22.12.07

Re-route ke Jepun

Ntah ape ke halnya, www.blogger.com kat rumah dengan HP boleh re-route ke ke Jepun. Akibatnya abis link kengkawan bloggers aku yang lain aku terpadam secara tak sengaja. Nak buat camne ek?

Ada sesiapa yang boleh translatekan untuk aku?

Read more...

11.12.07

Showcase Wings 02122007 @ PHKL

What a blast!!!! Walaupun dah seminggu showcase ni berlangsung. Aku tak tau nak taip apa. Sekarang tengah blur keletihan. korang layan aje gambar kat bawah ni. Nak yang complete punya, masuk le sayap-sayap Wings

setlist untuk malam tu minus Tirai Horizon

crowd ....

Dah lawa dah drum ni...

ni le orang yang bertanggung jawab untuk membelasah drum tu...Black

Pedaltray baru...dengar cerita dari Singapore...

Tok Janggut tengah layan feel....Joe Wings

Bassist paling humble dalam dunia...Eddie Wings

Vocalist yang paling rilex malam tu...Awie. Pasal dah ramai sgt yang nak sing along.


antara sayap-sayap Wings yang hadir.


Read more...

27.11.07

Terbang bersama "sayap"

(Original photo provided by Sharina Ahmad PHKL)

Aku tengah mengira hari.bukan pasal lain tapi pasal 4 orang kat atas ni. 2hb ni aku akan pergi ke Planet Hollywood sekali lagi untuk tahun 2007 selepas Malam Edan bersama Search untuk turut bersama2 dgn geng2 multiply yang lain dan terutamanya geng2 sayap-sayap Wings memeriahkan lagi konsert ni.

Sebab apa aku excited sangat?...Wings bro, bukan band rock yang lain (exception untuk legend band yang lain). Kalau orang lain tergoda ngan aura Mawi, aku lak terlekat ngan aura 4 orang manusia kat atas ni. Biar le orang ckp kalau dorang ada perangai buruk ke, rock tua ke, tak komersial ke...bagi aku, ramai gak malah semua orang ada perangai buruk dorang sendiri. Tinggal ambil masa je untuk berubah. Aku pon sama gak le.

Konsert pertama aku tengok dalam hidup aku, waktu cabut keluar jap dari asrama pasal nak tengok Wings performed kat Dewan Hamzah Klang. Masa tu Benson & Hedges sponsor. Line-up masa tu Awie, Black, Eddie dan Tham. Gitaris berketurunan cina ni menggantikan Sham tapi tak sempat nak merakamkan sebarang album bersama Wings. Kalau dapat jumpa Tham ni pon cantik gak. Dan Wings sepatutnya memberikan tak banyak pon sikit credit untuk Tham ni.

Lepas tu masa aku form 2, budak dorm aku dah start kecoh2 pasal album Hukum Karma keluar. Masa tu tak berapa sangat nak dengar pasal aku lebih ke arah Bloodshed, Search Lefthanded, SYJ dan kalau band2 omputeh lak macam Iron Maiden, Metallica, Scorpion, Black Sabbath, DIO, Deep Purple dll. Sampai le dorang suruh aku cari lagu Dari Tuhan guna gitar. Tiba2 plak rasa macam ada jiwa sikit lagu tu. Terus aku capai plak kaset Hukum Karma member aku yang lebih dikenali sebagai Batman (Bro sorry....aku lambat pulangkan dan terus hilang kaset tu). Opera Hidup buka sikit mata aku pada dorang dan lagu seterusnya menerangkan lagi ada sayap yang nak mengembang dalam muzik Malaysia.

Aku cukup berharap dapat tengok dorang perform live depan mata, sampai le aku Form Three, kat funfair dekat ngan rumah aku, Wings perform dengan line-up yang sama bersama dengan gitarist baru dorang......Joe. Opening song Hikayat Penuh Ranjau memang aku hikayatkan dalam memori aku pasal masa tu aku tengah menggelupur beli tiket, tiba2 dengar intro lagu dan dalam kepala hotak aku "eh! ini live ke minus one?"...nyata dorang performed secara live.

Lepas dari tu, banyak jugak le konsert dorang yang aku ikut. Konsert 100 tahun Klang....dorang performed bersama Ella dan Search. Masa tu first time aku tengok Joe perform sambil mulut aku ternganga tanpa disedari. Masa konsert kat funfair Pandamaran pon aku ternganga jugak. Especially bila dorang main lagu "Hutan Simpan". Aku ingat lagi ayat yang keluar dari mulut Awie masa nak memperkenalkan lagu yang dorang bakal main...............

"Kami tak akan potong rambut, kami akan simpan, simpan rambut ni macam Hutan Simpaaaaaaan!!!!!"

Lepas tu ada lagi 4-5 lagi konsert dorang yang aku tengok dan yang kali terakhir kat Planet Hollywood KL. Masa tu aku berjumpa pasangan rocker yang mmg sporting pernah aku jumpa, Yatt & Nad. Dan pada 2hb Dec ni.....aku akan sekali lagi menonton Wings perform depan mata.
Kali ni lebih bermakna sikit pasal information yang aku dapat dari kawan2 MP, PHKL dan yang bestnya datang dari encik Abdul Zamin Abd Kadir (Joe Wings) sendiri. Dan first time jugak aku berbalas email dengan dia.

Dah berpeluh tangan dah ni nak ke PHKL Ahad ni. Macam checklist yang aku dah buat kat entry sebelum ni, yup!!! everything check!!!!! OK .....aku akan update korang pasal gig ni sehari selepas. Dengan camera baru....insyallah gambar bermuu tinggi akan dipaparkan jugak.

LET's ROCK!!!!!!!

Read more...

25.11.07

Sape le punya keje ni!!!!

Dari dulu aku mmg tak pernah terlepas pandang dengan signboard2 ni. Aku rasa macam ada satu keistimewaan kat signboard ni semua. Pandai2 le korang membuat penilaian korang sendiri. Agak2 tak paham....abaikan aje. Untuk owner kedai.....jangan salah paham, ni pon sebahagian dari promosi untuk kedai korang jugak.


Quench your thirst and feast up with the best roti kaya in town


Exotic craftsmanship with the most untapped resources

Prolong your vehicles life.

Read more...

23.11.07

First class minded

Aku cukup tertarik ngan signboard ni terutamanya ayat terakhir yang tertera "SILA IKUTI ARAHAN PAPANTANDA SERTA ANGGOTA PENGAWAL TRAFIK BERTUGAS DEMI KELANCARAN DAN KESELESAAN PEMANDUAN ANDA - DENGAN ARAHAN YANG DIPERTUA M.P.K."

Ya betul!!! selesa sungguh pemanduan aku setiap kali lalu kat sini. Rasa macam nak jatuh cinta aje kat jalan ni. Atau pon jatuh cinta ngan orang yang mencadangkan benda ni sekali.

Tahniah encik-encik perancang kota yang bijaksana sekelian. Dengan menggunakan signboard "cheapsale" ni...mesej korang telah sampai kat kitorang dgn cukup efektif sekali. Ini le hasil kerja "Minda kelas pertama". Siap guna nama YDP lagi. Signboard punya font pon jenis macam tulisan tangan. Dah le tu, rely pulak kat pengawal trafik(polis trafik ke ni?). Macam le dorang kat situ 24 jam. Seronok sungguh aku tengok hasil buah fikiran korang ni. Rasa macam nak aku tapak aje muka korang sekor2. Tapi bila pikir balik, mungkin ini le hasil pemerhatian rakan2 kita di MPK sana. Kesannya korang boleh nampak ......


1. Bila waktu puncak - Daripada jarang traffic jam, Jalan Tengku Kelana bukan sahaja jadi "neraka pompuan bersuara pitch tinggi", malah sekarang telah menjadi "neraka kereta yang dipandu oleh pemandu yang paling berhemah dan penunggang setia motor Honda EX5"

2. Masa Deepavali - Kalau dah tempat tu tempat shopping, korang "divert"kan semua jalan kesana tu apahal?....Korang takde pikir ke? Korang tau tak...setiap kali aku lalu kat situ aku kena tahan nafas?

3. Bila budak SKK dan SRJK(C) nak pergi/balik sekolah - Bukan ke jalan kat situ cuma satu lane setiap hala? Korang takde nampak ke? Time tu mak bapak, bas sekolah, van sekolah, pengangkutan awam akan bersesak2 nak parking kat situ.

4. Function kat Stadium Kota Raja - Sekolah sekitar daerah Klang selalu buat pesta hari sukan kat sana. Dah le dengan jalan sempit, budak2 sekolah yang lalu lalang kat situ semua jenis penuh kesedaran sivik jalanraya Petronas, korang ada terpikir tak kalau2 ada benda buruk bakal jadi kat sana?

Ni baru sikit aku nak bagitau....yang lain, korang pandai2 le analyst sendiri. Bukan kecik lagi...semuanya mak dengan bapak budak. Bak kata orang kuat korang, jalan ni sengaja di"divert"kan untuk mengalihkan kesemua kenderaan yang lalu lalang kat area tu menuju ke produk pelancongan terhebat korang. ya! "Little India" namanya. Aku pedulik hape!!! Tak sanggup aku nak singgah kat tempat hingit bingit macam tu.

Aku belum cerita lagi pasal rekod yang korang buat. Satu2nya bandar diraja yang masjidnya tak available hari ni ketika solat Jumaat. Mula2 aku ke Masjid Sultan Suleiman...renovate, pergi Masjid India....lagi kuat bunyi lagu dari filem Sivaji The Boss dari suara khatib (perpaduan kaum dan ugama kat sini memang praktikal. Orang Muslim dengar khutbah atas jalan tengah panas terik), nampaknya aku pergi ke Masjid Al Rahimiah.....nak tunggu masjid projek BN kat tepi sungai tu.....hmmm kena tunggu pilihanraya le nampaknya. Satu2 masjid paling lama dibuat di Malaysia rasanya.

Atau aku belum cerita lagi pasal tabiat korang yang suka makan free. Nak aku ceritakan jugak ke?...Macam ni....kadang2 aku pergi jugak le ke opis korang untuk booking dewan badminton. Selalunya aku akan singgah ke kantin sebelah Dewan Hamzah tu....sambil perhatikan perangai manusia, terutamanya yang ada pakai tag MPK. Aku baru order, korang tengah makan, makanan aku sampai, korang dah abis, makanan aku habis, korang tengah bersembang pasal projek tu le ni le, aku dah nak bayar, korang masih kat situ lagi. Lepas tu masa korang nak blah....senang aje harga makanan korang..."Wei...nanti kira le...beg duit aku tinggal kat atas" atau "Masuk buku" atau "apa salah, sekali sekala belanja" atau nak lebih cantik....bila korang ternampak kontraktor MPK masuk nak makan "Nak aku sign document tak?....bayar aku punya makan ni ek"..tanpa segan silu...woi!!!! orang lain pon cari makan jugak...nak bagi anak bini makan jugak.....kalau dah perangai macam ni korang tak terpikir ke halal haram?!!!! Ada sekali tu aku terserempak ngan org yang tolak trolley makan masuk ke bangunan korang. Bila aku tanya aje..."Ni untuk meeting bulanan bang"...Mak ai!!! korang meeting ke mentekedarah!!!

Apa2 pon, terima kasih le kat korang kerana berjaya menonjolkan tahap IQ korang tu. Mmg aku puji 100%. Kalau le aku dapat berkawan baik ngan salah sorang dari korang, kan ke best. Dapat le aku menyelami isi otak korang. Mungkin korang seronok tengok orang bersesak2 kat traffic jam masa pergi/balik kerja. Therapy jiwa untuk korang. Bagi aku, ini le hasil pemikiran kelas pertama...well done guys!!!!

p/s : aku tak nak cakap "Jangan saman saya, saya takde duit..." cuma aku nak bagitau kat korang yang hasil gaji korang bulan2 tu untuk dijadikan darah daging anak bini/laki korang. Jadi pikir le elok2.

Read more...

21.11.07

Benny Lava

Apa yang buat aku gelak sampai keluar air mata 2 malam lepas berturut-turut kat opis?..... Dengarkan lagu dibawah. Lagu ni melekat kat kepala hotak aku dah dua hari dah ni.......tuluuunnnnnnnnnng!!!



terima kasih kat enche Buffalax. Banyak lagi versi mamat ni buat. Tapi yang ni jugak melekat ke sanubari

My loony bun is fine Benny Lava!
Minor bun engine made Benny Lava!
Anybody need this sign? Benny Lava!
You need a bun to bite Benny Lava!

Have you been high today?I see the nuns are gay!
My brother yelled to me......I love you inside Ed!

My loony bun is fine Benny Lava!
Minor bun engine made Benny Lava!

I told a high school girl..I love you inside me!

I'd love to see you pee on us tonight!
I'd love to see you pee on us tonight!

OOOOOOOOOOoooooooooooOOOOOOO

You fill me up with doom. Quit looking up at me!
You got a minute girl? The puppy had a fee!

Don't think I do love her
We're looking in a pill!
We're looking in a pill!
All of them like the bun!
Now poop on them Oliver!

Ooo daddy, Just say it,You know the hole to put it!
Just sing it, You love me! Your pundit got armor!
You send me...Offended...You know the hole to put it!
Just sing it, You love me! Your pundit got armor!

Who put the goat in there? The yellow goat I ate!

My loony bun is fine Benny Lava!
Minor bun engine made Benny Lava!

(I like to swim in it....I like to swim in it....I like to swim in his....beeejjaaaayyy)
(I like to swim in it....I like to swim in it....I like to swim in his....beeejjaaaayyy)

OOOOOOOOOOoooooooooooOOOOOOO

A nerd to punk a nerd. I'm bleeding Fucking A!
That stuff is pink colored! Some day I sell DNA!

The boar ain't very cool.You need a Hindi yew!
Got into seattle. I'll lay a friend of yours

I fought a barber man!We know what's in butter rum!

A jet pack...operation.Send him the Crazy Hindu!
Whatever! My Sadist!All baked and cooked alive!

I licked you....Belinda.The ninja made a movement!
Tell Donna ...no collar...I'll do what body loves!

I put papaya there!You love me inside there!

My loony bun is fine Benny Lava!
Minor bun engine made Benny Lava!
Anybody need this sign? Benny Lava!
You need a bun to bite Benny Lava!

Have you been high today?I love you inside there!

OOOOOOOOOOoooooooooooOOOOOOO....ulang sampai pecah perut


p/s: kalau susah sangat...korang pergi kat Youtube .....lepas tu taip "crazy indian". To date...viewing dah mencecah 1.5 juta.

Read more...

19.11.07

MyChem on the parade


untuk maklumat lanjut....klik sini


Ada pagi tu, masa nak pegi keje, wife aku ckp nak pegi tengok konsert ni. Dalam lembut dia ckp "Kita pergi le, ganti balik pasal abang tak dapat nak pergi tengok Megadeth itu hari"



Aku pon buat kira2 dalam benak aku......MCR nak disamakan ngan Megadeth?....fuhh macam langit ngan bumi tu dia punya beza. Tu bagi pendapat aku le.



Apa2hal pon kepada sesiapa yang nak layan MCR, silakan...bagus band ni. Cuma belum sesuai untuk halwa telinga aku lagi kot. Maklum le gegendang 70an.

Read more...

10.11.07

10hb Nov 2007 dan si baju kuning


Perhimpunan yang menuntut kelancaran bagi membersihkan najis2 dalam memproses satu satu pilihanraya. Mendapat protes dari pihak kerajaan dan mendapat liputan meluas, terutamanya di RTM, TV3, Perhimpunan Agung UMNO 2007 dll. Polis dikerah supaya mengawal gerak kearah perhimpunan ni yang akan diadakan di Dataran Merdeka jam 3.00pm hari ni. Sekali gus, polis mengharamkan permit untuk diadakan perhimpunan ini.
Kalau diikutkan, cara penyampaian dan tersebarnya agenda perhimpunan ni melalui blog2 yang terdapat di merata2 sekarang. Kerajaan Malaysia sekarang tengah memantau aktiviti bloggers2 yang merupakan salah satu cara alternatif untuk parti pembangkang menyampaikan mesej dorang. Betapa kuatnya pengaruh blog2 ni, tu yang mereka mensasarkan 100,000 orang untuk berkumpul dan berarak menghantar memorandum ke Istana Negara untuk disampaikan kepada DYMM YDP Agung. Rasa2 Sultan Terengganu hari ni takde kot, pasal tengah bawak kuda untuk acara "apekebendentah" berkuda kat Terengganu sana. Kalau nak hantar jugak memorandum tu, hantar le kat guard Istana Negara yang berdiri terpacak kat depan gate.
Bagi aku plak......hari ni 2 kali kena tempuh roadblock kat Tol Bukit Raja NKVE dan kat Tol Sprint Damansara. Kat Bukit Raja aku kena tahan dan polis dok check ape ada kat belakang kereta aku. Sampai jacket aku pon dorang check. Semuanya kerana nak cari orang yang memakai baju kuning untuk ke perhimpunan tu. Aku tak peduli...korang nak berhimpun ke, nak berkumpul ke nak melepak ke, aku tak kisah...tapi jangan le kacau perjalanan aku nak pegi keje!! Baru nak rasa nikmat pegi keje tanpa traffic jam.
Sampai kat opis, bebudak keje malam informed aku yang dorang pon kena tahan gak malam tadi. Tok Imam ngan Khairul kena tahan kat depan Pusat Sains Negara. Siap kena buka bonet belakang lagi. Nasib naik le dlm bonet dorang takde parang ke senjata tajam ke. Kalau tidak naya aje.
Yang aku risaukan sekarang ni, line telepon aku. Takut takde coverage aje, pasal yang mengikut aku selama ni badut pakai baju kuning tu. Dah le bengong, kang kena tangkap satu hal lak aku nak buat call. So far aku perhatikan, mmg line OK aje. Buat masa ni, dorang cuma tak ikut aku sampai ke Felda Redong aje.


Polis!polis! tangkap budak ni!!!!

Read more...

Exclusive Showcase at Planet Hollywood


Time : 10.30pm
Date : 2nd Dec 2007
Venue : Planet Hollywood KL
Entrance fee : RM50 plus 1 free drink

Dah macam acara tahunan plak Wings perform kat Planet Hollywood. Tahun lepas 26hb November. Ini kali 2hb December plak. Kali ni special sikit pasal aku dapat confirmation first hand info dari Joe Wings sendiri.

Checklist:
1. Minta kebenaran Ma'am Besar kat rumah
2. Apply cuti untuk 3hb (Penat ooo..)
3. Beli camera baru, pasal camera bengong aku dah kaput.
4. Memory card extra untuk rakam video
5. Tidur yang cukup
6. Duit tiket untuk konsert tu.

Mari turun ramai2 dan penuhkan Planet Hollywood sesesak yang mungkin. Tapi tunggu aku park kat depan stage dulu. Lepas tu korang nak masuk, masuk le.
Terima kasih jugak pada Cik Sharina (Planet Hollywood) kerana meng'email'kan flyer diatas pada aku. Keep up a good work!!.....

Read more...

8.11.07

Kg Kesang Tasek

Semalam aku ke Muar untuk menjemput balik anak saudara aku Epi, balik ke Klang. Sakit gigi tahap kronik sampai bengkak mata, demam dsb. Kesian betul. Dah le nak dekat SPM. Aku bertolak dalam pukul 10am dan sampai kat sekolah dia pukul 12pm.

Apa yang aku nampak bila sampai kat Muar, bukan bayangan orang sakit gigi, tapi view kat depan sekolah Epi yang cukup menenangkan fikiran. Sawah padi yang cukup menghijau(ewah!!), dengan kelibat burung pucung (kakak aku kata, tu burung bangau), fresh air dan kelibat budak2 mandi kat parit, perghh memang tenang betul tengok kawasan sekolah ni.

Sampai kat sekolah Epi, pelajar kat sekolah ni mmg jenis reti hormat orang. Aku lepak kat dorm Epi sementara tunggu dia pack baju ape semua. Sambil tu bersembang ngan budak Dorm Epi, cerita pasal sekolah kat sini, pengalaman duduk hostel lepas tu sempat lagi amik gambar ngan dorang.
Balik tu, aku singgah makan kejap kat pekan Tangkak. Sempat lagi kakak sulung aku bedal kain sepasang (hehehe takut nanti oghang pekunun). Dalam perjalanan, aku singgah kejap kat RnR Senawang, tidur kejap. nak recover keletihan.

Enjoy le gambar dibawah ni

Sekolah Menengah Agama Lughatul Quran

Schedule tanam padi



Tu nampak tak? yang dot putih tu!! tu le burung pucung

Scenario tenang kepala otak

Pailang2 Avceena Dormitory

Read more...

27.10.07

Demam Raya - Part Penghabisan

OK, sambungan Part 1.

Pagi raya kedua, aku dah bersiap2 nak balik ke Klang pasal kena kerja malam tu. Dalam pukul 11.00am gitu, aku pon start berangkat(ambos!!) dari rumah pak mertua aku. wife aku mmg nak ikut balik, tapi anak2 aku yang tak nak. Maklum le sekali sekala balik kampung. Bukan pasal atuk dgn nenek tapi pasal sepupu2 dorang yang umur lebih kurang sebaya tu. Sampai bandar Segamat, aku received call dari Kak Ros, minta bawa balik anak saudara aku ke Klang. OK jugak, ada gak kawan bersembang nanti.

Kat Melaka....Kg Duyung particularly, aku lepak kejap, lepas tu beraya dengan keluarga kakak sulung aku tu. Dalam perjalanan balik ke Klang, aku tengok si Ayoi (anak saudara aku) bersembang dah macam orang tua aje. Maklum le dah besar dah pon.Sampai Andalas dalam pukul 4.00pm. Singgah rumah mak terus. Ijan Kecik(sepupu aku) dari JB ada kat rumah mak. Katanya baru sampai dari JB. Bersembang punya bersembang, sedar2 pukul 6.30pm...arghhh!!!! aku nak kena keje malam!!!. Dose untuk berjaga tak ambik plak. Tido le apa lagi. Takpe..kat opis nanti, pandai2 le aku kowtim ngan Rad.

Lepas cari parking kat opis,aku terperasan Rad pulak bawa lemang (siap buluh lagi) dgn rendang. Hah!!! ini baru betul beraya di opis!!. Aku bawa bahulu gulung yang mak mertua aku bekalkan sebelum balik pagi tadi. Dan yang pastinya, rasa2 kat HP cuma aku dengan Rad aje kot orang Melayu Muslim yang kerja...hehehehe. Takpe Rad, tahun depan ke raya haji ni ke, giliran kita pulak belasah cuti. Pagi tu sempat jugak le aku tido kat meeting room dalam sejam dua.

Besok pagi, sampai aje rumah, aku tengok kereta Ijan Kecik ada lagi kat rumah mak. Aku terus masuk rumah aku dan memulakan pelayaran yang overdue tu. Pukul 5.00pm, Ijan Kecik telefon suruh keluar. Mula2 dia tak nak bercerita, akhirnya dia bagitau yang Ayoi masuk hospital. Kepala kena takik dengan kipas siling masa nak turun katil dua tingkat bilik belakang rumah mak aku. Apalagi!!! bergegas le aku mandi, siap2 untuk ke opis dan terus bergegas ke hospital.

Sampai kat hospital, aku dah nak berlinang dah air mata tengok Ayoi terlantar kat bilik ICU. Bila dia nampak aku masuk aje, dia terus menangis. Hehe tak jadi aku nak menangis. Kang jadi drama Panggung Sabtu lak kat bilik ICU tu. Lepas sapukan darah2 yang berlebihan kat dahi dia, doktor datang bagitau yang Ayoi boleh discharge. Apa lagi, aku settlekan semua dokumen pelepasan, tunggu abang aku bawa baju Ayoi dari rumah Mak, lepas tu kitorang terus balik. Aku plak terus pergi opis.

Bila aku sampai kat opis, aku telefon family aku yang tengah bersukaria kat kampung. Anak aku yang sulung(Kakak) pulak demam. Aduh..kena balik ni. Lepas tu wife aku ckp, bagi Kakak makan ubat demam Adik aje. OK le tu....ishhh tak sabarnye nak tunggu Khamis. Rindu pulak ngan anak2 dan wife aku. Balik umah pon takde orang, uih...bosan sungguh. Jawapnya balik keje terus tido le.

Khamis malam dalam pukul 9.00pm camtu, aku dah start bersiap nak bertolak balik kampung. Semangat nak balik kampung kuat betul. Dah tak sabar dah ni....Sampai ke Felda Redong lebih kurang pkl 12.00 tgh malam. Tengok aje, wife aku pulak demam.....fuhhh demam raya sungguh dorang ni. Anak aku dah bergumpal punya peluk dgn aku. Mak mertua aku ckp sepanjang aku takde kat kampung, dorang jarang nak bercakap. Bila aku balik aje, mulut dorang aje yang bising kat rumah tu. Hehehe, biasa le mak....bila dah berjumpa abah dorang, macam2 le nak cerita.

Hari Jumaat lepas mak mertua aku balik marhaban, kitorang pon bersiap2 untuk balik ke Klang. Dah jadi "SUPER SUPIR" pulak aku. Dalam seminggu, dua kali pergi balik kampung. Lepas Maghrib, kitorang pon bertolak. Dalam perjalanan, aku terima banyak SMS dari sahabat2 maya aku pasal malam ni ada rancangan "Rock Raya bersama Wings" kat TV9. Thanks guys pasal mengingatkan aku. Nampaknya miss lagi le nak tengok dorang performed. Walaupun ulangan, worth it bai ...really worth it.

Sampai Andalas, lebih kurang pukul 10.00pm, terus bawak masuk bag2, bekalan, kelapa, ubikayu, pisang....dll, kitorang anak beranak terus tido. Penat menggiler.
Gitu le demam raya tahun ni. Yang pastinya hari Ahad tu lebih kurang pukul 3.00pm, aku plak bantai demam. Pergi klinik terus, lepas kena jab, sambung tidur, malam pukul 7 keluar pergi keje pulak. Ingat nak MC, memikirkan takde sape yang available nak ganti aku, heret jugak le kaki ke opis. Demam raya sungguh tahun ni!!!.

Read more...

22.10.07

Demam Raya - Part 1

Ni betul betul punya demam. Dimulakan dengan anak aku yang nombor dua tu "Adik". Sepatutnya aku balik Segamat malam tu lepas balik kerja. Tapi memandangkan keadaan dia yang ter"lepek", aku terus bawak pergi klinik. Aku rasa anak aku ni ikut perangai macam mak aku (takut jumpa doktor). Masa kat rumah, aku check temperature dia lebih kurang 38.++, elok sampai kat klinik terus bertukar kepada 36.5, tahap suhu normal. Lepas balik klinik, dengan suara simpati, "Abah, adik nak makan ais-krim McDonalds". Alahai sayang....demam2 pon berselera lagi ke?

Besok paginya, keadaan adik masih tak berubah. Pagi tu aku tak bagi dia puasa memandangkan keadaan dia yang lemah. Masalahnya, makan segigit, dah muntah macam2. Kesian pulak. Yang dia pulak sibuk nak balik kampung. Nak tak nak, kitorang pun masukkan le beg2 baju yang dah prepared sejak malam tadi.

Sampai kampung lebih kurang pukul 4.30pm, lepas salam, sembang, tanya khabar semua, mak mertua aku bersuara...."Jan, tahun ni mak nak rasa ayam masak merah style Ijan...semua bahan dah siap tinggal ko masak aje. Boleh tak?". Ayam Masak Merah?..takde lagi mencabar ke? hehehe mula le nak riak. Wife aku pulak kena masak untuk berbuka. Anak2 aku dah tak terkawal lagi...dorang ingat rumah atok dorang padang balapan ke hape? Yang demam sejak semalam tu pon bukan main ligat lagi berlari. Patut le nak balik kampung sangat.

Malam raya tu, lepas settle semua benda, aku pon minta mak mertua aku tolong urutkan buku lali aku yang terkehel dua bulan lepas. Pergh!!! aku dah melolong punya sakit. Mana taknya, urut guna bawang merah ~ ini kira style mak mertua aku le. Masa tu segala angin semua keluar. Terkentut2 aku dibuatnya. Mak mertua aku ckp kalau keluar angin tu kira bagus le (sambil menahan nafas), baru lancar darah ngan urat . Muka aku dah naik biru menahan malu pasal ni le first time aku kentut depan orang tua tu. Takpe...besok minta maaf!

Pagi raya,lepas sarapan, aku terus pergi masjid sorang2. Pak mertua, abang ipar, adik ipar aku semua pergi sendiri2. Lepas balik solat sunat raya, beraya ngan family bagai, pak mertua aku cakap, tahun ni kita balik Muar petang sikit pasal tahun ni orang2 blok nak buat marhaban untuk orang lelaki. OK gak...

Rumah pertama, aku steady lagi, dorang hidang nasi briyani gam, semua masih aku boleh lawan lagi. Sampai rumah ketiga, aku terperasan rendang daging, lepas tu nampak lak lepat siap packaging cantik aje. Aku tanya kat pak mertua aku
"Ayah, ni bungkus pakai ape ni?"
" Ohh ni dia bungkus pakai periuk kera"
"PERIUK KERA?"

Dah terbayang macamana periuk kera tu keluarkan enzim untuk memerangkap serangga . Ahh tak yah le. Jadi untuk cover, aku pon seluk tangan nak cuit sikit rendang daging. Konon2 nak rasa le. Bila aku sebut rendang daging, korang bayangkan rendang warna kelabu, bersari hijau ngan merah sikit(cili api le tu).Baru nak masuk mulut aje, salah sorang daripada kitorang bersuara,
"Wak, mana ko dapat daging landak ni?"
"Aku jerat kat kebun dua hari lepas"
LANDAK?....ahhh potong stim betul le!!!!

Sampai kat rumah ketujuh, perut aku dah start lapar. Lepas habis je marhaban, kitorang dijemput ke meja makan. Mula2 tu nampak macam hidangan typical masa raya aje sampai le aku terpandang satu objek yang memang dah lama aku kenal dan ramai orang zaman Jepun dulu cukup kenal.

UBI KAYU REBUS!!!! wuu huuu

Ohhhh putih melepak sungguh, gebu, siap pulak dengan sparring partner yang tak asing lagi....sambal tumis ikan bilis. Bagi le aku makanan apa pun waktu tu, aku tetap pilih ubi kayu rebus tu jugak. Jawabnya, aku le orang terakhir yang keluar dari rumah Wak(?) dan orang yang paling banyak makan waktu tu. Dan out of sudden, aku terus balik rumah mertua aku nak stretching perut.

Diringkaskan cerita, kitorang balik ke Muar dalam pukul 3pm. Pak mertua aku naik kereta aku sekali pasal dia plan lepas balik rumah kat Muar dia nak balik terus ke Segamat. Kitorang pon gerak dulu.....lepas habis sesat satu Muar, sampai2 aku tengok abang ipar aku dan mak mertua aku dah siap makan semua. untuk meng"cover" kesesatan kitorang, aku cakap le pak mertua aku ajak aku tengok rumah lama dorang le, gi masjid kejap...hehehe

Balik dari Muar, pak mertua aku meluahkan perasaan yang dia tahan hampir sebulan..."Jan jom kita gi 'ngeteh'?". hehehe aku dah agak dah!! Orang tua ni kalau tak pergi pekena teh mau demam dibuat nya. Sampai kat Batu 13 Labis, pekena teh tarik, roti canai semua, aku perasan muka orang tua tu kembali ceria macam muka orang tua kat dalam iklan Kopi Jantan.

OK...kisah selanjutnya akan disambung.

Read more...

11.10.07

Eid Mubarak

Assalamualaikum



Kat sini aku dan keluarga nak mengucapkan
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
kepada semua keluarga, sahabat, kenalan maya atau zahir, pembaca blog merepek ni dan kepada sesiapa sahaja yang kat luar sana. Kami sekeluarga minta ampun dan maaf kalau ada terkasar bahasa dan perlakuan.

Takde apa aku nak merepek lagi kat sini pasal mood raya dah start nak timbul. Insyallah lepas raya nanti aku akan mengupdate lagi blog ni dengan lebih merepek lagi.
Kepada semua yang nak balik kampung atau nak bercuti, pandu le kenderaan korang dengan berhati2. Jangan laju sangat dan jangan le slow sangat. Pasal yang accident selalunya yang bawak terlebih slow. Itu pon kalau korang semua perasan tang benda ni.
Dan kalau terserempak ngan Kelisa Putih kat highway tengah besit dalam 120kmsj - 140kmsj....rajin-rajin le korang honk. Pasal orang yang tengah drive tu adalah sama ngan orang yang tengah merepek kat sini (aku le sapa lagi!!)


Aku akan balik ke Klang pagi raya kedua pasal kena kerja malam tu. Jadi dalam masa seminggu ni ada dua benda yang mungkin terjadi. Pertama, aku akan jadi angau pasal teringatkan buah hati intan payung aku tengah berseronok tak hengat kat kampung dan yang keduanya akan dan pasti bangun lambat pasal takde sape nak tolong kejut aku bangun tidor.

Read more...

10.10.07

This Was My Life

This Was My Life

It was just another day
It was just another fight
It was words strung into sentences
It was doomed to not be right

There is something wrong with me
There is something wrong with you
There is nothing left of us
There is one thing I can do

Lying on your bed
Examining my head
This is the part of me that hates
Paybacks are a bitch
I throw the switch
Somewhere an electric chair awaits

Hey! This was my life
Hey! This was my fate

This was the wrong thing to do
This was the wrong one to be doing
This was the road to destiny
This was the road to my ruin

Now there's motives for the suspect
Now there's nothing left to say
Now there's method to the madness
Now there's society to pay

In our life there is "if"
In our beliefs there is "lie"
In our business there is "sin"
In our bodies there is "die"

This was my life
This was my fate

Music & lyrics - Mustaine
www.megadeth.com

Read more...

Aktiviti Ramadhan pada 6hb Oktober 2007

Fuhh!!! lama betul tak update blog ni. Dok sibuk keje and sibuk meng"upload" lagu kat multiply aku aje. Dah naik berabuk dah rasanya. Apa2 hal pon...aku baru abis upload discography Wings dan Helloween kat Multiply aku. Pergi le sedut apa yang patut kat sana.
Raya dah nak dekat....lagi 3 hari lagi. Jadi mari kita imbau balik aktiviti Sabtu lepas (6hb Oct 2007). Pagi lepas sahur, aku ngan family aku dah siap untuk ke Jusco nak pegi beli baju raya untuk buah hati aku yang dua orang tu. Lepas pegi Jusco, kitorang straight ke Klang Parade. Kengkonon nak cari kasut raya untuk bebudak dua orang tu, end up aku sambar sebiji basketball sneakers.....hehehe mana bleh tahan. Asyik untuk anak aku aje. Terbang gak le kat RM2++.

Bila kali terakhir aku beli kasut raya? Lama jugak.

ATR (Above The Ring) by RBK

Lepas tu kitorang se family pegi ke Plaza Alam Sentral nak cari baju kurung untuk anak dara aku. Abang aku plak call nak ajak gi bukak pose kat Port Klang. OK gak....dah lama rasa nya tak keluar pegi makan ngan dia sefamily. Balik rumah dalam pukul 4.00pm lepas tu bantai tidur kejap. Penat nya mak datuk!!!

Pukul 6.30pm, aku jemput mak aku terus headed straight ke Port Klang. Nama restoran tu De'Selat SeaFood..........ek? Seafood? Bang, Ijan tak makan ikan le....takkan tak tau kot. Tapi takpelah..alang2 dah sampai, kitorang pon pergi le pilih ikan, sotong bla bla bla....buat camana orang selalu buat kalau pegi seafood restaurant. Kitorang amik ikan siakap sekor yang besar tak hengat....siap suruh tukang masak tu belah dua...ekor bedal masak stim halia, kepala bantai masak tiga rasa (apa mende yang tiga rasa?). Pastu untuk aku lak, aku ambik sekilo sotong buat goreng tepung.
Malam tu kitorang berbuka dulu ngan air sejuk dan kuih buat lapik perut. Dalam pukul 7.45pm baru order kitorang sampai. Kesian ngan mak, terpaksa melayan karenah kitorang dua beradik sementara nak tunggu order sampai. Akhir cerita....korang tengok aje le gambar kat bawah. Dan untuk pertama kalinya aku belajar makan ikan. Sedap gak siakap buat 3 rasa ni ek? "Siakap Senohong Gelama Ikan Duri" betul!!!



Makcik Timah, mak aku "Kepala tikus kat belakang rumah besaq ni Jan!, Baik hang pi tangkap"

Kak Nor ngan Mak tgh menahan kejelitaan sebelum order sampai

Buah hati aku and yours truly .....Mek Senah Juara Meloghat Felda Redong Segamat

Tengah mogok lapar dan tak sabo2 nak balik nak try baju raya

Enche Carvedijan ngan satu-satunya abang yang dia ada. Enche Ghoslan @ Lee Rider


Siakap bahagian ekor masak Stim Halia

Siakap bahagian kepala masak 3 rasa (Bagi aku 1 rasa aje...rasa SODAP!!!)

Sotong goreng tepung...uhhh rapuh dan rangup....kat mana2 pon takleh "celen" yang ni

SEBELUM

SELEPAS

Ni le orang yang men"sariap"kan segala apa yang ada kat atas meja tu. Dia boleh kunyah tulang ikan tu....perghh caya la bang.

Read more...

26.9.07

Latest Addiction


Last night I spent my night shift watching this "fillers" from a really talented bunch of people from Les' Copaque. Yup! Upin and Ipin really caught my eyes with their smooth and hi class graphics. They also brought my beloved daughters to a new dimension of animation.

Guys, you should watch this masterpiece too. I might call them "PIXAR PICTURES OF MALAYSIA".Aired every Friday to Sunday at 7.30pm during this Ramadhan at TV9.

And for you the Les' Copaque team....keep up the good work. Can't wait to watch "Geng".


Read more...

20.9.07

Skypeeee

Semalam sampai office aje aku ternampak email pasal larangan penggunaan Skype disebabkan oleh virus. Tiba2 aku teringat kat satu company yang aku paling "suka" sekali kerja kat sana. Company ni mmg rely on Skype sepenuhnya sebagai mode of communication.


Nanti bila aku rasa ada mood, aku akan ceritakan kat sini pasal company "kesayangan" aku tu. Ishhkkk tiba2 rasa stress lak bila cerita pasal company tu.

Read more...

18.9.07

Melayan Nafsu Amarah di bulan Ramadhan

Bulan pose ni, ada aje yang nak bagi aku mengamuk. Jadi untuk menahan nafsu amarah, sepanjang perjalanan ke ofis tadi aku dok melayan lagu ni aje.

Angry Again

The more of you that I inspect
The more of me I see reflect
The more I try to read your lips
The more the mask you're wearing rips

But when I seek out your voice
My ears are overcome with noise
You show and tell with greatest ease
Raving impossibilities

Engaged in crime I grasp my throat
Enraged my mind starts to smoke
Enforce a mental overload
Angry again, angry again, angry ow

And when the story takes a twist
If folds like a contortionist
Slight of hand and quick exchange
The old tricks have been rearranged

The searing of the sinew
My body fights for air
The ripping of the tissue
My lungs begin to tear
Gravity's got my bones
It pulls my flesh away
The steam finally dissipates
I make out my sweaty face

Association that I choose
Game I inevitably lose
Governed by laws set up by me
Fracture its jaw to let me be

A cut-out cardboard condo maze
Filled with an insubordinate race
Irrational youths stop to stare
As music rubber hosed the air

Lyrics - Mustaine
Megadeth - Hidden Treasures

Read more...

17.9.07

Skid Row

Ntah apsal pulak tiba2 boleh teringat balik lagu2 Skid Row?.....Layan gak pasal dah lama tak dengar lagu2 jeritan Sebastian Bach.
Dulu aku cukup main minat betul dengan band ni. Sanggup beli baju lagi. Time tu harga lebih kurang RM80. Antara baju yang aku ada Big Guns, Slave to the Grind dan Donington Tour (Kick @$$ and Split)
Konsert yang aku ada cuma Moscow Music Festival. Itu pon combine dengan Cinderella dan Bon Jovi. Yang lain tu mmg susah nak jumpa sekarang. Nak download kat torrent, malas pulak rasanya.

Jadi...sesiapa yang rasa nak dengar balik atau baru nak belajar dengar lagu2 Skid Row, aku baru habis upload discography Skid Row kat MP aku. Tapi korang kena ada account Multiply dulu dan add aku. Pasal aku cuma open untuk contact sahaja.


Read more...

12.9.07

Salam Ramadhan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat sahabat2
Aku nak mengambil kesempatan ni untuk mengucapkan
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

pic by : http://www.saudiembassy.net

Read more...

10.9.07

Ber"SEARCH" di Planet Hollywood

Pagi 9hb Sept 2007 :

Dah le sampai office lambat, PC aku kat opis lak kena muntah......eeiiiiiii!!!!! Kurang2 Mau makan bulan sebelum aku guna balik PC aku tu.

Petang 9hb Sept 2007 :
Bob dengan Lan dah sampai dari Singapore ke KL. Zani pulak lepas Maghrib sms aku ckp dia on the way ke HP Tower untuk jemput aku.

Malam 9hb Sept 2007 :

Yeah!!! itu dia, sampai kat depan Planet, terus call Bob nak bagitau aku kat depan 7-11. Bila dah jumpa dorang, aku punya seronok le...tak terkira!!!! Selama ni kenal di alam virtual aje.

Masa nak masuk, aku kena tahan pasal nak bawak masuk air. Aku pon dgn sekali teguk terus tinggalkan botol tu kat depan pintu Planet. Dorang tak tau yang aku dah seludup air mineral kat pocket belakang jeans aku. hehehehe. Sekali aku dah kena masa Wings tahun lepas, cukup le. Tak tahan beb! dah le panas lepas tu tekak kering lepas tu nak sing-along pon tak bleh. Ingat nak beli le t-shirt Search...sekali yang tinggal cuma size "M" aje. Hampeh!!!!


l to r : Bob, Lan, Zani and aku

Jam 9.40pm 9hb Sept 2007 :

Pegi lepak kat spot favourite aku kat kiri pentas, sembang jap ngan guitar tech Joe Wings (Ayeed). Lepas tu melayan lagu lagu2 rock otai. Ade sekali tu aku boleh menjerit "Panama!!!" masa lagu EVH "Jump". Hahaha....kena layan balik lagu lama2 ni.

Jam 10.30pm 9hb Sept 2007 :

Planet dah start bergelap. Tu maknanya "It's showtime!!!". Search keluar tepat masa. Nasir dgn bass "Gibson Explorer", Hillary dengan "Kramer Nightswan" dan last sekali, enche Joe Wings dengan gitar pojaanku "Gibson Les Paul Custom~ lefty, black".

Hillary with Kramer Nightswan ber"Marilyn Monroe"

Tanpa banyak cakap, malam tu Search mulakan setlist dorang dengan lagu Bencana. Mulanya sound agak tenggelam sikit. Joe Wings dah mula sibuk dengan amp dia. Sound memang tak berapa nak clear. Over few songs, sound dah mula mantap dan crowd makin menggila.

Setlist untuk malam "gila" with Search

1. Bencana
2. Langit Dan Bumi
3. Setelah Hujan
4. Pelesit Kota
5. Honky Tong Kosong
6. Gadisku
7. Fenomena
8. Balada Pemuzik Jalanan
9. Isi Atau Kulit
10.Kau Pergi
11.Isabella
12.Tanggal 31 (Cover Sudirman)
13.Pawana
14.Cakap Memang Murah
15.Emanuelle
16.Mentari Merah Di Ufuk Timur
17.Gothik Malam Edan

Jam 12.50am 10th Sept 2007 :

Search performed tanpa break. Penat gak. Bob dah lepak kat luar. Lan dah makin lemah. Aku dgn Zani masih lagi bertenaga. Lepas order air, kitorang bertiga terus keluar cari Bob. Lepas tu pergi amik kereta Zani kat Sg.Wang dan headed straight to HP Tower pasal nak amik kereta aku kat sana.

Jam 1.30am 10th Sept 2007 :

Headed to Desa Sri Hartamas. Order makan and minum, Bersembang macam-macam topik, dari topik jamming, show malam ni, hal peribadi masing2 sampai le ke gelak ketawa.

Jam 2.15am 10th Sept 2007 :

Zani terpaksa balik pasal besok nak attend Tilawah Al-Quran kat Bangi. Jam 2.55am dia sms kata dah sampai kat rumah. Aku masih lagi dengan Bob dan Lan teruskan sembangan-sumbangan kitorang.

Jam 4.15am 10th Sept 2007 :

Hujan dah start lebat kat DSH, kitorang pun masuk kereta dan aku bawak geng2 Multiply aku yang dari Singapore ni ke Puduraya. Rasa bersalah gak pasal terpaksa tinggalkan dorang. Tapi takpelah, mungkin lain kali aku akan plan baik2 untuk dorang lagi.

Jam 5.40am 10th Sept 2007 :

Sampai rumah. Kat Klang hujan dah reda sikit. Masuk rumah, mandi, jenguk kejap bilik anak2 aku then terus tidor.

Aku cukup enjoy malam ni. Lebih2 lagi ngan bertemankan member2 aku dari Multiply. Kalau ikutkan hati mau aku ajak dorang bersembang sampai besok tengahari. Thanks guys!!!! Bak kata Zani dalam SMS dia...."one sweet day!!!"

Read more...

7.9.07

Posing maut

Masa ni umur budak ni dalam 2 tahun. Sama macam abah dia, suka pose style merepek2.

Sama aje anak-beranak. Kalu posing tu tak pernah yang betol!. hehehe


Read more...

4.9.07

Ayam serama percuma

Oh tidak! Ada sekor ayam serama sudah hinggap dekat rak sabun belakang rumah aku. Kalau comel takpe, ini tidak. Dah le dia bantai berteluq kat rak tu satu hal, aktiviti terbaru ialah dengan mengeluarkan sisa-sisa pejal kat atas washing-machine rumah aku.

Malam tadi aku balik dari kerja, wife aku dah menangis tengok wachine-machinenya meriah siap dengan bau sekali. Masa aku telefon, suara dah sebak2, lepas tu marah2 ngan ayam tu dan mengeluarkan bermacam2 idea bernas untuk menghalau ayam serama tu.


http://www.littleamericaminis.com

Disini aku nak mengambil kesempatan, sesapa yang teringin nak makan ayam serama(ada isi ke?) atau yang teringin nak membela ayam "pungkoq tonggek" ni, dipersilakan jemput kerumah. Sesi kejar mengejar ayam ni perlulah dibuat oleh bakal pemilik sendiri. Sebarang kemalangan, kecalaran dan ke"tersembam"an adalah juga tanggungjawab bakal pemilik. Segala usaha anda didahului dengan ucapan terima kasih dari kami sekeluarga.

Read more...