31.5.08

Teori Domino Jamming Session 07.1

Lepas audio, sekarang ni plak dah keluar pulak VCD punya version. Memang mantap. Harga RM19.90. Sementara tu layan le promo tak rasmi yang aku buat kat YouTube ni.



Read more...

30.5.08

Keinsafan

Aku tak tau kenapa tapi kalau aku terdengar lagu ni, mesti aku rasa tersentuh.

Read more...

16.5.08

Getting ready to fly

Rasa terlalu excited untuk ke PHKL hari Ahad ni. Rakan2 Multiply baik dari Malaysia dan juga Singapura akan beramai-ramai memeriahkan lagi showcase ini. Sebab apa showcase ini cukup menarik?....
First sekali Wings akan menjemput semua bekas anggota Wings yang dahulu kecuali Tham (gitaris yang menggantikan Sham sebelum Joe).

Secondly, kerana dorang jugak menjemput rakan seperjuangan yang lain seperti Kid, Hillary, Hattan dan Ito untuk bersama mereka dalam dua malam pertunjukan kali ini (18hb dan 25hb May 2008).

Ketiga, pasal ini le kali pertama aku dapat bersama2 dengan Wings diwaktu sessi jamming, praktis untuk showcase ini. Setelah mendapat jemputan, satu peluang yang tak akan aku lepaskan. Setelah puas mendengar (tak boleh tengok Wings jamming pasal takde tingkap), di'tarbiyah' oleh Mel, mendengar cerita pasal aktiviti Wings diluar camera, nyata mereka semua mesra belaka dan tak salahlah aku menggemari Wings.

OK geng...jumpa di PHKL ya.....agak2 cam muka aku tu, bawak2 le tegur ye.

Sessi makan nasi lemak

Madi dengan idola dan biografi idolanya


Lepas jamming, bro Eddie dah bersandar. Bro Jojet pon menyandar jugak. Masih power lagi main drum.

Bro Awie turunkan signature kat biography yang dia sendiri takde simpan

Bro Kid, Black(balik Kid), Eddie dan Jojet selepas jamming

Awie : Ye ke aku ni?...hehehe.

Bro Kid, Madi & Bro Joe

Bersama idola aku, Bro Kid dan Bro Joe Wings

Drum yang akan digunakan di PHKL nanti. Triple bass drum....hehehe acah aje. Tu modelling drumset Mike Portnoy (Dream Theatre). Dibuat oleh adik Bro Joe Wings. Sturdy, hampir 80% sama macam Mike Portnoy punya drum kit. Untuk dijual. RM300. Sapa2 berminat, contact aku.

Read more...

12.5.08

Ibu ratu hati anak - Part 1

Tegas dalam mengajar/mengasuh anak anak. Cukup mementingkan penampilan anak anak. Tangan tak pernah lekang mencubit ketika mengajar mengaji. Jarang membebel tapi kuat menjerkah kalau ada yang tak betul tentang peradaban anak anak. Tak pernah merungut dalam menguruskan keluarga. Selalu menghargai apa sahaja sumbangan atau pertolongan daripada anak anak.

Hari Sabtu lepas kami sekeluarga bersiar2 di KL untuk menyambut Hari Ibu yang disambut di merata tempat. Biar pun awal sehari,sambutan tetap dibuat demi menghargai kasih sayang dan penat lelah seorang ibu. Sepatutnya rancangan nak bercuti diluar Selangor, pasal ada perkara yang penting harus diselesaikan terpaksalah tangguh buat sementara waktu.

Jarang2 benar dapat outing macam ni sekarang. Sebab aku pun cuti diwaktu orang lain bekerja dan bersekolah. Jadi peluang yang ada, memang akan digunakan sebaik2nya. Menambahkan lagi keutuhan hubungan antara ibu dan anak2 jika selalu keluar bersama macam ni. Insyallah.


Read more...

11.5.08

The journey created a Legend

Untuk yang berkesempatan ke Planet Hollywood KL 18hb May dan 25hb May ni, ada sesuatu yang menarik untuk korang dapatkan. Yeaghh!!! limited 300 unit of Wings 21st Anniversary merchandise!!!.

Contain :

1. T-Shirt
2. Poster (hand-signed by Wings, yes 4 of them)
3. Windscreen sticker
4. Last but not least and the best - Wings Biography
5. All of he merchandise above will be packed together inside a non-woven bag

The price?.....RM69 .....berbaloi?..........HELL YEAH!!!!Bag dah siap print. Anak sulung aku ckp nak pakai bag ni untuk bawak gi kelas tambahan. Sori ye sayang...abah nak simpan.

OK guys.....see u at PHKL this 18th and 25th May.....

Read more...

4.5.08

Cari perbezaan

Sambil dok belek2 gambar kat PC aku, terjumpa plak dua gambar yang hampir sama tapi tak serupa ni.

Cari satu perbezaan yang nyata dalam Gambar A & Gambar B

Gambar A

Gambar B

Read more...

Bila anak2 dah pergi sekolah......

Malam yang sunyi, kami sekeluarga sedang menjamu selera.....

ABAH : Adik kat sekolah ugama hari ni belajar apa? (Sambil menghirup tomyam)
ADIK : Abah.....hadas besar tu apa?

Tersembur sedikit tomyam kat mulut aku. Darjah satu sekarang ni dah belajar pasal hadas besar ke?

Read more...

3.5.08

Antara buah hati aku

"Silent reader" blog aku. Akan bagi comment secara verbal. Antara manusia yang aku sayang kat dunia ni. Perkenalkan kakak aku yang sulung sekali, Pn. Roslina. Tergerak untuk buat posting ni khas untuk "Atak Ros". Biar dia menggelupur baca ni kat office dia...hehehe

Pelopor nama "Ros" dalam anak2 Ibrahim. Aku panggil dia "atak", pelat masa kecil menyebabkan transisi sebutan dari "akak" jadi "atak". Panggilan "Ros" dirumah dan dikalangan adik beradik akan menyebabkan kekeliruan antara dia dan wife aku. Dua2 pon Ros jugak. Diluar panggilan Ina cukup serasi ngan kakak sulung aku ni.

Aku kenal atak sebagai seorang yang cukup setia dengan company tempat dia bekerja. Di awal sedar hidup aku, dia antara penyumbang gula2 kalau balik dari sekolah. Selepas SPM, dia kerja di PJ dan kemudian di Port Klang. Waktu tu aku masih lagi di sekolah rendah kat Methodist Boys School Port Klang. Di Port Klang, dia bekerja dgn shipping company dlm menguruskan mode communication seharian. Korang mungkin tak familliar dengan istilah "telex". Tapi ini le antara manusia terawal yang sudah bergelumang dgn telex. Sampaikan bekas telur rebus untuk hari kahwin dia pon dibuat dari kertas telex. Tak tau apa tu telex?..Google.. Dan dia masih lagi bekerja di tempat yang sama.

Berkahwin ketika aku baru habis periksa Ujian Penilaian. Berkahwin dgn seorang jejaka Melaka yang agak mustahil aku panggil "Abang" kerana dah dibiasakan panggil "Pakcik S" sejak dorang bertunang lagi. Sporting dan aku agak selesa bergurau dgn mereka sekeluarga. Dikurniakan 5 orang cahayamata. Membesar dengan anak2 saudara adalah sesuatu yang cukup berharga untuk seorang "Pakcik Muda" macam aku.

Sebagai seorang "Mak Long (Mo Long)" yang cukup suka menyakat anak2 saudaranya, dia antara mak saudara yang memang disenangi dikalangan anak2 menakan. Anak-anak aku antara mangsa untuk dia menyakat. Dia juga antara ibu yang nampak seperti rakan untuk anak2nya. Kalau Pakcik S, Syeira, Ayoi, Epi, Zai dan Zulkar9 berjalan sekali, dah macam band rock yang huru hara. hehehe.

Kalau berjumpa dengan kakak sulung aku ni, satu benda aje yang patut dielakkan.....CUBIT. Ye, manusia yang mempunyai kekuatan cubit yang amat pedih. Dan yang mewarisi bakat dia sekarang ni anak aku yang no-2 tu. Jarang le tengok lengan aku ni tak ada bekas lebam kaler biru. Atak juga seorang yang cukup tak "gemor" kalau tengok orang garu tapak kaki. Mesti dia geli geleman. Kalau nak melemahkan dia, tak payah buat apa......garu aje tapak kaki korang....mau pengsan di buatnya. Dia juga antara manusia yang mempunyai tulisan tercantik pernah aku jumpa dalam hidup aku

Post ni aku buat semata-mata untuk meluahkan rasa kasih dan sayang aku pada kakak aku yang sulung ni. Manusia yang cukup cekal, tabah dan mempunyai jiwa halus yang menjadi tunggak untuk kami adik beradik berpayung dibawah "pentadbiran" nya.

Untuk Atak Ros.....terima kasih kerana memberi bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar selama ini. Satu ayat sahaja yang boleh Ijan berikan untuk menunjukkan kasih sayang Ijan pada atak.......

KO LE GEMOKKK!!!!!!!!

Read more...