with SEARCH" 9hb Sept ni.

(pic by : www.petertan.com)

Kalau PM akan baca teks ucapan Merdeka selepas berita malam ni, aku pon nak bagi ucapan jugak. Ucapan aku lebih kurang begini............

"Kepada rakan2, adik2 dan yang terlibat dalam meraikan Hari Kebangsaan malam ni, tak perlulah menyalak sekuat2nya melaungkan perkataan merdeka. Sesungguhnya lebih baik menumpukan perhatian dalam mengisi kemerdekaan yang dah diamanahkan kat korang oleh tok nenek kita. Jangan lak balik menyalak nanti korang buat race haram lak. Mau tak malam ni jadi malam merdeka terakhir untuk korang? Sekian terima kasih...jangan saman saya, saya takde duit"

Read more...

25.8.07

Onjings!!!

Aku kat HP ni keje shift 12 jam sehari, 14 hari sebulan. Shift aku terbahagi kepada dua bahagian....First Half dan Second Half. Contohnya.....untuk first half...hari start keje ialah hari Ahad dan kalau minggu tu kena tiga hari keje jadi hari terakhir keje ialah hari Selasa. Kalau kena empat hari keje minggu tu bermakna habis hari Rabu. Second half pulak akan sambung hari terakhir untuk orang first half dan akan abis hari Sabtu. Kalau korang tak paham camana cara shift ni, apply aje keje kat HP. Boleh emailkan resume korang kat aku.

Selama 4 bulan aku kat HP, aku masuk second half punya shift. Dan masa time reshuffle baru2 ni, aku telah dimasukkan ke first half punya shift. Jadi untuk tu...geng2 second half aku pun membuat satu farewell (?) untuk aku.

Malam tu(11hbAug) kitorang gi celebrate kat Sri Hartamas. Ada le kat 8 orang yang pergi. Bebudak Delphi 5 orang manakala South Pacific pulak 3 orang aje. Aku, Tok Imam (Wintel Taiko) ngan Khairol (Backup Tailo). Masa nak pergi tu aku terperasan ada dua ekor onjings berlegar2 kat Shell depan HP Tower. Kalau ikut dlm wikipedia, onjings berkenaan berketurunan "bullmastiff" yang kalau tengok pon memang gerun dengan besar, garang, kotor, huduh dsb.

Balik dari farewell tu, aku ikut le Jalan Dungun. Tiba-tiba terserempak ngan dua2 ekor onjings tu. Apa lagi...kedua2 ekor onjings tu pon kejor le kereta aku dengan bergayanya. Cuak gak aku pasal kepala hotak salah sekor onjing tu betul2 kat sebelah aku yang tengah bawak kereta. Aku tengok meter kereta aku.......fuhhhh 60km/sj!!! Mak datuk...ini kalau dia kejar aku on foot.....tak sampai 5 saat dah tentu aku jadi santapan rakus kedua2 ekor onjings tu.

Dah sampai simpang nak masuk HP Towers, onjings tu masih lagi kejor kereta aku. Aku terpikir, lobby HP Towers tu mmg memanjang ada bebudak lepak hisap rokok. Takkan aku nak bawa onjings tu keliling HP Towers kot? Mau berterabor dorang lari. Ahh!! huru hara gak aku. Onjings tu dah menyalak gila babi kat kereta aku. Nak tak nak terpaksa le aku berentikan kereta aku kat tengah jalan tunggu sampai onjings tu reda. Bila onjings tu dah blah, aku pon terus masuk parking kereta aku.

Lepas keluar dari kereta, sambil berjalan masing2 cerita macamana besau onjings tu, perasaan dorang masa onjings tu kejor bla bla bla....Aku lak jalan yang kat belakang sekali. Cuak jugak sambil perati kat belakang mana tau kot2 onjings tu kejor balik. Tiba2 timbul idea nak pe"dajal"kan dorang.

"Argghhh.....onjings tu kejor balik woi!!!!!"

Sambil perhatikan sorang2.....masing2 berterabor lari sambil tu dok toleh ke belakang nak tengok betol ke onjings tu kejor balik. Yang bestnya aku perasan...Tok Imam alias Zaidi alias Batman Wintel lari tak pandang belakang langsung. Dia macam dah standby nak lari kalau2 ada onjings kejor. Hahahahahaha!!!!

Sampai kat lobby HP Towers, masing2 gelak pecah perut. Mamat2 yang mmg dah sedia ada kat situ terpinga2...apahal ngan kitorang. Dorang mungkin tak tau apa yang jadi, tapi kalau dorang tau mesti dorang berterima kasih ngan aku pasal menyelamatkan dorang dari keganasan onjings. Aku lak gelak macam nak termuntah pon ade, tapi yang pasti air mata aku dah meleleh-leleh punya gelak.

Untuk kengkawan aku kat second-half......korang mmg betul2 buat aku seronok kerja. Insyallah kalau aku kena standby, kita akan jumpa lagi.

(p/s: kalau sekarang ni onjings tu kejor balik, pakal berserah aje lah aku. Dengan kaki terkehel macam ni jangan kata nak lari, nak berjalan pun terkial2. Aku rasa onjings tu pun pikir 2-3 kali nak kejor)

Onjings = Anjing-anjing
(ayat ni aku dapat dari Shah Carrefour JB)

Read more...

Live Free or Die~HARD

Kalau ada sesiapa yang familiar dengan phrase "LIVE FREE OR DIE", tak lain tak bukan orang yang selalu bergelumang dengan operating system UNIX. Dah tentu phrase tu adalah tagline bagi UNIX.


Tapi aku bukan nak cerita pasal UNIX, tapi pasal movie yang baru release tengah bulan July lepas. Yeap...aku cerita pasal Live free or DIE HARD 4.0

Aku baru abis donlod citer ni dari Torrent. Gambar superb, sound cun tapi yang membuatkan ianya lebih best sebab ianya DIE HARD!!!!!!!
Takpelah kalau orang kata itu cerita hero tua tapi bagi aku Bruce Willis masih lagi menyengat untuk berlakon cerita2 lasak camni. Yang pastinya cerita ni menyajikan ol'skool/classic action pack movie apabila saingan movie ketika itu lebih kepada CGI (Transformer, HP...etc)

A MAN WITH A PLAN

Aku bukanlah seorang peminat Bruce Willis dan percaya tak kalau aku cakap Die Hard yang pertama sekali aku tonton ialah Die Hard 3 (With the Vengeance) sebab utama ialah adanya hero resdung(sengau) iaitu Enche Samuel L Jackson. Dan Itu le sebabnya aku boleh tersangkut ngan Die Hard ni.

Apa yang best tentang filem ni dah tentu pasal non-stop action, plot cerita yang tak terlalu complex dan aksi meletup dan menghancurkan harta benda awam yang tiada henti.

Yang lebih menarik bila adanya Justin Long sebagai supporting char. Aku mula2 kenal mamat ni masa dia berlakun sebagai "Warren Cheswick" dalam siri TV ED yang disiarkan hujung 1999 kat NTV7 dulu.

Timothy Olyphant........hmm tak berapa kenal sangat tapi dah tentu aku tunggu2 cerita "Hitman" yang bakal ditayangkan. Sebuah lagi movie yang diadaptasi dari komik.

Dan pastinya berbaloi jugak le aku mendonlod cerita ni. Kepada sesiapa yang merindui ol skool action pack movie........ini lah filem terbaru yang korang cari2.


Aku bagi ****1/2 / *****

Read more...