Ulangtahun kemerdekaan ke 50
Kepada semua yang menyinggah di blog ni, aku ucapkan .........
SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN YANG KE 50
Sambil2 meninjau balik transition kemerdekaan negara dari sebuah negara jajahan ke sebuah negara yang berperlembagaan akan lebih mematangkan lagi fikiran rakyat2 Malaysia termasuk aku jugak.
Dah nak dekat seminggu lebih terlantar(?) dirumah akibat kaki terpeleot, bagi aku Hari Kebangsaan tahun ni lebih bermakna. Aku dah boleh berjalan tanpa bantuan dan semalam aku meraikannya dengan pergi ke Planet Hollywood sorang2 untuk membeli 4 keping tiket "Malam Edan with SEARCH" 9hb Sept ni.
(pic by : www.petertan.com)
Kalau PM akan baca teks ucapan Merdeka selepas berita malam ni, aku pon nak bagi ucapan jugak. Ucapan aku lebih kurang begini............"Kepada rakan2, adik2 dan yang terlibat dalam meraikan Hari Kebangsaan malam ni, tak perlulah menyalak sekuat2nya melaungkan perkataan merdeka. Sesungguhnya lebih baik menumpukan perhatian dalam mengisi kemerdekaan yang dah diamanahkan kat korang oleh tok nenek kita. Jangan lak balik menyalak nanti korang buat race haram lak. Mau tak malam ni jadi malam merdeka terakhir untuk korang? Sekian terima kasih...jangan saman saya, saya takde duit" Read more...