12.5.08

Ibu ratu hati anak - Part 1

Tegas dalam mengajar/mengasuh anak anak. Cukup mementingkan penampilan anak anak. Tangan tak pernah lekang mencubit ketika mengajar mengaji. Jarang membebel tapi kuat menjerkah kalau ada yang tak betul tentang peradaban anak anak. Tak pernah merungut dalam menguruskan keluarga. Selalu menghargai apa sahaja sumbangan atau pertolongan daripada anak anak.

Hari Sabtu lepas kami sekeluarga bersiar2 di KL untuk menyambut Hari Ibu yang disambut di merata tempat. Biar pun awal sehari,sambutan tetap dibuat demi menghargai kasih sayang dan penat lelah seorang ibu. Sepatutnya rancangan nak bercuti diluar Selangor, pasal ada perkara yang penting harus diselesaikan terpaksalah tangguh buat sementara waktu.

Jarang2 benar dapat outing macam ni sekarang. Sebab aku pun cuti diwaktu orang lain bekerja dan bersekolah. Jadi peluang yang ada, memang akan digunakan sebaik2nya. Menambahkan lagi keutuhan hubungan antara ibu dan anak2 jika selalu keluar bersama macam ni. Insyallah.


0 comment: