Terbang bersama "sayap"
Aku tengah mengira hari.bukan pasal lain tapi pasal 4 orang kat atas ni. 2hb ni aku akan pergi ke Planet Hollywood sekali lagi untuk tahun 2007 selepas Malam Edan bersama Search untuk turut bersama2 dgn geng2 multiply yang lain dan terutamanya geng2 sayap-sayap Wings memeriahkan lagi konsert ni.
Sebab apa aku excited sangat?...Wings bro, bukan band rock yang lain (exception untuk legend band yang lain). Kalau orang lain tergoda ngan aura Mawi, aku lak terlekat ngan aura 4 orang manusia kat atas ni. Biar le orang ckp kalau dorang ada perangai buruk ke, rock tua ke, tak komersial ke...bagi aku, ramai gak malah semua orang ada perangai buruk dorang sendiri. Tinggal ambil masa je untuk berubah. Aku pon sama gak le.
Konsert pertama aku tengok dalam hidup aku, waktu cabut keluar jap dari asrama pasal nak tengok Wings performed kat Dewan Hamzah Klang. Masa tu Benson & Hedges sponsor. Line-up masa tu Awie, Black, Eddie dan Tham. Gitaris berketurunan cina ni menggantikan Sham tapi tak sempat nak merakamkan sebarang album bersama Wings. Kalau dapat jumpa Tham ni pon cantik gak. Dan Wings sepatutnya memberikan tak banyak pon sikit credit untuk Tham ni.
Lepas tu masa aku form 2, budak dorm aku dah start kecoh2 pasal album Hukum Karma keluar. Masa tu tak berapa sangat nak dengar pasal aku lebih ke arah Bloodshed, Search Lefthanded, SYJ dan kalau band2 omputeh lak macam Iron Maiden, Metallica, Scorpion, Black Sabbath, DIO, Deep Purple dll. Sampai le dorang suruh aku cari lagu Dari Tuhan guna gitar. Tiba2 plak rasa macam ada jiwa sikit lagu tu. Terus aku capai plak kaset Hukum Karma member aku yang lebih dikenali sebagai Batman (Bro sorry....aku lambat pulangkan dan terus hilang kaset tu). Opera Hidup buka sikit mata aku pada dorang dan lagu seterusnya menerangkan lagi ada sayap yang nak mengembang dalam muzik Malaysia.
Aku cukup berharap dapat tengok dorang perform live depan mata, sampai le aku Form Three, kat funfair dekat ngan rumah aku, Wings perform dengan line-up yang sama bersama dengan gitarist baru dorang......Joe. Opening song Hikayat Penuh Ranjau memang aku hikayatkan dalam memori aku pasal masa tu aku tengah menggelupur beli tiket, tiba2 dengar intro lagu dan dalam kepala hotak aku "eh! ini live ke minus one?"...nyata dorang performed secara live.
Lepas dari tu, banyak jugak le konsert dorang yang aku ikut. Konsert 100 tahun Klang....dorang performed bersama Ella dan Search. Masa tu first time aku tengok Joe perform sambil mulut aku ternganga tanpa disedari. Masa konsert kat funfair Pandamaran pon aku ternganga jugak. Especially bila dorang main lagu "Hutan Simpan". Aku ingat lagi ayat yang keluar dari mulut Awie masa nak memperkenalkan lagu yang dorang bakal main...............
"Kami tak akan potong rambut, kami akan simpan, simpan rambut ni macam Hutan Simpaaaaaaan!!!!!"
Lepas tu ada lagi 4-5 lagi konsert dorang yang aku tengok dan yang kali terakhir kat Planet Hollywood KL. Masa tu aku berjumpa pasangan rocker yang mmg sporting pernah aku jumpa, Yatt & Nad. Dan pada 2hb Dec ni.....aku akan sekali lagi menonton Wings perform depan mata.
Kali ni lebih bermakna sikit pasal information yang aku dapat dari kawan2 MP, PHKL dan yang bestnya datang dari encik Abdul Zamin Abd Kadir (Joe Wings) sendiri. Dan first time jugak aku berbalas email dengan dia.
Dah berpeluh tangan dah ni nak ke PHKL Ahad ni. Macam checklist yang aku dah buat kat entry sebelum ni, yup!!! everything check!!!!! OK .....aku akan update korang pasal gig ni sehari selepas. Dengan camera baru....insyallah gambar bermuu tinggi akan dipaparkan jugak.
LET's ROCK!!!!!!! Read more...